Panas betul lah! Macam ni lah kita kat Malaysia ni. Memang terkenal dengan cuaca panas. Walaupun begitu, panas dalam Malaysia tidaklah keterlaluan dan tegang macam sekarang kalau tak ada perubahan iklim. Betul tak?
Disebabkan kita sentiasa menghadapi masalah cuaca panas melampau macam ni, kita sangat gemar duduk dalam bilik yang mempunyai penyaman udara. Seperti saya sendiri, sepanjang bersekolah dahulu, memang suka belajar dalam perpustakaan atau bilik kaunseling sebab bilik tu ada pendingin hawa. Dalam kelas tak ada.
Di mana-mana mesti nak. Bekerja pun memang pilih pekerjaan duduk dalam pejabat atau dalam shopping mall yang ada aircond. Tak sanggup rasanya nak sentiasa kepanasan. Bayangkan! Buat kerja dalam keadaan berpeluh disebabkan cuaca panas? Tak selesanya. Tapi, timbul pula masalah lain. Kulit jadi kering. Risaulah…semua jadi serba salah.
Apabila alat hawa dingin menghilangkan kelembapan ruang bilik tersebut, dalam masa yang sama kulit kita akan turut kehilangan kelembapannya. Kulit muka akan mengecut atas faktor bilik yang sejuk dan kering. Kehilangan kelembapan yang berterusan akan membuatkan kulit menjadi kering dan tegang.
Apabila kulit kita kering yang melampau, membawa pula masalah kulit berminyak. Eh? Kulit kering tapi berminyak? Tak faham lah. Pada mulanya, saya pun tak faham. Macam mana keadaan kulit kering tapi berminyak ni berlaku? Ceritanya macam ni…tapi sebelum saya teruskan, saya nak jelaskan sesuatu.
Biasanya kulit kering dan kulit dehidrasi dibincangkan secara sinonim sehingga kita semua keliru. Kulit kering adalah jenis kulit dan kulit dehidrasi merupakan keadaan kulit kita. Ada perbezaan tak antara kulit kering dan kulit dehidrasi? Ada. Kulit kering adalah di mana kondisi kulit kita akan mempunyai tompok yang kasar dan mengelupas atau kelihatan seperti bersisik. Kawasan tersebut mungkin akan berasa gatal. Paling teruk kulit akan retak dan berdarah.
Kulit Kering Tetapi Berminyak
Â
Manakala, kulit dehidrasi pula merupakan kulit yang kekurangan air. Kulit dehidrasi boleh kelihatan kering tetapi tetap tidak sama dengan jenis kulit kering. Jadi, mengenai kulit yang kelihatan kering tetapi berminyak ni apa cerita? Ceritanya, kulit kita sebenarnya kekurangan air, bukan kekurangan minyak sebab tu boleh berlaku, kulit terasa kering tapi bila disentuh terasa ada minyak pada kulit.
Kulit kita mempunyai proses semulajadi di mana apabila kulit kita mulai kehilangan air, minyak semulajadi kulit kita akan keluar. Minyak ni dipanggil sebum. Sebum yang dikeluarkan secara berlebihan dari pori-pori kulit kita akan membuatkan kulit kita yang dehidrasi tadi berminyak.
Kenapa kulit kita menghasilkan sebum yang berlebihan ketika kulit kita dehidrasi? Sebum bukanlah sesuatu yang perlu dibenci. Sebum sebenarnya berfungsi untuk melembap dan melindungi kulit secara semulajadi. Seperti yang saya sebutkan tadi, apabila kulit kita dalam keadaan dehidrasi, kulit kita kekurangan air dan hilang kelembapan dan sebum ini cuba membantu melembapkan kulit kita secara semulajadi.
Jadi, jika kulit kita jenis kulit berminyak, lalu kita selalu duduk dalam bilik berpendingin hawa maka pengeluaran sebum ini akan menambahkan lagi kondisi kulit berminyak kita. Oleh itu, apapun jenis kulit kita, kita perlu memastikan kulit kita sentiasa cukup air. Supaya sebum tak keluar berlebihan.
Walaupun kita sering berkurung di dalam bilik yang sejuk, kita tidak dapat juga nak selamanya duduk dalam tu. Tak dapat juga nak mengelak dari keluar dan menghadapi cuaca panas kat luar. Nak tak nak, terpaksa juga keluar ke tempat letak kereta untuk terus bergerak ke lokasi lain. Nak jemur baju, kena keluar juga. Kan?
Apa jadi pada kulit kita apabila dah lama dalam pejabat yang sejuk, tiba-tiba kita keluar dan kulit terdedah dengan hawa panas pula? Apabila kulit kita kekurangan air akibat pendingin hawa, kulit kita akan kehilangan kuasa pembentukan, pembaharuan, atau pembinaan semula.
Jadi, apabila kita melangkah keluar ke terik matahari secara tiba-tiba kulit kita akan tertekan. Kulit akan keliru dan akan bergelut untuk melawan perubahan persekitaran. Hal sebegini dikhuatiri akan menambah masalah pada kulit.
Jadi, macam mana kita nak elakkan masalah kulit dehirasi macam ni? Masalahnya kita tak mungkin dapat elakkan diri dari berada dalam bilik air-cond lama-lama walaupun kita dah cukup minum air. Betul tak? Hidup dalam Malaysia tanpa pendingin hawa? Mustahil.
Sebab tu lah saya menggunakan pelembab AQUA WHITENING CREAM tidak kira saya berada di mana-mana. Keunikan pelembap AQUA yang memberi kesegaran pada wajah dengan teknologi water-drop yang muncul setelah disapu pada kulit beberapa saat. Apabila sapu pada muka, terasa sejuk seperti baru sahaja menyiram muka dengan air ketika cuaca panas.
AQUA WHITENING CREAM adalah pelembap water-based yang wajib ada dalam handbag saya untuk memastikan kulit saya sentiasa dibekalkan air yang cukup dan kelembapan. Sangat senang untuk dipakai walaupun sedang dalam keadaan rushing. Sangat cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit.
Saya juga tidak risau masalah lubang pori-pori tersumbat sebab AQUA adalah pelembap bertekstur sangat ringan dan senang dicuci serta tiada warna. Salah satu bahan AQUA adalah Niacinamide yang sangat diminati ramai menambahkan lagi kualiti tinggi AQUA WHITENING CREAM yang berfungsi mengurangkan masalah keradangan kulit akibat cahaya matahari. Sesuai sangat dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas terik. Malah, boleh membantu mengecilkan pori-pori wajah.
AQUA sangat membantu kulit saya sentiasa tampak ceria walaupun saya duduk dalam bilik berpendingin hawa lama-lama. Kandungan air pada kulit sentiasa cukup dan saya tak perlu nak risau selalu. Sayang AQUA!