[REVIEW] HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

(By Hanah on 14th Dec 2018)

assalamualaikum, hey guys!

lama betul hanah tak buat review post kan? hari ini hanah nak share review tentang HANSAEGEE NATURE NANO GOLD CC CREAM.
bagi yang tak familiar dengan brand HANSAEGEE NATURE (HN), brand ini adalah brand yang mengeluarkan produk penjagaan kulit based from Malaysia. Even dari Malaysia, kesemua produk HN made from Korea. 
antara produk paling popular dari HN ialah Gold Nano CC Cream yang hanah nak share dalam post kali ini. 
Gold Nano CC Cream merupakan krim siang all in one. kenapa dia all in one? ia mengandungi SPF30++ yang boleh melindungi dari sinar UV berbahaya. ia juga menyeimbangkan tona kulit semulajadi, minimise your pore appearance, mencerahkan kulit, membantu menganjalkan kulit so boleh hilangkan kedutan wajah, ia boleh juga digunakan sebagai primer atau asas makeup, melembabkan kulit dan paling best boleh bantu mengurangkan masalah kulit!  Cream ini juga bebas paraben, sulfate dan alkohol tau! 
BAHAN UTAMA
terdapat 3 bahan utama yang terkandung dalam HN GOLD NANO CC CREAM ini iaitu :

mineral water : mengimbangkan pH kulit, menganjalkan kulit

ipomoea hederacea callus culture extract : mengurangkan iritasi kulit, anti bakteria, melegakan masalah kulit

colloidal gold : menghalang penuaan kulit, menghalang radiasi berbahaya masuk kedalam kulit, tinggi aktiviti antimicrobial dan antioxidative.

PACKAGING
cc cream ini dalam tiub yang muncungnya ada pam. so senang plus hygienic bila nak guna. serious hanah suka jenis krim yang ada pam. sebab hanah ni jenis kalut sikit so selalu terambil lebih la, tertumpah la so this feature memang sangat sangat berguna untuk hanah. 
Krim NANO GOLD CC CREAM HN ni warna putih pekat dan dalamnya ada particle warna coklat kecil tapi okay je bila dah blend dekat kulit, ia ikut tona semulajadi kulit wajah kita so don't worry muka takkan over putih ke apa ya. 
ini keadaan kulit hanah sebelum apply. of course tangan lah ni ya. bukan kulit muka. lol 
sewaktu blend 
kalau diamati betul betul memang nampak perbezaan pada gambar sebelum dan selepas kan? sebelum guna, kulit nampak kasar, kering dan macam ada rashes pada kulit tangan hanah disebabkan selalu menggaru. 
tapi selepas apply cc cream, warna kulit nampak lebih cerah, tekstur kulit lebih lembut, warna lebih sekata plus berseri je nampaknya tangan tu kan? hiks. 
dengan sifatnya yang ringan, kebiasaannya cc cream ini sesuai untuk wanita yang tak suka makeup atau heavy makeup. macam hanah sendiri, kalau nak cepat atau datang mood malas nak apply makeup, memang cc cream lah yang hanah guna sebelum keluar rumah.
tapi bila nak lebih coverage, hanah gunakan foundation selepas apply cc cream ni. macam yang dinyatakan diatas, this cream also can acts as primer and base makeup! 
hanah dah gunakan NANO GOLD CC CREAM by Hansaegee Nature lebih kurang dua minggu dan serius hanah memang suka dengannya. apa yang hanah perasan makeup lebih tahan lama plus muka tu kurang berminyak. 
krim ni juga senang sangat nak blend dekat muka dan tak tinggalkan white cast. dan rasa macam tak pakai apa apa kalau gunakan cc cream ini sahaja tanpa foundation sebab tekstur dia ringan sangat. rasa macam kulit muka ni boleh bernafas! hihi. 
although this cream were given to me by HANSAEGEE NATURE, kesemua review yang hanah share ni adalah review yang jujur ikhlas dari hati.  serious lepas habis tiub ni, hanah akan grab lagi and hanah highly recommend this cream pada awak semua. tak kiralah awak yang jenis suka makeup atau tidak, this cream really suits every single  women in Malaysia.