Terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama selalu buatkan kulit I rasa kotor, gatal dan tak selesa. Walaupun keluar berjemur matahari sekejap je masa lunch hour pun dah boleh buat kulit tak selesa dengan persekitaran dekat luar tu. Udara dekat luar bukan bersih sangat sekarang. Macam-macam benda kotor seperti asap boleh masuk dalam liang pori dan menyebabkan jerawat.
Lagi satu bila lama sangat dalam aircond dan aircond kuat pun boleh buat kulit I rasa berminyak. Walaupun kulit I jenis kombinasi normal dan oily, bila part dia nak oily tu rimasnya ! Balik kerja memang kena cuci muka betul-betul bagi kotoran hilang.
Macam I cakap tadi bila liang roma dah tersumbat dengan udara, asap kotor boleh menyebabkan jerawat naik dengan jayanya. Tapi ada jugak kes dah cuci muka elok-elok tapi jerawat masih ada. Mungkin pencuci muka tak cukup cuci muka dengan mendalam, pada permukaan sahaja.
Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit bukan sahaja memperbaiki kesihatan kulit itu sendiri tetapi juga membantu produk-produk yang akan digunakan selepas itu menyerap dengan baik. I memang sangat pentingkan kulit yang bersih sebelum I letak skincare lain pada kulit. I akan pastikan kulit I bersih-sebersihnya dan step I mencuci muka membersih secara mendalam. Tak ada makeup tertinggal, mascara tak habis buang atau kulit berminyak. Kalau pakai makeup dan sunscreen, I akan pastikan I cuci guna makeup remover dan oil cleanser dulu. Kemudian, gunakan pencuci muka yang jenis water based.
Cuaca yang panas dan udara yang kotor di persekitaran
Cara Macam Mana Nak Tahu Pencuci Muka Sesuai ke Tidak?
Kalau nak buat test kulit korang dah bersih ke belum lepas cuci muka senang je. Lepas pakai pencuci muka, sapu toner pada cotton pad dan sapu pada muka, kalau ada kesan hitam kotoran atau kesan makeup yang tak habis tu maksudnya pencuci muka korang tak membersih secara mendalam ! kulit muka yang tak bersih ni boleh menimbulkan jerawat dan kulit berminyak.
Tiada kesan kotoran pada kapas lepas cuci muka baru lah bersih
Selalu check keadaan kulit korang. Kalau nak tahu pencuci muka tu sesuai atau tidak, semua bergantung pada keadaan kulit. Bila lepas cuci muka then kulit rasa tegang memang sah pencuci tu tak sesuai untuk digunakan. Kulit rasa tegang lepas cuci muka tu maksudnya kulit kering dan pencuci muka tu tarik sekali kelembapan pada kulit. Boleh menyebabkan jerawat dan kulit mengelupas sebab kering.
Cara Untuk Mencuci Muka
Membersihkan muka antara step penting untuk penjagaan kulit muka. Step mencuci muka secara teratur membantu menanggalkan kotoran, minyak dan habuk bendasir yang tidak diperlukan pada permukaan kulit. Kulit terdedah seharian dengan pelbagai kotoran dari udara, kalau korang jenis selalu sentuh kulit muka dengan tangan tanpa cuci terlebih dahulu lagi la macam-macam bacteria boleh melekat pada kulit.
Pencuci muka juga membantu mengekalkan kulit yang bersih tanpa masalah. Ini kerana pencuci muka yang berkesan membantu melindungi kulit dari kotoran daripada luar. Jadi kulit boleh berfungsi dengan baik tanpa ada halangan dari kotoran dan bakteria. I kadang-kadang tak faham dengan orang yang malas nak cuci muka. Bagi I, benda ni dah jadi salah satu step untuk menjaga kebersihan diri. Kalau malas buat step lain macam pakai serum tu I boleh faham lagi ni cuci muka pun malas haha. Kalau nak kulit bersih jangan malas-malas okay sebab membersih muka sangat membantu untuk kulit lebih sihat.
Yang pertama, elakkan pencuci muka yang guna bahan yang kasar pada kulit tetapi guna pencuci muka yang boleh memberi kelembapan pada kulit. Pencuci muka yang terlalu kasar pada kulit boleh mengganggu skin barrier dan menyebabkan kulit kering, berjerawat dan iritasi. Cuba pilih pencuci muka yang mengandungi Aloe Vera boleh membantu melembapkan kulit jadi tak risau dengan kulit kering.
Penggunaan face wipe atau cuci muka sikit-sikit macam tu je pun bukan cara membersihkan muka yang betul. Kulit yang tak bersih dengan mendalam menyebabkan kulit nampak tak bermaya, tak berseri dan paling tak best jerawat menyerang sebab tak bersih. Macam I akan cuci muka dua kali sehari. Pagi dan malam. Cuci muka waktu malam membantu membersihkan kotoran yang hinggap pada kulit muka semasa seharian kita dekat luar. Cuci muka pada waktu pagi pula membantu kulit menyerap produk seterusnya yang akan kita pakai. Bila pakai makeup pun makeup nampak lebih cantik. Selain itu, selalunya lepas bagun tidur kulit pori-pori kita akan menghasilkan minyak, jadi mesti lah kena bersihkan dia sebelum kita mulakan skincare routine pagi atau pakai makeup, kalau tidak minyak berlebihan pada kulit tu akan menyumbat pori-pori.
Mungkin yang jenis kulit kering rasa cuci muka dua kali sehari tu boleh buat bertambah kering, ini lah sebabnya I suggest pilih pencuci muka yang tidak mengeringkan kulit sangat penting! Pori yang bersih bukan sahaja memberikan keserian pada kulit tapi masalah kulit seperti whitehead, blackhead, jerawat, kulit kering pun dapat diatasi.
Pengalaman Tentang Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai
Dari tidur dengan muka kotor dengan bakteria, pencemaran udara tuuu eiii I tak sanggup. Dulu I tak pentingkan pun jenis pencuci muka yang I guna. Guna je apa yang I nak sebab bagi I pencuci muka tu untuk hilangkan kotoran je kan? Tapi sebenarnya tak. Pencuci muka pun memberi kesan pada kulit. Bila I baca lebih mendalam mengenai rutin kecantikan kulit ni banyak benda lagi I tak tahu…. Jadi pilihan I, kalau nak beli pencuci muka, pilih yang sesuai.
Sekarang, I tengah pakai pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari brand Hansaegee Nature dalam rutin penjagaan kulit muka I. Dah lama I guna pencuci muka ni! Memang best bagi I, kandungan utama dalam nya ada “Aloe Vera” dan “Tea Tree Oil” bukan itu saja, texture bubble dia sangat lembut dan berair, kulit rasa moisture je, langsung tak rasa kering dan tegang. Bila pump botol tu keluar terus buih, bukan cecair atau gel atau krim hahah. Buih dia best sebab ringan dan lembut sangat pada kulit. Macam tak pegang apa je dia punya lembut tu. Kalau nak buat drama tiup buih memang senang la dia berterbangan sebab ringan.
Sebernanya, I memang tak sesuai pakai aloe vera lagi-lagi yang jual 100 peratus aloe vera dah siap dalam tub tu. Memang tak sesuai kulit jadi bengkak dan gatal. Kalau ambil sendiri dekat pokok, okay je. Aloe leaf juice ni membantu melembapkan dan membersihkan kulit, merawat acne, melegakan sunburn, anti-inflammation dan mengurangkan spot mark. Tapi Tea tree leaf oil pula memang favourite I untuk melawan jerawat. I suka pakai produk yang ada tea tree. Tea tree boleh membantu merawat jerawat, mengurangkan jangkitan, anti fungus dan membersihkan kulit. Kalau ada jerawat memang cepat-cepat I sapu tea tree oil. Yang pencuci muka Hansaegee Nature ni ada kedua-dua bahan ni sekali, jadi bila dah I pakai Aloe Bubble Cleanser ni kulit rasa best je, tak payah risau sangat pasal jerawat, muka I memang rasa best sangat. Jerawat tak ada. Happy sangat!
Aloe AC Clean Bubble Cleanser from Brand Hansaegee Nagture
Sebelum ni kulit I memang naik jerawat sebab hormon mengandung kot tapi lepas pakai pencuci muka ni slow-slow jerawat hilang dan tak ada jerawat baru pun.
Kulit muka rasa bersih dan licin lepas cuci muka. Tak ada rasa ketat pun. Sesetengah pencuci muka jenis buih buat kulit rasa tegang tak selesa tapi pencuci muka ni buat kulit rasa selesa dan lembap. Kadang kalau malas I tak sambung buat skincare lain pun, cuci muka je hihi nasib jerawat masih behave tak timbul-timbul. Kulit pun rasa segar. I pakai setiap pagi dan malam.
Kalau muka korang jenis kering, berminyak, sensitif dan ada acne, sel kulit mati dan ada blackhead dan whitehead memang I sarankan guna pencuci muka ni. Kulit I Jenis kombinasi normal dan berminyak serta kulit Aiman Jenis berminyak dan kering memang sesuai dengan pencuci muka ni. Sesuai untuk semua jenis kulit.
I pakai pencuci muka ni berdua dengan Aiman, cepat la habis. Itu pun Aiman baru tanya I sudah ke beli pencuci yang kita tengah pakai tu sebab dah nak habis. Ikutkan Aiman tak rajin pun nak kisah kalau pencuci muka habis sebab stok pencuci muka I banyak. Lepas habis yang ini boleh je pakai yang lain. Tapi dia sibuk nak beli yang ini jugak. Aiman kalau dah jumpa pencuci muka yang buat kulit dia tak rasa kering dan naik jerawat memang pencuci muka tu jela dia nak pakai. Masa tunggu produk nak sampai rumah pun selalu tanya I bila nak sampai -.- Padahal I baru order haha…!
Bubble berair lembut je rasa, moisture sangat
Kebaikan Aloe Vera dan Tea Tree Oil Pada Wajah
Kesan pencuci muka ni pada kulit I, kulit lebih bersih dan licin. Korang boleh tengok gambar muka I jerawat kemain banyak. Tapi lepas rajin cuci muka bagi bersih bebetul dan skincare pun I rajinkan diri, kulit muka dah banyak gila berubah. Sekarang mungkin tinggal parut sikit yang I kena treat. Kulit muka I pun rasa bersih dan licin dari sebelum ni. I biasa guna satu pump je untuk satu muka sebab buih dia banyak dan bila campur air bertambah berbuih-buih. Sebab buih dia lembut, tak rasa kasar atau tegang pun pada kulit. Urut je buih pencuci muka ni dengan lembut pada kulit. Tak terlalu lama dan tak terlalu kejap. Lepastu boleh la bilas guna air biasa.
Aiman pun sama. Kulit muka dia lagi la jenis berminyak. I yang jenis kombinasi ni pun dah rimas kalau berminyak dekat sesetengah area, yang jenis berminyak apetah lagi. Aiman kalau dia suka mesti dia puji-puji termasuk la pencuci muka ni. Jerawat dia bukan makin kurang, tapi dah tahap tinggal parut jerawat je. Peningkatan yang bagus.
Aiman bukan buat skincare rutin pun, dia cuci muka je, kalau I free baru I tolong buatkan skincare routine dia. Dia tak nak buat sendiri lepastu tak reti hahaha. Jadi bila tak buat skincare routine, tak ada la rasa muka kering sangat dan jerawat pun tak naik sebab pencuci muka ni ada Aloe Vera dan Tea Tree Oil pun memang dah membantu untuk melawan jerawat, membersihkan pori secara mendalam dan mengawal minyak di muka. Lelaki kan biasa la kadang kulit diaorang pelik sikit. Pakai pencuci muka je pun dah elok. Tak payah skincare lain dah. Macam I lebih suka lepas cuci muka guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser, sambung pakai toner, moisturizer, eye cream, serum dan sleeping mask. Kalau boleh nak lengkap semua routine.
Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. Macam I suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara.
Tekstur pencuci muka jenis bubble bila digunakan buat I enjoy je masa cuci muka!