Pernah tak rasa macam takut atau ragu-ragu nak cuba sesuatu skincare product? Mesti pernah kan? Kebanyakan orang ragu-ragu nak cuba sesuatu yang baru sebab takut produk tu tak sesuai dengan kulit, akan buat kulit muka lebih teruk atau pernah ada bad experience dengan produk skincare.
So bila dah ada bad experience tu you pun mula elakkan dari pakai apa-apa produk kat kulit and end up kulit muka kusam dan kering. Ini adalah pengalaman peribadi yang terjadi dekat diri I sendiri yang mana I stop pakai skincare untuk 1 bulan sebab masa tu rasa macam pakai lah produk apa pun kulit muka tetap berjerawat. Takut nak cuba produk baru sebab takut kulit muka makin teruk, so I stop pakai toner, serum, moisturizer, and sunscreen memang tak pakai langsung. Cuci muka dengan pencuci muka yang paling basic je beli kat drugstore.
And kulit I jadi makin teruk. Kusam, kering dan flaky. Tak boleh tutup dengan makeup dah. Masa ni rasa macam hopeless sebab ingatkan stop pakai skincare tu boleh bantu rawat kulit ni, nak bagi kulit ‘rehat’ lah dari segala bahan kimia. Sadly, no.
I had to learn it the hard way. But you guys don’t have to. So sebaik-baiknya kena juga pakai skincare. Keyword dia kena pakai skincare yang betul. Paling basic pun you kena ada pencuci muka yang non stripping, moisturizer yang boleh lembapkan kulit dan sunscreen untuk elak sunburn. 3 benda ni je dah cukup sebagai skincare routine untuk kulit sihat dan glowing.
Walaupun dah sebut dah kita hanya perlukan benda yang paling basic saja untuk dijadikan skincare routine tapi masih ada juga yang tak pakai, tak suka pakai, malas, etc. Kenapa?
Orang yang malas-malas ni semua tak nak pakai moisturizer and sunscreen (especially) sebab kebanyakan moisturizer dan sunscreen yang ada dipasaran adalah oil-based!
Bila pakai jadi melekit dan terasa berat yang mana tekstur ni boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan seterusnya jerawat pun muncul. Stress kan? Kalau dah sapu pun melekit, bayangkan bila berpeluh nanti. Sudah tentu rasa kurang selesa dan makin malas lah nak apply moisturizer dan sunscreen. Betul tak?
Pemilihan moisturizer dan sunscreen yang betul
“Saya takut pakai skincare sebab pengalaman kulit rosak disebabkan skincare juga tapi nak muka glowing, so apa patut saya buat?”
I pernah dapat soalan macam ni in real life and secara jujurnya I boleh sarankan pilih dan pakai skincare yang betul sahaja. Rajin buat research sendiri, baca review daripada sumber yang betul, kenali sesuatu produk tu luar dan dalam, take note bahan-bahan yang dipakai — ini semua boleh beri manfaat untuk your skin journey.
Sekiranya kita bercakap tentang damaged skin atau kulit bermasalah disebabkan pemilihan produk yang salah, benda paling penting untuk you ingat for the next time is focus on treating your skin first. Fokus untuk rawat kulit terlebih dahulu and then selebihnya comes second.
Produk skincare yang you patut cari are the ones yang ‘water-based’, ‘soothing’, ‘hydrating’, and ‘calming’. Jenis-jenis formula ni semua very skin-loving sebab dia tak akan rosakkan lagi muka malah dia beri rawatan yang optimum untuk kulit muka tu nampak sihat dan naturally glowing.
Kita patut rasa bertuah sebab kita ada peluang untuk menikmati teknologi skincare yang semakin lama semakin tip-top kualitinya. Apabila sesuatu produk skincare tu diformulasikan dengan sangat ringan, mudah menyerap, tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat — ini semua adalah salah satu ‘green flag’ untuk mereka yang takut nak mencuba skincare yang baru atau ada sejarah yang buruk dengan produk skincare ataupun baru nak berjinakjinak dengan dunia skincare.
Water-based moisturizer:
Bagi pemilihan moisturizer, I sarankan produk yang ringan pada kulit dan rasa macam tak pakai sebarang krim. Tekstur yang ringan sudah semestinya mudah menyerap dan tidak melekit.
Take note juga pada bahan-bahan yang digunakan. Sekiranya sesuatu produk itu tidak diformulasikan dengan minyak yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat, tidak mempunyai alkohol, paraben dan sulfate — these are your ‘green flags’ — silakan cuba tanpa ragu-ragu.
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Krim pelembap Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature — this is it. Krim yang seakan-akan gel yang bertindak menghidratkan kulit wajah serta sesuai untuk semua jenis kulit kerana ianya water-based! Tidak akan rasa berminyak dan melekit malah amat menyegarkan pada kulit wajah.
Aqua Whitening Cream ini sangatlah selesa dipakai sepanjang hari. Berpeluh pun tak risau sebab bahan-bahan yang terdapat dalam moisturizer ni amat luar biasa untuk sebuah produk tempatan. Antara ‘super ingredient’ yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream:
* Camellia Japonica Seed Oil – membantu melicinkan kulit, merawat kerosakan, memberikan kelembapan yang mendalam dan merupakan sejenis minyak yang tidak akan menyumbatkan pori-pori malah membantu membersihkan pori-pori.
* Niacinamide – mengawal minyak/ sebum yang berlebihan, mengurangkan penampakan pori-pori, membaiki tona kulit tidak sekata dan membantu meningkatkan kadar kelembapan kulit.
* Glycerin – menjaga keseimbangan air dan minyak di dalam kulit dan mengawal pembentukan minyak.
* Allantoin – antara soothing ingredient yang boleh melegakan keradangan kulit serta memulihkan kerosakan sel-sel kulit.
Krim pelembap ini juga diformulasikan dengan ‘water-drop’ technology. Teknologi yang mana bila krim ini disapu rata pada kulit akan terhasilnya titisan-titisan air yang boleh dilihat secara fizikal. Tujuannya ialah untuk membantu meratakan produk dengan lebih baik dan menyebabkan daya serapan produk menjadi lebih bagus. Ia sekaligus akan menyalurkan kelembapan yang mendalam pada kulit dan memberikan effect glowing.
Hear me out, bila kulit muka sentiasa lembap dan terhidrasi dengan baik, confirm kulit muka akan jadi lebih anjal (meremajakan kulit) dan wrinkles pun tak akan singgah! Kulit nampak auto awet muda dengan penggunaan kerap (dua kali sehari) Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature.
Soothing sunscreen:
Walaupun matahari sangat penting dalam kehidupan kita tetapi sinarannya boleh merosakkan kulit dan boleh mendatangkan pelbagai masalah pada kulit. Oleh itu, pemilihan sunscreen yang betul serta penggunaan yang kerap amatlah digalakkan.
Namun, kebanyakan sunscreen yang dijual di pasaran mengandungi alkohol yang digunakan sebagai pengawet atau pewangi tiruan. Alkohol sudah semestinya tidak elok untuk apa jua jenis kulit terutamanya kulit sensitif. Ini kerana kebanyakan alkohol merupakan salah satu bahan di dalam produk skincare yang mudah mendatangkan iritasi pada kulit. Oleh sebab itu, sunscreen yang bebas daripada alkohol ialah solusi terbaik untuk kulit you. Mencegah lebih baik daripada merawat kan?
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature ini juga boleh dinikmati oleh semua jenis kulit kerana ia diformulasikan dengan bahan yang soothing serta bertekstur ringan, tidak berminyak, selesa dan tidak melekit. Selain daripada ia melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan SPF yang tinggi iaitu SPF50+ dan PA+++, ia juga sekaligus dapat melembapkan kulit dengan produk yang kaya dengan bahan seperti aloe vera dan glycerin.
Sunscreen yang bersifat soothing ini akan memberikan keselesaan yang optimum pada kulit dan mengurangkan serta mengelakkan keradangan kulit. Ekstrak aloe vera, centella asiatica dan sodium hyaluronate yang terdapat dalam sunscreen ini merupakan bahan yang dapat membantu merawat kulit daripada kemerah-merahan dan kegatalan. Tambahan pula, aloe vera amat sinonim dengan memberi sensasi sejuk dan dingin — padanlah dengan cuaca yang semakin hari semakin panas ni.
Secara keseluruhannya, sunscreen ini sememangnya elok serba-serbi kerana keselesaan pengguna merupakan keutamaan tertinggi, ianya cepat meresap pada kulit, tidak meninggalkan white-cast (medium to dark skin tone boleh tarik nafas lega ya!) serta finishing yang tidak berminyak malah memberikan effect hydrated dan glowy pada kulit.
Apa yang kita boleh rumuskan daripada perkongsian ini adalah kena rajin untuk kekalkan kelembapan kulit muka dengan moisturizer dan sunscreen. Kalau boleh jangan skip 2 benda basic ni when it comes to skincare. Barulah boleh dapat manfaatnya sekaligus effect glowing dan sihat macam pelakon-pelakon Korea tu! So, this is your sign. Tiada ragu-ragu dengan Hansaegee Nature.