Product Empties | Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Repurchase!

(By Farah Dafri on 13th Nov 2018)

Hey hey pipol!
Post kali ni, aku nak cerita pasal 'empties'. Okay tak pernah pernah buat post pasal 'empties' . Sebab selalunya bila dah habis terus campak buang je bekas bekas tu sebab nak jimat space. Kalau dulu rajin gila simpan kotak kotak bila beli barang. Tapi sekarang, takde dah. Hilmi marah. Dia cakap buat tambah sampah wakakak .
For your info (kalau taktahu lah) , most beauty bloggers diorang rajin buat post pasal 'empty products'. Maksudnya satu blog post tu dedicated untuk list kan produk yang diorang dah try and dorang brief sikit sama ada dorang suka ke tak, nak repurchase ke tak. Ha cenggitu lahh .
Biasanya pencuci muka ke atau produk lain yang aku pakai, dah habis, memang buang terus. Tapi kali ni , aku gigih sangat simpan botol cleanser yang satu ni ha semata mata nak cerita betapa sayangnya aku dekat cleanser ni and special untuk my very first 'empties' post hewhewhew. 
Kalau perasan, sebelum ni aku pernah dah review Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. (Boleh baca dekat sini : Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream Review)  tapi sebab masa tu baru je guna tak sampai sebulan so macam ... nak review lelebih pun cakap aku gebang pulak kan. Biasa nak nampak kesan produk tu pada kulit ngam ke tak, flawless ke tak, bagi skin break out ke tak, kena lah bagi masa. Bukan pakai satu kali dah "wow kulit i dah cantik, ni lah rahsia kecantikan i selama ni" amboi tipuuu!

Aku start guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni masa kulit aku baru lepas ada kecelaruan hormon sikit. Jadi ada beberapa jerawat aktif, kulit kusam dan skin texture wowhhh macam jalan tarr, kasar gila! Masa tu aku decide nak buat 'Chemical Peeling' treatment dekat skin clinic. Lepas buat treatment tu, doctor tak sarankan aku pakai makeup, atau guna product yang harsh. 
My skin condition masa 'chemical peeling' process

*unclear photo* my skin now (sunblock only) tak flawless but improved!
Kebetulan pulak time tu memang baru je dapat produk dari Hansaegee Nature ni untuk review. Masa awal awal tu takut juga nak guna and aku macam dah rasa nak minta postpone je dulu review ni sebab takut kulit aku makin teruk ke apa kan? Tapi bila baca baca sikit pasal cleanser ni, last last aku pun berserah jela guna sebab bila tengok ingredient pun jenis mild and safe to sensitive skin. Aku guna cleanser ni memang sehari tu 2,3 kali. Sebab doctor cakap, jangan biarkan kulit tu kotor/build up minyak . Sebab tengah peeling kan? Kena rajin cuci muka dan pakai moisturiser boleh bagi process peeling tu cepat sikit . So masa process ni aku guna both Aloe AC Bubble Cleanser ni sekali dengan Hansaegee Nature punya Aqua Whitening Cream. 






Patutnya process nak peeling ni makan masa 2- 3 minggu. Tapi dalam seminggu setengah je kulit aku dah heal completely. Peeling process was over and skin improved gila gila!
Lagi satu yang buat bagusnya aku guna cleanser ni masa tengah peeling tu, sebab cleanser ni jenis foamy/ bubble. So macam aku jadi picit sikit, lepastu campur dengan air, dia dah berbuih tu cuma apply gently je dekat muka . Takpayah nak tonyoh beria but still, it cleans your skin perfectly. Masa tu aku cuma guna sunblock je, tak pakai makeup jadinya proses pembersihan tu lagi senang lah. 
Sekarang ni dah habis dah pun sebotol. Harga cleanser ni RM65 sebotol, yang mana agak pricey sikit la nak banding dengan cleanser lain yang aku selalu guna and beli dekat drugstore. But i gotta say, cleanser ni memang sangat sangat sangat sangat sangat (amboi berapa kali sangat tu) , serasi dengan my skin. In my previous post, aku cakap "MAYBE REPURCHASE " can? well now nak tukar jawapan jadi "I WILL REPURCHASE" hah capslock terus , nampak tak berkobar? haha .


Lagi satu produk Hansaegee Nature yang aku guna, Aqua Whitening Cream. 
Aqua Whitening Cream tu ada banyak lagi belum habis. Bukan sebab tak best tapi sebab :


1. Cream tu jenis bila in contact dengan skin, dispersed jadi water droplet. Pakai sikit je dah cukup untuk cover satu muka
2. Sebab aku pakai alternately dengan moisturizer lain. Tapi time peeling tu memang fully pakai Aqua Whitening Cream ni je
Sebabkan texture dia yang bertukar jadi water droplet ni, buatkan senang sikit aku nak apply time kulit peeling dulu tu. Sebab masa peeling, kulit tu jadi macam terkopek tau, so macam lebihan kulit yang tertanggal tu macam melambai lambai haha. Nak tonyoh kuat kuat kang tercabut. Kena bagi kulit tu tertanggal sendiri sebab kalau tak boleh berparut. So bila guna Aqua Whitening cream ni jadi uihh lancer je proses mengaplikasi kan ke wajah.


Bab cerahkan kulit tu aku tak perasan sangat sebab tone kulit aku ni dah macam stagnant dah tak bertukar tukar dari dulu wakakaka. Main panas tak gelap, pakai produk mencerahkan pun tak putih lol. Tapi it does helps to brighten my skin. Rasanya sebab hasil peeling tu juga. Campur dengan routine guna 2 skincare ni, kulit dah tak kusam macam dulu dah. Kalau tak, pagi pagi tu ngeri nak tengok muka sendiri dekat cermin hahaha

Ada banyak lagi review best best pasal Aloe AC Clean Bubble Cleanser dengan Aqua Whitening Cream ni. Boleh tengok dekat ig diorang, boleh google, boleh cari dekat twitter. Point dia, kau search je pasal cleanser or whitening cream ni, akan jumpa la few results yang mostly diorang bagi positive feedback. Masa aku review dua ni dekat ig story last time, ada juga 2,3 orang aku punya followers comment & dm cakap diorang guna juga and berkesan untuk diorang . So kalau rasa nak ikhtiarkan , no harm pun cuba. I definitely recommend these two! Okay rasanya dah boleh jadi duta Hansaegee Nature kot lepasni hehehehehe 

EH kenapa post 'empties' aku panjang sangat ni? Dah macam jadi post review pulak haha. Biasanya orang ambil gambar botol kosong and cerita sikit sikit je. Aku ni dah masuk perenggan berapa dah ni wakakaka .

Anyways, kalau korang tanya lagi sekali
"Bagus ke ni?"
"Berbaloi tak?"
"Betul ke elok?"
"Kulit jerawat okay tak pakai ni?"
Jawapannya "yass helok wakk, beli cepat!" 


For me, my most favourite, aku pilih cleanser tu. Key ingredients nya  ada aloe vera dengan tea tree. In which, dua dua ni most people know fungsinya sebagai anti-radang, kurangkan infeksi kulit, meredakan jerawat, menghalang jerawat dan ada healing properties.


As for the Aqua Whitening cream, kalau your concern is for my hydrated skin, nak cerahkan kulit .. you should give it a try.


Nak lagi best, pakai jela dua dua. Best je pun! Ishh kenapa entry aku yang ni macam hard selling sangat haha. Tapi bukan hard selling tau, ni memang puji iklhas.

BTW, Kalau nak baca review dari blogger lain? Baca dekat sini : Hansaegee Nature Blog