Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature Tidak Berminyak Bantu Melembap dan Menyihatkan Kulit
( By Wawa Ashihara on 10th June 2022)
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature |Â Hai korang, bertemu lagi kita di entry kali ini. Bahang kali ini sangat terasa panasnya. Bercakap mengenai panas, korang tahu tak bahawa sunscreen sangat penting untuk penjagaan muka harian kita? Kalau zaman belajar dahulu, WA memang tak alert dengan kehadiran sunscreen ni tapi sejak meningkat usia, baru tahu kepentingan pemakaian sunscreen untuk kulit muka kerana kesannya di hari tua nanti kulit cepat berkedut dan mudah ada bekas jeragat di muka.
Mengenai sunscreen, dah banyak jenis sunscreen WA cuba tapi tak menepati citarasa WA. Yelah, kadang main beli, asal boleh je sapu dekat muka. Tapi rupa-rupanya kena pilih sunscreen yang betul-betul serasi dengan kulit muka. Tapi sejak WA kenal dengan produk dari Hansaegee Nature, memang WA jatuh hati terus dengan setiap keluarannya. Baru-baru ini WA mencuba sunscreen baharu iaitu Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ dan ternyata ianya serasi dengan kulit WA.
ALOE VERA SUNSCREEN BY HANSAEGEE NATURE
Info Aloe Vera Suncreen Hansaegee Nature
Penggunaan sunscreen atau dikenali sebagai pelindung matahari adalah yang paling utama dalam penjagaan kulit. Disebabkan Malaysia dalam fasa panas, kulit muka yang mudah terdedah dengan sinaran matahari sangat memerlukan perlindungan matahari supaya kulit tidak mudah rosak. Oleh itu, Aloe Vera Sunscreen ini mempunyai beberapa kebaikan, antaranya ialah :
- Sun Protection
- Moisture Skin
- Calming Skin
- Makeup base
Kelebihan Aloe Vera SunscreenÂ
Terdapat beberapa kelebihan yang terdapat pada Aloe Vera Sunscreen, antaranya ialah :
1. SUN PROTECTIONÂ
Aloe Vera Sunscreen ini mempunyai perlindungan matahari SPF50+ PA+++ untuk menghalang sinaran UVA/UVB bagi menghindari daripada kulit cepat rosak, dan sunburn. Oleh itu ia akan membuat kulit muka rasa lebih lembut dan lembab sentiasa.
2. CALMING SKIN
Dengan kandungan Ekstrak Aloe Vera, ia membantu memberi keselesaan dan mengurangkan keradangan kulit serta masalah kulit sensitif dan membuatkan kulit tampak lebih sihat.
3. MAKEUP BASE
Yang bestnya sunscreen ini boleh dibuat sebagai makeup base tau sebagai pelindungan tambahan. Sunscreen ini pakej sekali sebagai pelembap kerana ia membantu melembapkan kulit. Jadi, samada korang nak pakai sunscreen sahaja atau dengan makeup pun boleh. Mudah kan?
4. MOISTURIZING EFFECT
Bahan kelembapan seperti Glycerin dan  Ekstrak Aloe Vera yang digunakan dalam sunscreen ini akan membuat kulit rasa sentiasa lembut, lembap dan tidak kering. Malah, ia juga akan membantu mencerahkan tona kulit kita.
5. OIL-FREE / LIGHTWEIGHT
Menariknya, krim sunscreen ini mempunyai tekstur rasa ringan, tidak berminyak dan tidak juga melekit. Ia memudahkan untuk kita blend dengan rata pada kulit. Dengan tekstur krim yang lembut ini ia membuat kulit rasa lebih segar sentiasa.
6. NO WHITE CAST
Kebanyakkan sunscreen akan memberi kesan tompokan putih. Tapi dengan Aloe Vera Sunscreen ini ia tidak mudah bercapuk kerana teksturnya yang ringan, tiada kesan capuk dan tompokan putih. Dengan pemakaian krim ini, ia akan mencerahkan kulit secara natural.
Apakah Bahan-Bahan Yang Digunakan Dalam Aloe Vera Sunscreen?
Bahan-Bahan Utama :
Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin
Kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi :
Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchird Extract.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini selamat digunakan dan ianya bebas dari bahan-bahan yang merbahaya. Antaranya ialah :
- Alcohol-Free
- Paraben-Free
- Silicon-Free
- Sulfate-Free
- Allergen-Free
Cara Penggunaan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
Untuk kesan yang lebih baik, WA akan combine pakai Aloe Vera Sunscreen dengan Aqua Whitening Cream sebagai basic daily routine skincare. Dengan kedua-duanya, ia menjadikan kulit lebih lembut, sihat dan segar sepanjang hari.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini dijadikan sebagai moisturiser atau dikenali pelembap muka. Krim ini berfungsi untuk mencerah dan melembapkan kulit. Teksturnya yang ringan dan pembentukan titisan air boleh membuatkan ia meresap terus ke dalam kulit dan memberi kelembapan sepanjang hari.
Keluar rumah dengan light makeup pun tak ada masalah. Kulit tetap nampak maintain natural dan fresh walaupun kita berpeluh. Yang penting, kulit tak ada kesan tompokan putih pun pada muka. Kulit terpelihara, yakin bergaya! Giitteeww~
Nampak tak tiada kesan warna langsung tapi kulit jadi bersih =)
Pendapat WA Menggunakan Aloe Vera Sunscreen
Pada pendapat WA yang sememangnya struggle mencari sunscreen yang sesuai dengan kulit muka sebelum ini, memang banyak pro dan kontranya. Yelah, kita kenalah try and error mana yang rasa sesuai dengan kulit sendiri kan. Tapi mostly sunscreen diluar sana, kurang menepati citarasa WA dan ada yang memberi kesan seperti ada tompokan putih dan kulit cepat berminyak.
Ini adalah contoh WA apply sunscreen Aloe Vera dengan sunscreen brand lain. Kulit muka cepat berminyak apabila berpeluh. Tekstur sunscreen yang pekat dan likat juga memberi kesan tompokan putih pada kulit dan menyebabkan kulit nampak tidak sekata.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia berfungsi dalam melembap dan menyihatkan kulit muka, sebab itulah kulit rasa selesa dan segar sentiasa. Bagi anda yang berminat untuk membeli dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, anda bolehlah layari laman sesawang – https://hansaegee.com/product/aloe-vera-sunscreen/ ,