Tempoh hari, saya dan rakan satu sekolah dulu buat perjumpaan semula di rumah salah seorang rakan kami setelah sekian lama kami tidak bertemu. Di sana, saya bertemu semula dengan sahabat lama banyak topik dibualkan termasuk hal kecantikan kulit. Tapi saya sedikit tertanya-tanya kenapa dia asyik cakap, “Cantik kan tapi takutlah nak cuba” bila saya sebut produk tertentu.
Tak cukup sembang semasa perjumpaan tu, kami sambung lagi di masa yang lain dan dia bertanya, saya suka guna produk apa dan apa yang saya amalkan sebagai rutin untuk kekalkan kulit sihat dan cantik. Saya ingatkan dia tanya macam ni, dia sedang mencari produk skincare yang elok. Jadi, saya terus suggest dia produk yang saya pakai, Aqua Whitening Cream. Saya keluarkan pelembap muka saya tu dari beg tangan dan bagi kepada dia tapi dia kata, “Takpelah, saya takut nak cuba”.
Saya kehairanan dan saya tanya, “takut apa?”. Jawabnya, dia nak cantik tapi dia takut nak pakai skincare sebab dia takut sesuatu yang tidak baik. Katanya lagi, dia pernah ada pengalaman menggunakan produk kecantikan kulit yang tidak sesuai dan membuatkan kulit dia ada masalah jerawat teruk. Bila dia tukar produk, dia mendapat masalah lain pula.
Sejak tu, dia berhenti menggunakan skincare kecuali pencuci muka sahaja. Sejak dia takut nak mencuba lagi, dia kekalkan sahaja kulit dia seadanya.
Sejak perjumpaan ni, kami kerap keluar bersama. Rapat semula seperti zaman remaja dulu. Di kesempatan yang ada, saya selalu ajak dia ke kedai-kedai farmasi atau kedai penjagaan kulit untuk buat survey skincare sambil jelaskan dan bagi tips penjagaan kulit kepada sahabat saya ni. Saya harap dengan pengetahuan yang saya kongsikan dengan dia ni, dia boleh belajar rutin penjagaan kulit yang betul dan cara mengetahui produk yang sesuai dengan kulit dia. Agar tidak ada lagi masalah sama berulang seperti pengalaman pahit dia.
Sebenarnya, sahabat saya ni bukanlah keseorangan dengan masalah takut dengan produk penjagaan kulit. Saya pun pernah rasa begini dulu. Punca utamanya adalah kurangnya pengetahuan dan ilmu kecantikan. Malah, tidak tahu cara mengetahui produk kulit yang betul serta tidak tahu tips mengenalpasti produk yang selamat.
Begitulah saya juga dahulu. Apabila terasa rumit dalam proses belajar cepat berputus asa dan terjebak dan percaya dengan produk yang menjanjikan kesan segera. Apapun, pengalaman akan membuat kita lebih peka dan matang akan kepentingan kesihatan kulit yang sebenar.
Tidak ada pil ajaib untuk cantik. Semuanya bermula dari langkah pertama dan diikuti dengan langkah seterusnya. Dengan ilmu, kita boleh elakkan pengalaman buruk yang boleh menganggu emosi seperti sahabat saya.
Langkah 1
Ketahui Jenis Kulit dan Kenalpasti Masalah Kulit Yang Ingin Diatasi.
Saya cerita dengan sahabat saya, terdapat 5 jenis kulit manusia secara asasnya iaitu kulit berminyak, kering, kombinasi, sensitif, dan normal. Setiap jenis kulit ini mempunyai keperluan jenis produk yang berbeza. Sebagai contoh, produk khas untuk kulit berminyak tidak boleh digunakan untuk kulit kering. Hal ini boleh berlaku kesan yang tidak diingini. Sahabat saya akui, dia mungkin guna skincare untuk jenis kulit yang lain. Bukan untuk kulit dia.
Saya sendiri sangat suka menggunakan pelembap muka dari Hansaegee Nature, Aqua Whitening Cream kerana krim pelembap ini boleh digunakan oleh semua jenis kulit. Tak perlu pening kepala memilih produk pelembap kulit mengikut jenis kulit. Senang dan ringkas.
Langkah 2
Memilih produk yang sesuai dengan kulit.
Seperti yang saya kongsikan di langkah 1, setelah kita ketahui jenis kulit dan masalah yang perlu kita atasi, kita perlu ke langkah yang seterusnya iaitu pemilihan produk yang betul di pasaran.
Sangat banyak skincare di pasaran. Saya dan sahabat saya selalu masuk ke kedai yang menjual produk penjagaan kulit. Sahabat saya sendiri jadi rambang mata. Hahaha…Sangat banyak pilihan. Dari lingkungan harga yang mudah milik hinggalah yang bernilai sangat eksklusif. Mungkin, ada dalam kalangan kita berpendapat kos tidak penting dinilai. Yang penting skincare yang dibeli sangat berkualiti dan berbaloi kita laburlan untuk kesihatan kulit.
terpulang kepada setiap individu dengan kesanggupan, minat, dan kemampuan mereka terhadap sesuatu skincare. Saya sendiri memilih Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature kerana faktor harga mampu milik dan berbaloi dengan ukuran kualiti, boleh digunakan oleh semua jenis kulit dan tidak melekit pada kulit kerana krim ini merupakan water-based.
Malah mempunyai bahan yang selamat dan kita terhindar dari pori tersumbat (non- comedogenic), tiada paraben, tiada alcohol dan tiada sulfate.
Tips Pemilihan Produk Mengikut Jenis Kulit
Sedikit tips pemilihan produk mengikut jenis kulit yang saya kongsikan dengan sahabat saya adalah seperti di bawah:
Untuk kulit jenis berminyak – Cari produk yang mengandungi asid alfa hidroksi (asid glikolik atau asid salisilik), benzoil peroksida dan asid hyaluronik. Ramuan ini berkesan mengawal pengeluaran sebum berlebihan manakala asid hyaluronik akan menghasilkan penghidratan hanya di kawasan yang diperlukan.
Untuk kulit jenis kering – Cari produk yang mengandungi mentega shea dan asid laktik. Bahan-bahan ini memberikan penghidratan dan pengelupasan ringan untuk mengekalkan kulit kering kelihatan berseri.
Untuk kulit jenis sensitif – Cari produk yang mengandungi aloe vera, oatmeal dan shea butter. Bahan ini adalah pelembap yang baik dan mereka biasanya tidak akan buat sesiapapun sakit hati. Hiks.
Ya. Individu yang mempunyai kulit jenis sensitif adalah individu yang perlu lebih terperinci dan lebih berhati-hati dalam memastikan bahan dalam skincare mereka sesuai dengan kulit sensitif mereka.
Untuk kulit jenis normal – Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit normal pasti ada yang bersorak gembira. Tetapi ingat, memiliki kulit yang normal tidak bermakna kita tidak memerlukan rutin penjagaan kulit harian yang hebat.
Kita mungkin tidak melihat tanda-tanda kerosakan kulit selepas terdedah dengan cahaya matahari akibat tidak memakai produk pelindung matahari (SPF / Sunscreen). Kita juga tidak melihat terdapat masalah kulit yang lain disebabkan perubahan cuaca atau serangan alam sekitar. Kita juga mungkin tidak perasan perubahan kulit pertengahan umur tetapi semua ini masih menjejaskan kulit.
Cara terbaik untuk menjaga kulit normal adalah dengan mengikuti asas-asas yang diperlukan termasuk penggunaan harian pembersih yang lembut dan berkesan, pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi, dan pelembap yang dirumus dengan indah.
Untuk kulit jenis kombinasi – Dengan kulit kombinasi, kita boleh memisahkan rutin pemakaian skincare pada waktu siang dan malam. Kita juga tidak perlu menggunakan semua produk di bahagian muka tertentu dan setiap masa.
Sebagai contoh, jika zon T kita berminyak dan seluruh muka kita pula kering, sapukan asid hanya pada zon T dan hanya pada waktu malam.
Langkah 3
Pastikan Produk Tidak Mengandungi Bahan Bahaya.
Bahan bahaya biasanya kimia terlarang. Ada beberapa bahan yang kita perlu elakkan Ketika memilih produk kecantikan kulit. Antaranya adalah wangian atau perfume, sulfates, paraben, dan bahan pengeluar formaldehid dan formaldehid.
Wangian/perfume mempunyai kelaziman yang tinggi menyebabkan alahan dan kerengsaan kulit, dan amat penting untuk mengelakkannya kulit sensitif. Sulfates adalah agen pembersih yang boleh menyebabkan kerengsaan. Paraben pula biasanya diletakkan dalam produk sebagai bahan pengawet kimia untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan boleh memberi kesan berbahaya dari semasa ke semasa dengan membuang keseimbangan hormon.
Ramuan Skincare Yang Perlu Dicari
Saya pesan dengan sahabat saya, jika bahan di atas merupakan bahan yang perlu dielakkan, di bawah ini pula adalah bahan dalam skincare yang perlu dicari. Lepas ni tak perlu rasa serik dan takut dengan skincare. Bahan di bawah tidak makan orang. Hahaha…
Glycerin
Pakar produk penjagaan kulit kata, Glycerin merupakan ramuan tulang belakang bagi produk pelembap. Glycerin dikenali juga sebagai glycerol. Ramuan ini merupakan cecair yang datang dari sebatian minyak sayuran dan lemak haiwan. Jernih, tidak berwarna, dan tidak berbau.
Niacinamide
Niacinamide merupakan vitamin B3. Ramuan ini bagus untuk mengawal minyak sambil juga melembapkan kulit dan menyerikan warna kulit. Bahan ini boleh mengurangkan masalah kehilangan air.
Camellia Japonica Seed Oil
Sahabat saya juga tidak suka memakai pelembap muka atas ketakutannya terhadap rasa melekit, gatal, dan tidak selesa selepas memakai pelembap. Sebab itulah penting untuk memilih bahan yang berasaskan air bukan minyak.
Camellia Japonica Seed Oil, bukanlah minyak yang seperti kita fikirkan walaupun namanya ‘minyak’. Bahan ini tidak bertekstur seperti minyak. Khasiat omega-3 nya sangat bagus untuk mendorong pengeluaran kolagen kulit.
Ceramides dan Asid Hyaluronik
Kedua-dua bahan adalah ini adalah agen pelembap penting yang secara semula jadi ditemui dalam kulit. saya lebih suka asid hyaluronik dalam bentuk serum, manakala saya akan mencari glycerin dan ceramide dalam losyen dan krim.
L-asid askorbik (Vitamin C)
Vitamin C, khususnya bentuk asid l-askorbik, adalah antioksidan yang berfungsi untuk membalikkan kerosakan daripada sinaran UV dan merangsang pengeluaran kolagen.
Tokoferol (Vitamin E)
Vitamin E menawarkan sifat yang sama seperti Vitamin C dan berfungsi paling baik apabila kedua-duanya digabungkan sebagai duo kuasa penjagaan kulit.
Retinol
Retinol ialah bahan utama untuk dicari dalam produk untuk rutin waktu malam. Retinol berfungsi untuk menukar sel kulit dan merangsang kolagen.
Langkah 4
Pastikan Rutin Penjagaan Kulit Betul dan Tepat.
Paling ringkas, jika kita ada pencuci muka, toner, pelembap, dan pelindung UV pun sudah memadai. Tapi jika inginkan hasil yang lebih mantap, boleh mencari serum dan produk kulit yang menjadi matlamat kita.
Jika saya dalam keadaan kelam kabut, saya akan mencuci muka dan pencuci muka saya jenis 2 in 1 iaitu mengandungi toner sekaligus. Oleh itu, saya tidak perlu lagi menggunakan toner untuk seterusnya. Saya akan langkau terus ke pelembap Aqua Whitening Cream. Biasanya saya apply dua lapis tidak kira waktu siang atau malam. Kemudian, saya akan memakai pelindung UV sunscreen.
Dah siap, saya terus saja apply kosmetik natural looks sebab nak cepat. Jika masa saya tidak begitu padat, saya akan apply semua sekali. Tapi kalau boleh apply semua sekali, teruskan buat sebab hasilnya lebih baik. Konsisten itu hasilnya hebat.
Dalam semua rutin asas skincare ni, pelembap Aqua Whitening Cream ni paling saya tidak mahu tertinggal.
AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE
Dalam senarai bahan produk yang perlu dicari di atas, 3 bahan yang teratas iaitu glycerin, niacinamide, dan camellia japonica seed oil merupakan bahan yang ada dalam krim ini.
Sebab tu lah saya bersungguh-sungguh mengesyorkan krim ni kepada sahabat saya. Alhamdulillah, sahabat saya sudah pun menjadi pengguna pelembap Aqua ni dan sangat memberi kesan yang baik kepada dia. Saya pun sangat gembira bila dia gembira.
Katanya, alangkah baiknya kalau dia ambil tahu lebih awal mengenai Aqua Whitening Cream ni yang selesa di wajah. Malah tidak melekit, tidak gatal, rasa sangat ringan saja di muka. Ketika kita menyapu krim pada muka, akan wujud water-drop. Sifat air pada Aqua ni menyegarkan dan menyejukkan kulit.
Katanya lagi, dia rasa begitu berkeyakinan sekarang sejak kulit dia sudah tidak lagi mengalami minyak berlebihan. Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan happy sangat dengar feedback dia. Apa yang dia rasa, begitulah yang saya rasa sepanjang menjadi pengguna Aqua.
Kita boleh mengelak dari masalah kulit berminyak berlebihan. Kita juga tidak perlu khuatir dengan lubang pori membesar atau tersumbat dengan Aqua. Malah, krim ini boleh kita gunakan sebagai cooling apabila kita rasa kulit kita rasa panas akibat matahari di samping mengekalkan kelembapan kulit siang dan malam.
Langkah 5
Stick with it.
Perkara baik perlukan masa dan kesabaran. Hanya mereka yang sanggup menunggu sahaja yang boleh menang dalam memperolehi hasil yang terbaik. Begitu jugalah dengan kecantikan kulit. Produk terbaik dalam dunia sekalipun perlukan masa untuk berikan hasilnya.
Kesimpulan
Tidak semestinya ada produk yang tidak baik apatah lagi jika produk itu disahkan oleh KKM, tetapi kadang-kadang orang dengan jenis kulit yang berbeza menggunakan produk yang salah untuk jenis kulit mereka. Apabila kita mempunyai pengetahuan seperti yang saya kongsikan di atas, kita boleh membebaskan diri kita dari rasa takut menggunakan produk penjagaan kulit. Kita juga boleh mencuba sesuatu produk baru jika kita rasakan kita boleh mendapat hasil yang lebih baik dari produk yang lama.