Pencuci Muka Aloe Vera Yang Bersih Dan Tak Keringkan Kulit | Hansaegee Nature

(By izaramli on 16th April 2020)

Assalamualaikum.
Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza cuba recently which is Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature. Iza percaya korang dah pernah dengar pasa produk ni sebab dah ramai orang cuba dah pun.
BAHAN-BAHAN
Sebelum Iza share apa yang best pasal Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, Iza share dulu ingredient yang terdapat dalam produk ni. Antara bahan-bahan utama yang terdapat dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser:

*Aloe Barbadensis Leaf Juice

*Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil)

*Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract

*Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract

*Jasminum Officinale (Jasmine) Extract

*Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

Korang boleh refer full ingredient dekat sini:
Dalam banyak-banyak bahan-bahan yang ada dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, Iza nak highlight dua bahan utama which is Aloe Barbadensis Leaf Juice (Aloe Vera) dan Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil). Both ingredients ni sangat bagus tau untuk kulit which Aloe Barbadensis Leaf Juice (Aloe Vera) bertindak sebagai anti-inflammation, melegakan sunburn, boleh melembapkan kulit, merawat jerawat, mengurangkan spot mark dan menjadikan kulit bersihMelaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) pulak boleh menjadikan kulit lebih lembut, bertindak sebagai anti-fungus, boleh jugak merawat jerawat, menjadikan kulit licin serta mengurangkan jangkitan pada kulit.
TEKSTUR DAN BAU
Dari nama pun kita dah tau tekstur dia macam mana. Definitely la tekstur dia berbuih. Buih warna putih and watery plus sangat soft bila sapu kat muka. Bau dia pun best, tak ada bau pelik pun. Bau fresh tumbuh-tumbuhan je, bagi Iza bau dia macam mix lavender and tea tree.
KELEBIHAN
Dengan adanya bahan-bahan yang best tu maka terhasil Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang ada banyak kelebihan. Antara kelebihan yang korag boleh dapat dengan amalkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser:

*Melawan masalah jerawat

*Membersihkan pori secara mendalam

*Mengawal minyak dan sebum pada kulit

*Melegakan kulit

*Melembabkan kulit

*Bertindak sebagai exfoliator dengan membuang sel kulit mati

*Membuang bekas solekan pada kulit



REVIEW PENUH
Iza dah cuba produk ni lebih kurang dua minggu lebih. Muka Iza sejak pregnant ni macam behave sikit so tak banyak masalah. Ada pun jerawat tiba-tiba je. Korang boleh tengok perubahan dari hari ke-3 dengan hari ke-17, kulit muka Iza lebih bersih. Jerawat yang ada kat bawah mulut Iza pun dah tak ada and dark spot pun nampak berkurang.
At first Iza fikir bubble cleanser ni akan buat kulit muka Iza kering sebab kebiasaannya bubble cleanser Iza pernah try memang buat muka Iza kering lepas cuci. Tapi Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni tak pulak. Apa yang lebih menariknya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni buat kulit Iza lebih fresh dan lembap lepas cuci. Ini disebabkan tektur dia buih lembut dan berair tu macam Iza cakap kat atas, sebab tu dia boleh buat kulit muka rasa lembap dan tak kering.
Sebabkan dia berbuih so bila cuci muka tu rasa buih tu lembut dan berair je kat muka sambil massage. Langsung tak rasa merekit and feel dia sangat fresh!
Iza ada jugak test cuci kesan makeup sebab ada kelebihan dia boleh remove makeup and memang ada impress jugak la bila Iza test. Korang boleh tengok sendiri kesannya dekat sini. Most of it senang nak cuci kecuali lipcream. Foundation tu Iza letak banyak tau but still boleh bersih and kebiasaannya tak ada la kita letak foundation setebal tu. Kalau tebal sangat still kena guna oil cleanser/makeup remover. So kalau korang pergi travel or terlupa nak guna oil cleanser/makeup remover pun korang tak perlu risau sebab dengan  Aloe AC Clean Bubble Cleanser pun kulit korang still boleh bersih.

Other reviews available at :

https://hansaegee.com/shop/blog/reviews.html

https://hansaegeenature.blog/

You may also interested with : (Please click for more information)