Zati memang mempunyai masalah kulit berminyak dan sering mengelupas apabila Zati menggunakan pencuci muka yang mengeringkan kulit, lepas cuci muka je rasa kering, dan muka jadi tegang, tak selesa.
Kulit muka Zati jenis berminyak dan memang kuat berpeluh dibahagian muka. Terutama apabila waktu Zati bekerja. Sebab Zati kerja banyak secara outdoor dan sudah semestinya akan berjemur atau berjalan dibawah terik matahari, confirm muka ni boleh buat cermin dah bila minyak tu muncul! Bila muka ni dah berminyak, Zati pun rasa kurang selesa, dan rasa kurang keyakinan bila nak berhadapan dengan orang. Paling stress make-up jadi bercapuk! Sebab tu kadang-kadang Zati malas nak make-up.
Rasanya ramai yang pernah menghadapi masalah bergini, pencuci muka  membersihkan kulit dengan baik, tetapi selepas mencuci muka, kulit akan menjadi sangat kering dan tegang setelah dicuci. Atau pun ada yang jugak sudah cuci muka, tapi rasa berminyak pada kulit wajah, macam tidak bersih langsung muka tu! Biasa kalau macam ni, kulit muka tu senang keluar jerawat lah kan?
Kenapa lepas kita cuci muka rasa kering dan tegang? Dan kenapa sudah cuci muka tapi masih berminyak? Ini sebab pilih pencuci muka yang tidak sesuai. Kulit wajah kita mengalami pendedahan berterusan terhadap kotoran, alergen, dan bakteria sepanjang hari. Oleh itu, pembersihan wajah secara berkala diperlukan untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik sepertimana yang diimpikan oleh setiap wanita. Pembersihan wajah merupakan langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit. Pencuci muka yang BAIK dapat membantu menghilangkan kotoran dan minyak dari kulit kita dan pada masa yang sama menghidratkan kulit wajah kita, supaya tidak rasa kering.
Kesan Penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Sumpah! Zati dah jatuh cinta dengan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni! Nak tahu kenapa? Sebabnya, pencuci muka ni langsung tak kering dan tegangkan kulit muka Zati.
Selepas dua minggu Zati guna pencuci muka ni, Zati rasakan kulit muka jadi lembap dan minyak juga berkurangan. Boleh bezakan gambar Zati yang diatas dengan yang sekarang ni, kulit terasa lebih bersih dan segar.
Paling penting adalah ianya tidak memberi kesan sampingan kepada kulit kerana teksturnya yang ringan. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak, kulit kering dan kulit kombinasi. Pencuci muka ni bebas paraben, bebas sulfat dan alkohol ye. So, sangat selamat digunakan
Pencuci muka ni berbentuk bubble foam. Memang tak sama dengan pencuci muka yang lain yang ada di pasaran. Biasanya pencuci muka lain membersihkan kulit dengan baik, tetapi selepas mencuci muka, kulit akan menjadi sangat kering setelah dicuci.
Berbanding dengan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni yang memberikan kualiti kebersihan kulit yang tinggi, membersihkan liang-liang kulit dengan mendalam.
Kulit jadi lembap walaupun setelah dicuci. Menjadikan kulit korang lembut dan melembap.
APA YANG UNIK TENTANG ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER NI?
Seperti yang korang lihat dari gambar ni, korang hanya perlu pump sekali sahaja dan gosok ditapak tangan, ianya berbuih halus, lembut dan ringan setelah dipam keluar dimana buih halus ini sangat bagus untuk membersihkan kulit dengan lebih mendalam, melembabkan kulit dan tidak memberi kesan rengsa pada kulit wajah selepas digunakan.
Korang akan nampak buih tu akan banyak dan berair. Tak perlu guna air banyak untuk menghasilkan buih-buih sebegitu ye. Ia menggunakan kaedah Water soft bubble texture tanpa menggunakan penggunaan air yang banyak untuk mewujudkan buih-buih yang lembut tu.
– Menghilangkan kotoran, sel kulit mati dan alat solek dari kulit korang dengan berkesan. Ia menjaga kulit supaya nampak lebih jelas dan cerah.
– Mungkin korang akan terkejut kerana kulit korang dah takkan rasa kering lagi. Sebab bubble cleanser ni menjaga kulit korang sepanjang hari selepas proses mencuci, kulit tidak akan dibiarkan kering. Buih yang terdapat didalamnya kaya dengan kelembapan untuk menghalang kulit korang kering.
– Membersihkan jauh kedalam liang pori. Kesan yang sangat baik pada pembersihan solekan korang. Menguatkan liang pori, memberikan penampilan kulit yang lebih sihat. Menghilangkan kekotoran jauh di dalam liang pori kulit. Kulit tidak lagi rasa berminyak.
Satu Family Guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Suami Zati sendiri mempunyai masalah kulit muka berminyak dan juga parut jerawat yang banyak dimuka. Zati syorkan dia guna pencuci muka ni secara konsisten selama dua minggu, hasilnya parut jerawat semakin pudar.
Cuma minyak dimuka belum berkurangan, mungkin sebab factor cuaca kerana suami Zati kerja sebagai rider, so semestinya kerja dibawah panas matahari. Tapi memang nampak perubahan nya.
Adik Zati pun sama je masalah kulit dia dengan suami Zati. Biasalah remaja kan, semestinya lah jerawat tumbuh dengan jayanya. Tapi selepas beberapa kali dia guna pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Clanser ni, jerawat kecut dan parut semakin pudar.
Dia punya seronok, sampaikan dia nak order satu lagi untuk dia konsisten guna.
Cara Pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Cara Zati pakai macam biasa je. Guna dua kali sehari pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum nak tidur punya skincare rutin. Â Zati biasa guna satu pump je untuk satu muka sebab buih dia banyak dan bila campur air bertambah berbuih-buih.
Sebab buih dia lembut, tak rasa kasar atau tegang pun pada kulit. Urut je buih pencuci muka ni dengan lembut pada kulit. Tak terlalu lama dan tak terlalu kejap. Lepastu boleh la bilas guna air biasa.
Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari.
Macam Zati suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara.