salah satu sebab kenapa ada orang tak suka pakai sunscreen adalah kerana malas nak cuci terutamanya ketika nak berwuduk. Mereka rasa sunscreen sama saja macam alat solekan yang perlu dicuci dengan menggunakan makeup remover. Salah kalau ada yang fikir macam tu.
Walaupun korang kurang gemar mengenakan solekan hanya kerana susah nak dibersihkan ketika handak berwuduk, korang sebenarnya tetap perlu memakai sunscreen.
Sama ada suka bersolek atau pun tidak, sunscreen adalah wajib dipakai untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UV. Dengan memilih sunscreen yang tepat, membersihkan sunscreen di wajah sebelum berwuduk bukan lagi menjadi satu masalah.
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen adalah satu produk sunscreen yang mesra wuduk. Hari ni saya nak ceritakan tentang pengalaman menggunakan sunscreen ini yang bagi saya sangat mudah dibersihkan tanpa menggunakan bahan lain selain air.
Awal bulan lepas kami sekeluarga bercuti di Perlis. Perjalanan yang sangat panjang. Setiap kali tiba waktu solat kami akan berhenti di masjid untuk mendirikan solat. Apa yang memudahkan saya ialah mencuci sunscreen di wajah. Cukup senang kerana hanya memerlukan air sahaja.
Masuk sahaja ke tempat wuduk, bilas muka dengan air sehingga yakin sunscreen hilang dan saya boleh terus ambil wuduk.
Kenapa saya rasa yakin yang lapisan sunscreen hilang di wajah hanya dengan membilasnya dengan air??Â
Ini kerana Hansaegee Nature sunscreen memang tidak kalis air. Ianya Sunscreen yang boleh basuh dengan air, kerana sifatnya yang tidak seperti alat solek atau tinted sunscreen. Kerana itu lah sunscreen Hansaegee Nature ni sangat mudah dibersihkan.
Selesai berwuduk boleh terus solat. Sebaik sahaja selesai solat, pakai semula sunscreen. Urusan selesai cepat dan tak perlu keluar kereta dengan membawa barang-barang untuk mencuci solekan.
Memang sangat memudahkan tanpa perlu kita keluarkan makeup removel. Tak perlu melakukan double cleansing dan bawa bahan pencuci yang lain.
Sunscreen Tidak Kalis Air dan mudah sebati dengan air
Sunscreen Hansaegee Nature ni berbeza dengan sunscreen yang bersifat tinted sunscreen.
Sunscreen yang tidak meresap air dan tidak mudah sebati dengan air sahaja yang memerlukan korang untuk menggunakan makeup removel, atau pun double cleanser sebelum mengambil wuduk. Apakah Sunscreen kena air hilang? Jawapannya Sunscreen yang sebati dengan air.
Nampak gambar di atas ni? Bila bilas dengan air, air tu jadi warna susu…Ini bermaksud Sunscreen Aloe Vera Hansaegee ni sebati dengan air dan mudah dicuci.Â
Jadi kalau korang nak kan sunscreen yang mesra wuduk, pilihlah Hansaegee Nature. Mengikut pengalaman saya sendiri sunscreen yang mesra wuduk lebih selesa dipakai walaupun dalam cuaca yang panas.
Mencucinya juga tak mengambil masa yang lama
Ini kerana ianya lebih ringan , tidak padat seperti bahan kosmetik. Sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Berbeza dengan suncreen yang menutup terus lapisan kulit dan tak kalis air, bila pakai akan membuatkan ada rasa sesuatu menempel pada wajah kita. Sunscreen jenis chemical seperti ini tak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif apalagi jika sunscreen tersebut dipakai sehinga berjam-jam.
Apabila di cuci memerlukan banyak bahan chemical lain yang pasti akan memburuk kan lagi keadaan kulit sensitif korang. Bahan-bahan tersebut akan tersumbat di dalam pori kulit dan proses mencucinya juga mengambil masa. Jadi Sunscreen yang tidak menyumbat pori seperti Aloe Vera Sunscreen Hansaegee ni memang diperlukan.
“Krim Siang Terbaik – Sunscreen SPF50”
Kalau aku, aku suka sunscreen yang tinggi SPF nya. Sunscreen tu jugak mestilah tak melekit walaupun aku berpeluh. Sunscreen yang tak jadi masalah kalau setakat aku nak lap peluh dimuka. Dan yang penting sekali aku suka sunscreen yang kekalkan kelembapan kulit aku.
Pada aku Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen adalah sunscreen terbaik yang kekalkan kelembapan kulit aku.Ianya juga bebas minyak dan berasaskan air.
Sunscreen ni ada SPF50+ PA+++ dan texture nya juga sangat lembut, tak berminyak dan tak melekit. Lepas pakai muka tak bercapuk-capuk , tak pucat tapi nampak fresh saja. Korang boleh terus apply makeup lepas pakai Sunscreen ni sebab ianya juga boleh jadi makeup base yang sangat baik.
Panas oi..Tapi tengok kulit aku. maintain je. Without makeup |
Hansaegee Nature Sunscreen Yang Tidak Berminyak
Sunscreen yang berminyak memang susah untuk dibersihkan. Apalagi sebelum mengambil wuduk wajah perlu bebas dari sesuatu yang menghalang air dari merata dikulit wajah. |
Sunscreen yang berminyak tidak boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan air kerana ianya perlu dibersihkan dengan lebih teliti. Krim yang berminyak menempel didalam pori kulit wajah tidak akan hilang dengan hanya menggunakan air.
Ianya perlu dibersihkan dengan produk pembersih solekan. Namun dengan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, korang tak perlu lagi merasa was-was selepas mengambil wuduk. Tekture yang tidak berminyak sangat mudah dibersihkan dan tidak menempel di dalam pori.
Korang hanya perlu menggosok kulit dan sunscreen akan larut bersama air dan hilang ketika di bilas.
Setakat ni memang aku tak de masalah menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni. Malah aku sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya. korang juga patut cuba kalau korang masih belum jumpa sunscreen yang betul-betul sesuai untuk kulit korang.
Aku buat testing dekat atas kertas sebab minyak akan tinggalkan kesan diatas kertas. Jadi aku test atas kertas nak tengok ada tak tinggalkan kesan minyak kat atas kertas tu.
Mengejutkan.. Tak sampai 10 saat selepas sunscreen diratakan, langsung tak ada kesan berminyak. Memang tak de sedikit pun kesan berminyak pada kertas tu. Terbukti Hansaegee Nature Sunsuncreen ni tak memberi kesan berminyak pada kulit wajah.
Sama macam bila kita apply pada wajah,tiada rasa berminyak dan kesan lekit. Sunscreen yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Dan nak katakan Sunscreen ni Sunscreen untuk kulit berminyak, memang tidak salah!
Oleh sebab teksturnya yang ringan, tiada rasa yang menempel pada wajah. Rasa macam kita bilas air pada muka kita saja. Apa lagi kalau kita berada diluar dengan cuaca panas, sangat selesa dan kulit macam tak pakai apa-apa skincare.
Cara pakai sunscreen yang selalu aku amalkan ialah:
Toner—->Serum—->mosturizer—->sunscreen—->makeup.
Cara Memakai Sunscreen dengan Betul
- Sapu sunscreen di seluruh muka secara merata 15-30 minutes sebelum keluar rumah, sebab kulit memerlukan masa untuk menyerap sunscreen.
- Pakai sunscreen dalam jumlah yang cukup, dan mampu menlindungi seluruh permukaan kulit wajah secara merata. At least, 2 jari tangan amount sunscreen tu.
- Guna sunscreen paling terakhir pada rutin pemakaian skincare (sebelum makeup) macam rutin di atas yang aku tulis.
- Reapply sunscreen beberapa jam dalam sehari. At least 2 atau 4 jam mesti kena reapply sunscreen. Pakai sunscreen 1 kali dalam sehari adalah tidak cukup.
- Duduk rumah pun kena pakai sunscreen. Disebabkan dalam rumah pun ada UV boleh masuk melalui tingkap dan pintu.
- Pastikan memakai sunscreen yang sesuai kulit, untuk kadar SPF yang dipakai at least minimal 30. Sebab SPF 30 mampu memberi perlindungan sebesar 97% akibat UVB. Dengan kadar SPF yang lebih tinggi seperti SPF 50, dapat melindung hingga 98%. Semakin tinggi level SPF yang digunakan maka semakin tinggi efektivitasnya.
Aku pakai sunscreen ni setiap hari . Aku guna sunscreen ni kemudian terus pakai compact powder. Tak bercapuk-capuk dan lepas 2 -3 jam cuma touch up sikit. Tak de rasa kulit gatal-gatal atau panas. Tapi paling best lepas pakai makeup jadi cantik. Tak de crack.
Aku kurang suka pakai foundation kecuali untuk majlis-majlis tertentu. Jadi sunscreen ni berguna sangat untuk aku beraktiviti seharian kat luar sebab lepas pakai sunscreen terus pakai compact powder.
Lepas pakai suncreen ni , kalau tak nak makeup pun tak pe. Memang kulit korang akan nampak segar tanpa makeup. Nampak neutral dan skin tone korang lebih cerah tanpa kesan putih krim sunscreen
Aku yakin korang mesti akan suka dengan produk dari Hansaegee Nature ni. malah kalau korang ada kulit sensitive korang juga boleh cuba . Mungkin ini adalah suncreen yang korang cari-cari.