ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER & AQUA WHITENING CREAM | HANSAEGEE NATURE REVIEW

(By Shehan on 29th Nov 2018)

Banyak juga yang Mommy dah baca perihal tips jaga muka ala Korea ni. Paling kurang pun, 10 langkah orang Korea selalu amalkan dalam rutin penjagaan kulit mereka tu..

Tapi kali ni Mommy nak kongsi penjagaan wajah, masih ala Korea, tapi hanya dengan 2 langkah mudah sahaja!

Yup.. 2 langkah sahaja! Yang pasti, kulit akan glow, yang ada sunburn tu, selepas penggunaan yang konsisten, mesti akan REPURCHASE. Percayalah..

2 LANGKAH MUDAH DENGAN HANSAEGEE NATURE

Jom Mommy nak kongsi 2 langkah mudah untuk dapat kulit segebu ala orang Korea! Hanya menggunakan produk daripad Hansaegee Nature.

LANGKAH 1 : ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER – Super Clean Bubble Cleanser Skincare

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit (berminyak, kering dan kombinasi).

Kandungan utamanya adalah Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil yang boleh sihatkan kulit kita.

Fungsi utama Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini adalah untuk mengeluarkan sebum dan minyak tambahan dalam kulit serta mengawal minyak yang keterlaluan.

Ia juga membersihkan kulit secara mendalam hingga ke liang pori sekaligus mengawal ia dari menjadi besar, terbuka dan mendatangkan kesan buruk yang lain.

Selain itu, ia juga sesuai untuk anda yang ada isu liang pori yang besar dan punya whitehead dan blackhead.

Dan paling best, ia dapat mengawal dan merawat masalah jerawat yang timbul dengan penggunaan yang konsisten.

TEKSTUR

Foam @ Soft bubble. Best tau! Rasa nak picit banyak kali jer. Hahaha..

Close up sikit..

CARA GUNA

1. Basahkan tangan dan muka terlebih dahulu. Wajib basahkan betul-betul tau..

2. Picit sekali atau 2 kali pump tu..

3. Sapu di wajah dengan penuh kelembutan ibarat buih bermain-main di pipi..

Untuk cuci wajah, Mummy gunakan teknik muka iaitu dari dagu, Mummy akan tolak ke pipi dan urut secara membulat

Tips urutan ini adalah untuk menegangkan wajah, meruncingkan pipi dan dagu serta menjadikan awet muda.

4. Bilas wajah dan rasa kelembutan kulit. Best!

Untuk pengetahuan korang, Mommy gunakan produk ini ketika travel ke Jepun baru-baru ini. Memandangkan Mommy akan simpan cleanser ini di dalam luggage, Mommy seal kawasan penutup Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini untuk mengelakkan ia meleleh keluar disebabkan tekanan udara ketika di dalam flight nanti. 

Cleanser ni menarik tau.. walaupun ia adalah liquid di dalamnya, once kita pump out, terus keluar foam. Haaa..

PENDAPAT MOMMY

Tekstur foam @ buih lembut ini memang buat Mummy enjoy setiap kali cuci muka. Mommy gunakan setiap pagi dan malam. Ye lah.. Siang hari tu,macam-macam kotoran yang melekat di wajahkan?

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini langsung tak merengsakan kulit Mommy. Ini kerana kandungannya yang membantu melembapkan kulit Mommy sekali.

Harga : RM65 sahaja!!

Saiz : 150ml

Rate : Mommy beri 5 bintang!

LANGKAH 2 : AQUA WHITENING CREAM – Waterdrop Moisturizer

Langkah kedua adalah menggunakan AQUA WHITENING CREAM ini. Bagi kulit kering seperti Mommy.. Ini sepatutnya yang perlu ada dalam rutin harian kita..

Pelembap yang sangat best buat Mommy so far! Trust me bebeh. Habis ni, pasti Mommy beli lagi..

Kandungan utamanya adalah Camellia Japonica Seed Oil yang membantu melembapkan kulit, mencerahkan dan merawat kulit kemerahan dan kesan terbakar / sunburn.

Kulit yang sesuai untuk produk Aqua Whitening Cream ini adalah semua jenis kulit termasuk berminyak, kering, kemerahan atau terbakar, kulit sensitive atau berjerawat, mempunyai garis halus kedutan dan warna kulit tidak sekata. Fuh. Perfecto!

Semua boleh!!

Ia turut berfungsi membantu mengawal minyak yang keterlaluan.

TEKSTUR AQUA WHITENING CREAM

Tekstur Aqua Whitening cream ini adalah berbentuk water drop based cream. Kenapa? Nanti Mommy tunjuk.

Cream ini teksturnya lembut dan tidak melekit atau berminyak.

Selepas kita sapu cream ini di wajah dan leher kita, akan terhasil titisan air seperti ini. Unik kan? Ini akan berikan kesan kelembapan kepada kulit kita sepanjang hari.

Ini akan berikan kesan kelembapan kepada kulit kita sepanjang hari

CARA GUNA AQUA WHITENING CREAM

1. Selepas selesai mencuci wajah dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, letakkan beberapa calit Aqua Whitening Cream ini di wajah dan leher, sapu sehingga titisan air itu timbul selepas beberapa saat.

2. Selepas itu, cuma perlu dab-dab kan titisan air tu sehingga meresap ke kulit. Mudah kan?

PENDAPAT MOMMY

Kulit Mommy makin lembap. Memudahkan Mommy makeup juga setiap hari. Memang wajib guna setiap pagi dan malam. Dan pada waktu malam, Mommy akan sapu 2 lapisan untuk kesan yang lebih bagus. Tak percaya? Kena percaya. Cuba dahulu.

Nak cuba test sentuh pipi Mommy tak? Hehehe

Harga : RM148.30 sahaja!!

Saiz : 50ml

Rate : Mommy beri 5++ bintang!