(By Diana Rashid)
Pada awal-awal kesedaran tentang kepentingan penggunaan Skincare dahulu, Perkara pertama yang menjadi kekeliruan bagi saya adalah langkah penggunaan skincare yang tepat. Mana yang patut di gunakan dahulu? Moisturizer atau sunscreen??
Langkah penggunaan skincare yang betul adalah kunci kepada kulit yang sihat dan cantik. Hari ini saya akan berkongsi tentang basic skincare routine yang betul dan berbagai tips penjagaan muka yang patut kita tahu tentang skincare sebelum menggunakannya. Saya juga akan mencadangkan beberapa skincare terbaik yang patut korang guna untuk mendapatkan hasil yang lebih baik terutamanya skincare untuk kulit berminyak.
5 Basic Skincare Routine yang wajib anda tahu.
Membersih, Melembap dan melindungi adalah 3 elemen penting dalam penjagaan kulit wajah. Basic skincare routine ini juga sesuai untuk remaja, golongan pertengahan dan juga untuk mereka berusia 60 tahun ke atas yang tercari-cari tips muka glowing dan flawless. Dengan 3 elemen ini yang dilakukan secara konsisten kita akan melihat perubahan yang sangat ketara pada kulit kita.
Berapa banyak sekalipun produk skincare yang kita gunakan jika tidak mengikut langkah penggunaan yang betul ianya tak kan memberi kesan dan pelaburan kita untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik menjadi sia-sia. Berikut adalah basic skincare routine step yang wajib kita semua tahu.
- Pembersih
Sesetengah pencuci muka tidak sesuai dengan Kulit. Pilih sabun atau pencuci yang mengandungi PH yang seimbang kerana pencuci muka yang mengandungi PH yang seimbang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak atau pun kulit yang kering
Cuci wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pagi dan malam adalah waktu yang wajib untuk kita mencuci muka. Lap muka dengan kain yang lembut dan jangan menggosok kulit wajah dengan kasar atau menggunakan kain yang keras.
Jika baru bangun tidur, abaikan makeup remover dan terus membersihkan wajah menggunakan facial wash. Recommended skincare untuk kulit berminyak dan kulit kering: Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang mampu memberikan kesan brightening pada kulit wajah
- Toner
Fokus untuk menanggalkan kotoran dan minyak yang berada jauh didalam liang kulit, penggunaan toner tak kurang penting nya.
Toner juga berfungsi untuk mengimbangkan PH wajah dan hydrating bagi mengekalkan air dalam kulit. Gunakan toner ketika wajah masih lembab dan belum kering sepenuhnya. Sebaik sahaja selesai lap wajah dengan tuala kita boleh terus pakai toner.
- Serum
Serum digunakan untuk pore minimizing kulit kita selepas pemakaian toner dengan tujuan untuk merawat kulit. Kulit yang bermasalah dapat dirawat dengan serum khas berdasarkan pada masalah sebenar kulit kita. Berjerawat, kulit kering, bintik hitam boleh diatasi dengan penggunaan serum.
Biasanya serum digunakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja iaitu hanya setitis hingga 2 titis. Tekstur nya pekat tetapi nipis membuat kan serum cepat diserap ke dalam kulit supaya proses pore minimizing menjadi lebih cepat
- Moisturizer/ Pelembab Muka
Termasuk dalam 3 elemen penting penjagaan kulit, moisturizer atau pelembab muka tak boleh diabaikan walaupun kita mengalami masalah kulit berminyak. Terdapat pelembab muka yang boleh digunakan untuk berbagai jenis kulit seperti Moisturizer Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature iaitu moisturizer water based yang sesuai digunakan.
untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Minyak yang berlebihan pada kulit akan membuat kulit nampak kusam. Aqua whitening cream akan mengurangkan lebihan minyak tersebut dan mengembalikan efek brightening pada kulit.
Pelembab muka yang berasaskan air ini mampu mencerah, moisturizing, merawat dan mengawal pori besar dan terbuka. Kelebihan yang ada pada moisturizer water based ini menjadikan ianya pelembab yang wajib digunakan setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
- Sunscreen /Sunblock
Penggunaan sunscreen atau sunblock adalah kunci kepada kulit muka yang sihat dan ianya sangat penting untuk semua kulit tak kira sama ada kulit normal atau pun sensitif. Bermakna kita tidak mempunyai alasan untuk tidak menggunakan sunscreen atau sunblock.
Pakai sunscreen setiap hari mampu melindungi kulit dari sinaran UV. Sunscreen terbaik yang bagus adalah hybrid sunscreen – Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen. Kita akan mendapat kebaikan dari 2 jenis sunscreen untuk perlindungan kulit yang lebih baik iaitu chemical sunscreen dan physical sunscreen
Untuk rutin skincare waktu malam selalunya saya tak menggunakan sunscreen. Tapi sunscreen Aloe vera ini saya gunakan diwaktu malam jika saya nak pakai makeup kerana sunscreen SPF 50 ini boleh dijadikan makeup base yang bagus. Nak basuh pun senang sebab ini adalah sunscreen yang boleh dibasuh dengan air saja.
Pakai Sunscreen Dulu atau atau Day Cream?
Sudah memilih moisturizer yang terbaik dan sunscreen yang bagus, sekarang kita perlu tahu yang mana nak pakai dulu?? Urutan cara pakai skincare untuk penggunaan moisturizer dan Sunscreen sering menjadi tanda tanya ramai dari kita.
Sebenarnya sunscreen digunakan pada akhir rutin skincare. Penggunaan sunscreen SPF 50 pada asasnya adalah untuk melindungi. Jadi sunscreen SPF 50 akan memberikan perlindungan pada kulit yang dilapisi kandungan skincare yang lain. Sunscreen harus digunakan paling akhir sekali kerana lapisan terakhir itulah yang akan melindungi kulit dan Sinaran UV. Sebab itu pemilihan sunscreen yang baik sangat penting. Antara ciri sunscreen yang baik ialah sunscreen yang tidak berminyak.
Bolehkah sunscreen di campur dengan moisturizer? Tak boleh! Kita mungkin rasa dengan mencampurkan sunscreen dengan pelembab akan membuatkan kita dapat menjimatkan banyak masa tapi cara tersebut adalah tidak tepat.
Cara pakai skincare yang mudah ialah Sunscreen perlu di pakai berasingan dengan moisturizer. Sebaik sahaja moisturizer sudah meresap ke dalam kulit baru lah sunscreen di sapu pada wajah. Malah apa sahaja produk penjagaan kulit tak boleh di campur bersama dengan sunscreen dan perlu dipakai berasingan mengikut susunan langkah-langkah yang tepat.
Di pasaran terdapat banyak pelembab yang mengandungi SPF. Tapi mencampurkan sendiri pelembab dan sunscreen yang kita guna adalah salah sama sekali. Kerana itu saya mencadangkan korang guna krim moisturizer atau pelembap muka dan sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature ini kerana mudah digunakan dan berkesan untuk kulit. Hansaegee Nature cukup dikenali sebagai skincare terbaik di Malaysia.
Kenapa patut guna Krim Muka Sunscreen dan Moisturizer dari Hansaegee Nature
Moisturizer dan sunscreen saling melengkapi agar kulit kita terlindung dari sinar UV dalam masa yang sama kulit kita kekal hydrating dan lembab. Antara tips penjagaan muka yang selalu kita dengar ialah melakukan double cleansing untuk mereka yang mempunyai masalah kulit serta pemakaian toner dan serum dan sebagainya.
Namun ada berita baik untuk mereka yang mahukan skincare routine yang lebih ringkas dan selalu saya amalkan sejak dulu lagi jika saya nak cepat atau berada diluar rumah. Ini juga adalah rahsia dan tips muka glowing dan flawless yang saya gunakan sejak 2 tahun lalu. Jawapan nya ialah dengan hanya menggunakan Hansaegee Nature Sunscreen Aloe Vera dan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Nak tahu kenapa??
Aqua Whitening Cream
Tanpa toner, tanpa serum saya jamin kulit korang boleh kembali lembab, sihat dan glowing hanya dengan penggunaan moisturizer water based. Rahsianya adalah Aqua Whitening Cream. Krim siang terbaik ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang sangat baik untuk melicinkan permukaan kulit. Bagi mereka yang mempunyai pori besar dan terbuka sangat di syorkan menggunakan cream siang terbaik ini kerana ianya boleh mengecilkan pori yang besar.
Bukan sahaja bertindak untuk moisturizing kulit wajah malah krim siang ini boleh menganjalkan kulit, memudarkan jeragat dan meransang pertumbuhan sel-sel baru kerana cream ini mengandungi Niacinamide yang umum ketahui kebaikan nya.
Tekstur cream ini juga sangat ringan dan lembut membuatkan ianya cepat meresap ke dalam kulit. Ini adalah Moisturizer untuk kulit berminyak yang terbaik kerana ianya mudah menyerap ke dalam kulit disebabkan saiz partikelnya yang lebih kecil. Disebabkan ianya mudah menyerap, ia juga menyejuk kan dan mudah bertindak balas dengan kulit.
Jika korang mencari moisturizer untuk kulit berminyak boleh lah dapatkan Aqua Whitening Cream sekarang.
Sunscreen Aloe Vera SPF 50
Skincare routine yang betul tidak akan lengkap tanpa pemakaian sunscreen. Ianya adalah pelengkap rutin penjagaan wajah kerana sunscreen adalah lapisan yang berfungsi untuk melindungi kulit yang sudah dilapisi dengan skincare lain.
Saya sudah menggunakan krim muka Sunscreen Aloe Vera sejak 2 tahun yang lalu dan sehingga sekarang saya yakin ianya adalah hybrid suscreen terbaik yang sangat efektfif berbanding sunblock biasa.
Krim siang sunscreen SPF 50 terbaik ini juga sifat dan fungsinya memang sama kelebihannya macam yang ada pada chemical dan physical sunscreen.
Sunscreen yang dibasuh dengan air sahaja
Apa yang paling saya suka sekali tentang sunscreen ini ialah ianya mesra wuduk kerana sunscreen yang boleh di basuh dengan air ni tak perlu kita cuci muka guna cleanser terutamanya bila nak ambil wuduk bila berada di luar. Cukup bilas dengan air sahaja. Sunscreen yang mudah nak dibersihkan sebab ianya larut dalam air.
Tekstur sunscreen yang tidak berminyak juga membuatkan ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Solekan juga lebih tahan lama dan cantik. Sebab tu saya suka gunakan krim sunscreen ini sebagai makeup base.
Apabila di apply pada wajah sunscreen juga tiada white cast yang menempel pada muka. Sunscreen Aloe Vera adalah sunscreen yang tiada white-cast. Ianya mudah diratakan dengan cepat. Wajah akan nampak lembab, tidak berminyak dan lebih segar. White-cast pada wajah akan membuatkan wajak nampak bercapuk dan ini membuatkan wajah kelihatan kusam.
Kelebihan mengamalkan skincare rutin yang betul
Basic skincare routine yang betul dan konsisten akan memberikan kita banyak kelebihan dan terutamanya untuk masa akan datang. Walaupun selepas berpuluh tahun, kita akan merasa betapa mudah untuk menjaga kulit wajah kita kerana sekian lama kulit kita sudah melalui rutin penjagaan yang betul dengan hanya menggunakan Krim siang terbaik dan sunscreen Aloe Vera sahaja
Selain itu ianya juga dapat menaik kan keyakinan dan semangat kita. Kulit yang bersih dan tidak bermasalah membuatkan kita lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan orang ramai.
Custom makes all things easy adalah istilah yang tepat untuk mereka yang sudah terbiasa melakukan rutin penjagaan wajah. Awal-awalnya mungkin sedikit kekok. Namun apabila sudah terbiasa, lama-lama ianya menjadi semudah A B C.