Outfit dah cantik, rambut dah kemas, kasut pun dah pakai TAPI makeup dah bercapuk dan crack pulak. Alamak! Mesti ramai yang pernah alami situasi macam ni kan? Stress lah bila berhadapan situasi macam ni. Dah lah makeup ni mengambil masa yang lama nak buat tapi tak sampai berapa jam lagi dah luntur, bercapuk dan crack.
Sebenarnya, nak pakai makeup ni ada sainsnya yang tersendiri!
So it’s only fair kalau kali ni kita share rahsia dan 101 about makeup supaya kekal lama dan flawless untuk seharian. Benda baik kena bagitahu kat semua orang kan, tak gitu? Sebelum kita nak deep dive and terangkan cara-caranya, adalah lebih baik kalau semua tahu apa dia punca makeup bercapuk terlebih dahulu. Takda lah nanti kita buat kesalahan yang sama berkali-kali.
Antara punca makeup bercapuk dan tak kekal lama:
1. Tidak menggunakan primer
Sekiranya inginkan makeup yang tahan lama, gunakanlah primer sebelum pakai makeup. Selain daripada ia membantu untuk makeup tahan lama, ia juga membantu meratakan tekstur kulit dan menjadikan makeup tu terletak elok dan rata.
2. Keadaan dan jenis kulit
Jenis kulit yang berminyak dan kering antara yang berisiko tinggi untuk berdepan situasi makeup bercapuk. Kulit yang dehydrated ni akan menyerlahkan segala tekstur serta membuatkan sesuatu area di wajah tu prone untuk crack dan bercapuk.
3. Tidak menggunakan produk yang betul
Sesuatu yang simple macam ni boleh menjadi sebab makeup tidak kekal lama pada wajah. That’s why penting untuk kita gunakan produk yang sesuai untuk jenis kulit masing-masing; daripada skincare, sehinggalah ke makeup. Gunakan produk yang sesuai untuk jenis kulit sendiri agar makeup dapat kekal lama.
4. Produk yang berlebihan
Produk yang dipakai secara berlebihan dan tidak diratakan dengan betul akan menyebabkan makeup nampak cakey, berat dan akhirnya nampak bertompok-tompok. Nak pakai makeup ni kena beringat sikit dan pakai asal cukup sahaja.
5. Kerap menyentuh wajah
Ini adalah satu tabiat annoying yang perlu kita tinggalkan. Perbuatan menyentuh wajah ni akan memindahkan minyak dan kotoran dari jari ke muka, menjadikannya lebih berminyak dan menyebabkan jerawat. Menyentuh wajah dengan kerap akan sekaligus mengelap sedikit makeup yang berada di muka dan membuatkan ia nampak bercapuk. So keep your hands out of your face.
6. Cuaca yang panas atau hujan
Cuaca ni adalah something yang kita tak boleh elak. Bila cuaca terlalu panas atau hujan, ia boleh menjadi punca makeup luntur dan bercapuk. Sebolehnya elakkan untuk terkena direct cahaya matahari yang berlebihan dan pakai payung sekiranya hujan.
7. Tidak menggunakan moisturizer/skincare
Antara common mistake yang biasa kita terlepas pandang ialah dengan tidak memakai moisturizer sebelum pakai makeup. Moisturizer is a must, guys. Skincare always comes first. Kulit yang lembap dengan betul memberikan permukaan yang licin untuk makeup dan juga menghalangnya daripada memasuki pori-pori, dengan itu menjadikannya tahan lebih lama.
Rahsia makeup flawless, tidak bercapuk dan tahan lama
Ada banyak faktor yang menentukan sama ada sesuatu makeup tu boleh kekal lama atau tidak. Selain dari kualiti produk yang digunakan, teknik serta aplikasinya juga haruslah betul. Makeup yang kekal flawless dan tahan seharian adalah hal yang diidamkan para wanita. Jom, ketahui rahsianya cara make up tahan lama dan tidak bercapuk yang kita share dibawah!
Rahsia #1: Persiapan kulit wajah yang baik
Bagus macam mana pun produk makeup yang digunakan, sekiranya tiada persiapan kulit yang baik, makeup tu akan berisiko tinggi untuk luntur dan bercapuk. Skincare first and then baru makeup. Canvas yang cantik akan memberikan hasil yang cantik juga.
Little did you know, makeup yang kekal lama ni 70% datangnya dari persiapan dan keadaan kulit yang elok sebelum disolek. 30% lagi barulah datang daripada makeup itu sendiri. Haa sebab tu kita kena ingat penjagaan kulit wajah amatlah penting untuk makeup yang cantik dan tahan lama.
Rahsia #2: Menggunakan moisturizer yang sesuai
Masih dibawah topik penjagaan kulit. Ini adalah kunci terbesar agar makeup tak bercapuk dan kekal lama. Dengan menggunakan moisturizer yang sesuai, ia membantu kulit untuk kekal lembap sekaligus membuatkan makeup nampak lebih cantik dan glowing setiap masa.
And the best moisturizer you should use, as recommended by a lot of makeup enthusiasts online and offline and professional makeup artists is Aqua Whitening Cream by Hansaegee Nature
Best sangat ke moisturizer Hansaegee Nature ni? Kalau tak best, takdalah jurusolek professional nak recommend. Betul tak? Ramai jurusolek yang berpendapat kalau pakai Aqua Whitening Cream ni sebelum makeup, mereka tak perlu touch-up makeup client banyak kali dan makeup tu maintain fresh sehingga habis event.
Aqua Whitening Cream ni merupakan sejenis krim yang seakan-akan gel yang bertindak menghidratkan kulit wajah serta sesuai untuk semua jenis kulit kerana ianya water-based! Ia tidak akan meninggalkan kesan yang berminyak dan melekit malah amat menyegarkan pada wajah. Sifatnya yang lightweight juga amatlah sempurna untuk digunakan sebelum makeup kerana ia tidak akan mengganggu tekstur makeup.
Rahsia #3: Memakai primer sebelum makeup
Primer berfungsi untuk melicinkan kulit wajah serta membantu makeup untuk nampak sekata dan tahan lama. Sekiranya anda rasa overwhelm dengan pilihan primer yang sangat banyak di pasaran, fret not. Aqua Whitening Cream to the rescue!
Yes, moisturizer dari Hansaegee Nature ni memang multi-function. Selain daripada boleh melembapkan kulit wajah, ia juga boleh dijadikan primer kerana sifatnya yang mengawal pembentukan minyak berlebihan, membuatkan pori nampak lebih kecil serta melicinkan kulit wajah dan membuatkan setiap produk yang dipakai diatasnya nampak lebih vibrant dan pigmented.
Rahsia #4: Gunakan setting spray sebagai final touch
Setting spray amat popular for a reason. Ada formula di dalam setting spray ni yang membantu set kan makeup agar ia kekal lama, mengelakkan makeup daripada luntur dan pudar dan membuatkan makeup anti-bercapuk.
Rahsia #5: Aplikasi makeup yang nipis sahaja
Antara rahsia makeup tahan lama bukanlah kerana kuantiti yang banyak. Ia terletak pada teknik dan aplikasi itu sendiri. Kalau nak layer makeup tu boleh, tapi kena nipis sahaja. Kemudian, tunggu ia kering dan meresap terlebih dahulu jika ingin tambahkan dengan lapisan yang seterusnya. Biarkan ia slowly build up agar makeup nampak lebih natural.
Process nak pakai makeup ni kita kena banyak bersabar kerana ia sesuatu yang memakan masa yang lama. Banyak lapisan yang perlu ditunggu sehingga kering dahulu barulah dapat proceed kepada step yang seterusnya. Thankfully, Aqua Whitening Cream ni bertekstur ringan dan amat mudah meresap pada kulit jadi tak perlu tunggu lama sangat.
Rahsia #6: Menggunakan produk yang betul mengikut jenis kulit
Lakukan banyak research dan perbandingan sebelum membeli sesuatu produk. Contohnya, foundation yang bebas minyak sesuai untuk seseorang yang mempunyai kulit yang berminyak kerana ia lebih ringan dan tidak menyebabkan makeup bercapuk.
Untuk kulit yang lebih kering pula, boleh cuba produk yang mengandungi hyaluronic acid dan niacinamide untuk pastikan kulit wajah sentiasa nampak hydrated dan youthful.
Speaking of niacinamide, moisturizer dari Hansaegee Nature ni mengandungi kandungan Niacinamide yang tinggi. Ia merupakan satu ingredient yang amat versatile untuk semua jenis kulit yang mana ia boleh meningkatkan kadar kelembapan kulit tanpa membuatkan kulit nampak berminyak.
Oleh kerana itu, Aqua Whitening Cream ni sesuai dipakai untuk semua jenis makeup; heavy makeup atau light makeup. Yes, you heard that right. Kalau rasa macam malas nak pakai full face of makeup, boleh pakai moisturizer ni je and tambah concealer bawah mata, bedak sikit and lipstick — you’re good to go. Natural makeup all the way lah kalau dengan Aqua Whitening Cream ni. Seriously, pori-pori semua almost invisible dan kulit licin je
There we go! Ini adalah antara rahsia dan kunci makeup kekal flawless dan tahan lama. Ia boleh jadi amat menjengkelkan untuk meluangkan masa menggunakan makeup hanya untuk tengok ia bercapuk sepanjang hari, betul tak? Semoga tips-tips ringkas tapi bernas dalam artikel kali ini dapat beri manfaat kepada semua yang membaca.
Skincare always comes first. Keep Aqua Whitening Cream within arm’s reach. Rawatlah kulit wajah dengan elok terlebih dahulu barulah kita enhance dengan makeup yang flawless, tak bercapuk dan boleh tahan lama.