Tips Rutin Skincare Harian Yang Senang dan Cantik Untuk Semua Jenis Kulit

(By Normaizan on 10 January 2020)
Hi, Assalamualaikum, Salam Tahun Baru! 
Tahun baru sinonim sangat dengan azam baru kan, hehe. Setiap kali masuk tahun baru, renew je azam baru kita. Hidup ni jika gagal merancang, maknanya kita pun dah merancang untuk gagal. Betul kan? Hehehe, so azam tahun 2020 ni aku nak jadi better person, luar dan dalam. Yang dalam tu biarlah aku je tahu, tapi yang luar tu aku nak share lah dengan pembaca, haha. 
Better dari segi apa tu? Better dari segi rupa paras lah, of course. Target nak dapat clear skin yang sihat! Sihat tu penting tau, tak guna kalau dapat clear skin, tapi hakikatnya kulit dah tak sihat dan senipis kulit bawang, itu anytime boleh breakout dengan lebih teruk lagi. So hati-hati dalam memilih skin care yang berkualiti dan selamat untuk kita.
Ini kulit aku sebelum sapu moisturizer. Parut jerawat di pipi dah nampak makin memudar...Alhamdulillah.

Tekstur moisturizer dari Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream sangat ringan dan senang menyerap.
 Hasilnya nampak kulit lebih cerah dan berseri. Ok settle step 1. 
Pada waktu malam, aku hanya pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream sahaja selepas rutin mencuci dan toner wajah. Tapi jika waktu siang, aku akan lengkapkan rutin dengan satu lagi skin care favorite aku iaitu....jeng jeng jeng....CC Cream! 

02// CC Cream 

Jika nak keluar rumah tentulah aku perlu pakai CC Cream untuk tampil lebih yakin dan berseri untuk berhadapan dengan orang. CC Cream pilihan aku adalah Gold Nano CC Cream juga produk keluaran Korea berjenama Hansaegee Nature.
Jadi bagi step 2 dalam rutin harian yang senang dan cantik dari aku ini tentulah dengan memakai Gold Nano CC Cream. 

Cukup hanya pakai nipis-nipis untuk rutin harian, itupun dah nampak seri tau. Kalau ada event barulah pakai tebal sikit.
Nampak cerah sikit kan setelah disapu dengan Gold Nano CC Cream ni. Yep sis dah tak perlukan filter dan makeup tebal pun untuk tampil lebih yakin sekarang. I'm proud! Cewahhh.

Kalau nak tahu lebih banyak mengenai Gold Nano CC Cream ini, boleh baca perkongsian aku dalam Beauty Tips: Cara Pakai CC Cream Yang Ada SPF - Ringkas dan Cantik | Hansaegee Nature

Gold Nano CC Cream dan Moisturizer Aqua Whitening Cream ni memang saling melengkapkan antara satu sama lain. Serius. Kalau pakai salah satu pun dah best, kalau gabungkan, perghhh kesan dia memang terbaik sangat!

Dan alhamdulillah sangat serasi dengan kulit aku sampaikan ada yang tegur perubahan kulit aku yang semakin baik dari hari ke hari. Sebelum ni nampak kusam terutama jika pakai tudung berwarna cerah, sekarang tak risau lagi boleh je pakai tudung warna apa-apa yang aku suka. Yeay!
Dah siappp rutin harian yang senang dan cantik ni, paling penting, semua jenis kulit boleh aplikasikan. Siapa yang sukakan gaya ringkas dan simple bolehlah cuba...Kalau nak advance sikit, boleh je tambah makeup lepas step kedua ni.

Magicnya, makeup korang akan lebih pigmented dan tahan lama. Awesome giler! Cubalah sendiri baru tahu nanti.

Other reviews available at :

https://hansaegee.com/shop/blog/reviews.html

https://hansaegeenature.blog/

You may also interested with : (Please click for more information)