Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dan Tahan Lama | Hansaegee Nature

 (By Sunah Sakura on 05th March 2020)

Eh eh, seketul Sunah nak share pasal produk skincare ke tu? Rare betul! Bukannya apa, sebab memang jarang pakai makeup. Kalau keluar rumah pun, lebih suka tepek compact powder aje. Simple. Tapi sebelum tepek bedak tu, lepas mandi dan cuci muka dengan pembersih muka, akan sapu dulu face lotion dan juga face water gel untuk pastikan muka terhidrat sepanjang hari. Itu je lah rutinnya.

 

Masalahnya, face lotion dengan face water gel yang saya pakai tu takde SPF ye uols. Memang tertera pada label, produk tu takde SPF, siap suggest pakai lagi something yang ada SPF lepas guna face lotion dan face water gel untuk melindungan kulit muka dari sinar UV. Haa, jangan tanya lah kenapa kulit jadi kusam dan tak sekata. Dah tau kan sebab dia? Haha!

 

Ye le, dah bila tiba waktu malas, tak sapu apa-apa terus. Nak harap compact powder saje? Sekadar menutup cela sampai waktu berpeluh, boleh lah. Compact powder memang ada SPF tapi tak cukup ye uols, tak membantu melembapkan kulit muka kita sepanjang hari. Kena la pakai something juga untuk make sure our skin stays hydrated all day long.

 

Dari situ la saya mula berjinak-jinak belajar tentang CC Cream. Color Corrector Cream berfungsi menutup cela pada wajah dengan coverage yang lebih mendalam. CC Cream juga sangat membantu memudarkan kedut, maka tak hairan lah ia selalu jadi pilihan bagi wanita dewasa yang semakin meningkat usia. Macam saya lah! Haha!

Dalam banyak-banyak CC Cream, saya cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Sebelum ni, saya pernah guna ALOE AC Bubble Cleanser dari jenama ni. Memang puas hati dan suka sangat dengan hasilnya. Jadi, saya terfikir nak try pulak Gold Nano CC Cream dia, kawan-kawan blogger pun ramai yang suggest CC Cream yang satu ni.

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature adalah sejenis all-in-one day cream. Fokus utamanya adalah untuk Color Control + Brightening. Selain tu, CC Cream ni ada fungsi Anti-Wrinkle, juga Sun Protection Function SPF50 PA+++. Bahan utama dalam Gold Nano CC Cream ni adalah Mineral Water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold, masing-masing berfungsi untuk memelihara keseimbangan PH kulit, sebagai anti-bakteria, dan anti-penuaan. Paling penting, CC Cream ni No Paraben, No Sulfate, No Alcohol.

Menariknya, tak macam foundation yang kita kena betul-betul pilih warnanya yang sesuai dengan warna kulit (ni la buat seketul Sunah malas nak pakai foundation, takut tersalah pilih), Gold Nano CC Cream ni hadir dalam satu warna saje!

Putih! Tekstur krimnya sangat light dan lembap. Bila sapu pada kulit, ia spread dengan mudah, kulit tak rasa melekit dan berminyak. Dan, walaupun warna krim ni asalnya putih, jangan risau, bila uols sapu dan dab-dab-dab pada kulit wajah, krim tu akan bertukar warna mengikut warna asal kulit kita. Hasilnya, takde over-brightening sampai jadi kelabu ya! I like sangat!!!

Haa, amacam? Masih nampak muka seketul Sunah kan? Tak berbeza banyak. Cuma perasaan dia tu kulit rasa lebih lembap, dan tak berminyak walau dah masuk waktu tengahari. Lagi best, bila kita berpeluh, krimnya tak bercapuk langsung! Kulit nampak lebih glowing dan cerah sekata semulajadi. Macam Song Hye Gyo. Tiberrr!

Kesimpulannya, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sangat sesuai untuk mereka yang tak suka bermake up tebal, tak rajin nak pakai banyak-banyak layer produk wajah, tapi masih nak nampak berseri-seri. Mudahnya, CC Cream ni hanya perlu blend dengan jari, tak payah nak guna brush atau apa-apa make up tools. Haaa, simple and easy gitu! Inilah dia produk solusi untuk kulit kusam uols tu!

And kalau uols suka bermake up pulak, ini berita baik! Penggunaan CC Cream ni as make up base akan membantu menaikkan warna make up uols, tau! Warna-warna make up jadi lebih pigmented dan tahan lama gitu!

Other reviews available at :

https://hansaegee.com/shop/blog/reviews.html

https://hansaegeenature.blog/

You may also interested with : (Please click for more information)