Malaysia merupakan syurga tropika, di mana matahari sentiasa bersinar cerah dan ia sering ditemani dengan kelembapan. Tak hairanlah bahawa ramai rakyat Malaysia mempunyai kulit yang berminyak dan kombinasi.
Walaupun mempunyai jenis kulit yang sinonim dengan cuaca yang panas dan lembap, kebanyakan daripada kita di Malaysia masih buntu tentang langkah-langkah yang sepatutnya diambil dan cara penjagaan muka yang betul, terutama sekali dalam pemilihan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit.
Namun, jangan bimbang! Kulit berminyak bukanlah satu cabaran yang tak dapat diatasi. Dengan penjagaan yang betul, anda boleh menikmati kulit yang sihat dan juga berseri. Teruskan membaca untuk mendapatkan tips-tips berguna dalam membantu anda menangani kulit berminyak dengan betul!
Memahami Jenis Kulit Anda
Adalah penting untuk memahami jenis kulit anda sebelum anda mula merawatnya. Kulit berminyak berlaku apabila kelenjar sebum menghasilkan lebihan sebum, iaitu minyak semulajadi yang menjaga kulit anda agar sentiasa lembap. Penghasilan sebum yang berlebihan boleh menyebabkan kulit muka lebih cenderung untuk nampak berkilat akibat minyak, liang pori tersumbat, dan sering kali berisiko jerawat.
Punca Kulit Berminyak
Kulit berminyak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Memahami punca-punca yang menyebabkan kulit berminyak adalah langkah yang penting untuk mencapai kulit muka yang lebih sihat. Jom kita ketahui sebahagian punca kulit berminyak ini:
- Genetik memainkan peranan penting; jika ibu bapa anda mempunyai kulit berminyak, anda lebih cenderung mengalaminya juga. Biasanya, semakin besar liang pori pada kulit anda, semakin banyak minyak yang akan dihasilkan oleh kulit.
- Perubahan hormon. Terutamanya semasa remaja dan kehamilan, ia boleh mencetuskan peningkatan pengeluaran minyak.
- Faktor persekitaran. Cuaca yang panas dan lembap menyebabkan peningkatan peluh dan pengeluaran minyak. Mereka yang tinggal di kawasan berkelembapan tinggi mungkin berisiko lebih tinggi mengalami kulit berminyak.
4.Menggunakan produk skincare yang tidak bersesuaian. Kulit berminyak juga boleh disebabkan oleh penggunaan produk skincare yang tidak bersesuaian untuk jenis kulit. Sesetengah orang menganggap kulit kombinasi sebagai kulit berminyak, dan mereka mungkin menggunakan krim muka yang terlalu berat.
5.Mencuci kulit muka secara berlebihan. Jika anda mencuci muka terlalu kerap dalam sehari, anda akan menghapus terlalu banyak minyak dari kulit anda. Justeru, menyebabkan kelenjar sebum berada dalam ̳emergency mode‘, di mana ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan minyak yang telah hilang.
Cara Merawat Kulit Berminyak
Menangani kulit berminyak boleh menjadi sesuatu yang mencabar, but it doesn‘t have to be that way. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti minyak dan kilauan adalah musuh utama anda, namun minyak merupakan natural part of the skin. Kulit kita perlu menghasilkan minyak, tetapi ia tak sepatutnya berlebihan. Dibawah inilah tips dan cara anda boleh merawat kulit berminyak dan say hello to kulit sihat!
     1. Pemilihan produk skincare yang betul
Pemilihan produk penjagaan kulit yang tepat adalah penting bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ramai orang masih tak tahu atau peka bagaimana untuk memilih skincare untuk kulit berminyak ni. Actually, senang je. Inilah key point yang penting untuk anda ingat sewaktu shopping skincare:
- Pilih skincare yang berlabel ―bebas minyak‖ dan ―non-comedogenic‖
- Pilih pencuci muka yang gentle dan berbentuk foam
- Elakkan skincare yang mempunyai kandungan alkohol dan sulfate
- Niacinamide, Aloe Vera, Tea Tree, Centella Asiatica, Zinc dan Glycerin antara 
bahan-bahan awesome yang patut anda consider dalam routine anda
2. Elakkan pencuci muka yang ‘heavy’ dan cream-based
Jika anda mempunyai kulit berminyak, ianya penting untuk memilih pencuci muka yang direka khas untuk menangani pengeluaran minyak berlebihan dan mencegah jerawat. Kulit berminyak sering kali di salah anggap. Kita sering melihat pencuci muka yang sangat harsh, pencuci muka dengan pH yang tinggi, dan produk yang mempunyai pewangi berlebihan di ̳market‘kan untuk individu kulit berminyak. 
Sebaliknya, sebum kulit mudah dibersihkan dengan satu gentle cleanser, iaitu pencuci muka yang lembut pada kulit yang dapat menghilangkan kotoran tetapi tak menghilangkan lapisan- lapisan penting dari kulit. 
Kulit berminyak ni sebenarnya memerlukan pencuci muka yang ringan, tidak berminyak, dan bukan berasaskan krim je. Sebagai contoh gentle cleanser yang ideal untuk kulit berminyak ni ialah gel cleanser dan foaming cleanser. 
Bercakap tentang gentle cleanser, Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature merupakan pencuci muka must-try jika anda mempunyai kulit berminyak!
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini diformulasikan dengan teliti untuk membersih kulit secara mendalam sambil menenangkan dan memulihkan kulit yang rosak. Ia mengandungi campuran bahan semulajadi seperti Aloe Barbadensis Leaf dan Tea Tree Oil, yang dapat membantu mengeluarkan kotoran dari kulit sambil membuatkan kulit lembut dan licin, serta membantu mengawal pengeluaran sebum.
FAKTA MENARIK: Cara mencegah jerawat secara berkesan ialah dengan menggunakan produk skincare yang mengandungi bahan seperti Aloe Barbadensis Leaf dan Tea Tree Oil!
Antara kelebihan lain pencuci muka ini adalah sudah tentu teksturnya yang lembut dan berbuih yang mana ia sangat ringan pada kulit. Keselesaan pengguna menjadi aspek penting bagi Hansaegee Nature because that is what keeps people coming back to our products.
Sememangnya pencuci muka ini dicipta dengan thoughts dan concerns meraka yang mempunyai kulit bermiyak dan sensitif kerana ianya paraben-free, sulfate-free, dan alcohol- free. Ia tidak akan menyebabkan sebarang iritasi, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berminyak.
- Elakkan dari mencuci muka terlalu kerap
Meskipun kelihatan mencuci muka beberapa kali sehari boleh membantu menghilangkan minyak berlebihan, sebenarnya terlalu kerap mencuci muka pun boleh menjadi satu masalah. Ia boleh menyebabkan kulit anda menghasilkan lebih banyak minyak kerana lapisan-lapisan minyak semulajadi yang sepatutnya ada telah hilang.
So, persoalannya, cuci muka berapa kali sehari? Seeloknya, anda harus cuci muka hanya dua kali sehari sahaja, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang kerana ini pun sudah memadai.
- Menggunakan moisturizer
Ya, kulit berminyak pun memerlukannya! Banyak orang dengan kulit berminyak mengabaikan moisturizer, beranggapan bahawa itu akan memperburukkan lagi keadaan kulit mereka.
Namun, itu adalah salah sama sekali. Melembapkan kulit sangat penting untuk menjaga skin barrier kita dan mencegahnya dari menghasilkan minyak berlebihan dan sekaligus meningkatkan risiko berjerawat.
Oleh itu, gunakan moisturizer yang ringan, tidak melekit dan non-comedogenic untuk membuatkan kulit sentiasa lembap seharian tanpa menyumbat liang pori. Sebelum anda bertanya, ―Adakah produk macam tu dipasaran?‖, inilah Aqua Whitening Cream! Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan berminyak!
Kenapa Aqua Whitening Cream ni moisturizer terbaik? Well, for starters, moisturizer ini mempunyai formulation yang sangat menarik. Ia merupakan moisturizer berbentuk watery- gel dengan tekstur yang halus bak krim, tetapi ia amatlah ringan apabila disapu pada kulit.
Moisturizer ini juga tak kurang hebatnya kerana bahan-bahannya yang superb! Sekiranya anda mempunyai kulit bermiyak, kombinasi dan sensitif – bahan-bahan seperti Niacinamide, Camellia Japonica Seed Oil dan Glycerin merupakan star ingredients untuk jenis kulit anda.
Ketiga-tiga bahan utama ini akan bekerja keras untuk memberikan kuasa hidrasi 24 jam untuk kulit anda. Ia diformulasi khas untuk kulit berminyak dan kombinasi yang memberikan kesan sejuk yang menyegarkan sambil membantu menjaga keseimbangan kelembapan dan pengeluaran minyak kulit agar kulit terlihat bebas minyak berlebihan, segar, dan lebih sihat sepanjang hari. Aqua Whitening Cream juga bebas alkohol, segera meresap ke dalam kulit untuk membantu mengurangkan minyak berlebihan dan mengecilkan liang pori, menjadikan kulit berasa lebih lembap, segar, dan seimbang!
- Rajin apply sunscreen
Jika anda mempunyai kulit berminyak, anda mungkin terfikir untuk tak menggunakan sunscreen. Look, kita faham: Sebarang produk tambahan—dan terutamanya yang terkenal dengan teksturnya yang tebal dan berminyak—mungkin membuatkan anda risau akan berjerawat. Namun, menggunakan sunscreen setiap hari (walaupun kulit hanya terdedah kepada matahari dalam jangka masa singkat) adalah penting untuk mencegah sunburn dan penyakit kulit.
Mujurlah, produk SPF telah banyak berubah dan lebih banyak pilihan untuk setiap jenis kulit pada masa kini. Bercakap tentang pilihan, apakah dia pilihan sunscreen untuk kulit berminyak ni?
Anda haruslah pilih SPF yang dilabel sebagai ̳non-comedogenic‘ yang bermaksud ia tidak akan menyumbat liang pori. Elakkan daripada menggunakan SPF yang mengandungi bahan occlusive seperti mineral oil, coconut oil dan petrolatum, yang mana ia boleh menyekat minyak, bakteria dan kotoran pada kulit yang boleh menyebabkan pori tersumbat. Yang paling penting sekali, gunakan sunscreen yang oil-free dan lightweight seperti sunscreen gel atau cecair.
Bukannya senang nak cari sunscreen yang lightweight, senang nak blend, takda ̳whitecast‘ dan tak berminyak ni. That is why we formulated our very own Aloe Vera Sunscreen! Ia mengandungi bahan-bahan yang boleh menjadikan kulit calm and soothe seperti Aloe Barbadensis Leaf Juice dan juga ekstrak Centella Asiatica. Amatlah sesuai untuk cuaca di Malaysia ni, kan?
Another thing tentang sunscreen ni juga ialah ramai yang beranggapan bahawa mereka telah pakai sunscreen yang cukup, walaupun sebenarnya tidak. Kuantiti SPF yang anda gunakan amatlah penting untuk make sure anda terlindung sepenuhnya dari sinaran matahari.
Cara pakai sunscreen yang sebetulnya ialah dengan memakai kuantiti sebanyak dua jari dan blend sehingga ia meresap sepenuhnya. Jangan lupa bahagian leher, telinga dan juga tangan. Dengan Aloe Vera Sunscreen ni, anda tak perlu risau tentang ̳whitecast‘, masalah melekit atau berminyak sekalipun. It won‘t do any of that!
- Amalkan urutan yang betul semasa menggunakan skincare
Menetapkan urutan skincare yang betul adalah penting untuk memahami keperluan penjagaan kulit anda dan bagaimana untuk mengatasinya dengan lebih baik apabila menggunakan produk skincare yang betul. Dengan pelbagai jenis produk penjagaan kulit yang ada, ia boleh menjadi sukar untuk memahami fungsi setiap produk dan bagaimana atau masa terbaik untuk menggunakannya pada kulit anda demi hasil terbaik.
Produk skincare semua dah perfect tapi jika tak tahu urutan yang betul apabila nak pakai pun boleh jadi satu masalah jugak. So, produk yang mana kena pakai dulu sebenarnya? The easiest and correct sequence is to apply produk daripada konsistensi yang paling nipis ke yang paling tebal, atau dari cecair ke krim, seperti urutan dibawah:
- Cleanser– pencuci muka yang gentle, alcohol-free dan sulfate-free seperti Aloe AC Clean Bubble Cleanser
- Moisturizer– moisturizer yang lightweight, non-comedogenic seperti Aqua Whitening Cream dan digunakan dua kali dalam sehari
- Sunscreen– SPF yang tinggi (SPF50+), bebas minyak, tidak melekit dan calming seperti Aloe Vera Sunscreen
That is it—tiga skincare product dengan urutan yang betul is all you need untuk manage kulit yang berminyak. Simple is always better. Semakin banyak produk yang anda gunakan, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami iritasi, alergi, dan jerawat.
Step 1: Cleanser (digunakan pagi dan petang)
Pertama sekali, anda haruslah bersihkan segala bentuk solekan dan kotoran pada kulit sebelum menggunakan produk yang lain. Untuk bahan-bahan menyerap dengan sempurna, kulit perlulah betul-betul bersih dan bebas kotoran.
Gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebagai pencuci muka pada waktu pagi dan petang selama 40 saat. Ia akan membersihkan kulit tanpa meninggalkan kesan yang tegang, malah melembapkan kulit dari dalam.
Step 2: Moisturizer (digunakan pagi dan petang)
Untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri, pastikan anda menggunakan moisturizer dua kali sehari. Kulit kita memerlukan moisture dan hydration untuk membina skin barrier yang sihat. Boleh opt for star ingredients seperti Niacinamide, Glycerin dan Camellia Japonica Seed Oil untuk moisturizer kulit berminyak seperti yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream.
Step 3: Sunscreen (digunakan pagi sahaja)
Sunscreen seharusnya menjadi langkah terakhir dalam skincare routine anda pada waktu siang untuk melindungi kulit daripada sinar UV. Terdapat dua jenis sunscreen yang sering digunakan iaitu physical sunscreen dan chemical sunscreen.
Physical sunscreen ini mempunyai satu ̳strong suit‘ yang mana ia akan melindungi kulit dengan cara memantulkan sinar UV. Ia juga antara formulasi yang sangat mesra beginner kerana ia tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit. Namun, physical sunscreen boleh meninggalkan ̳white cast‘ pada kulit yang membuatkan ia tidak mesra kulit gelap.
That is when chemical sunscreen comes to play. Chemical sunscreen in general mempunyai tekstur yang lebih ringan dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit. Cara ia melindungi kulit pula ialah dengan menyerap sinar UV. Chemical sunscreen juga tidak akan meninggalkan kesan ̳white cast‘ so pengguna dari berbagai warna kulit boleh enjoy chemical sunscreen!
Luckily, Aloe Vera Suncreen merupakan sejenis hybrid sunscreen. Apa pula hybrid sunscreen ni? Haa, pada yang tak tahu, hybrid sunscreen merupakan gabungan kedua-dua jenis sunscreen iaitu physical dan chemical sunscreen.
Ia telah membuatkan Aloe Vera Sunscreen memiliki tekstur yang amat ringan, tidak berminyak dan melekit, tidak meninggalkan kesan ̳white cast‘ dan sangat melembapkan kulit wajah. Dengan hadirnya aloe vera, ia membuatkan sunscreen ini sangat sejuk dan selesa untuk kulit berminyak. Ia juga diformulasikan dengan SPF50+ dengan PA+++, jadi anda pasti dilindungi dengan baik daripada sinar UVA dan UVB yang jahat yang boleh menyebabkan kedutan, sun spots, dan risiko penyakit kulit.
- Amalkan pengambilan air yang mencukupi dalam sehari
Kita telah membincangkan tentang cara menjaga kulit kita agar sentiasa lembap dengan pertolongan skincare, tetapi mengambil kira tentang menjaga kulit dari dalam juga sama penting. Ini bermakna minum air yang mencukupi. Apabila anda menjadikannya sebagai rutin harian, kelenjar sebum anda kurang cenderung untuk ̳overreacting,‘ maksudnya kuranglah risiko berjerawat dan kulit akan lebih berseri dari dalam!
Kesimpulannya…
Kulit berminyak, pada dasarnya, adalah satu isu kosmetik sahaja, bukanlah isu kesihatan. Adalah sangat semulajadi bagi kelenjar sebum seseorang menghasilkan lebih minyak daripada yang lain. Nak manage kulit berminyak ni bukanlah satu cabaran yang tidak berkesudahan.
Dengan memahami kulit anda serta punca kulit berminyak, mengamalkan skincare routine yang betul, memilih produk yang tepat, dan secara umumnya mempunyai gaya hidup yang sihat, anda juga boleh mencapai kulit yang lebih seimbang dan berseri.
Sekaranglah masanya untuk mengawal kulit berminyak anda dengan Hansaegee Nature dan ucapkan selamat tinggal pada masalah minyak berlebihan. Amalkan petua dan tips-tips dari posting kali ini dan rasai keyakinan yang datang dengan wajah bebas minyak berlebihan. Remember, kulit anda tidak menentukan siapa anda — ia hanyalah satu aspek kecantikan anda. Your skin is as unique as you 🙂