(by faezahmdnor)
Rimas tau kulit berminyak! Jerawat pun seperti dialu-alukan muncul atas muka ni. Nasib tak buat goreng telur mata je ni hahaha. Begitulah rungutan setiap hari. Tidak dinafikan betapa stressnya bila kulit muka berminyak! Siapa ingat zaman sekolah dulu lap kulit muka berminyak dengan kertas biru? Siap tampal dan melekat kat dahi. Betapa berminyaknya dahi ketika itu.
Korang tahu tak terdapat beberapa kawasan muka yang menjadi tumpuan kulit muka berminyak. Antaranya adalah pada kawasan :
- Dahi
- Hidu ng
- Dagu
Atau lebih dikenali sebagai T-zone. Korang rasa apa punca kulit berminyak paling banyak di kawasan itu? Dengan yakinnya semua menjawab, pemakanan! Betul, dan seterusnya adalah jenis pencuci muka yang digunakan. Kita perlu jelas dengan jenis kulit muka sendiri, sebab setiap orang lain-lain jenis kulit muka. Setiap daripada kita itu berbeza dengan “keunikan” masing-masing.
Cara yang paling mudah ialah menggunakan pencuci muka untuk kulit berminyak Hansaegee AloeAC Clean Bubble Cleanser . Pencuci muka aloe vera ini juga sejenis pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. Dengan pencuci muka aloe vera yang merupakan water based cleanser, mampu membersih dan mengecutkan liang pori besar/terbuka. Bahan utama seperti Tea Tree Oil dalam pencuci muka berfungsi untuk mencegah masalah kulit muka berminyak dan berjerawat.
Pencuci muka Hansaegee AloeAC Clean Bubble Cleanser ini menghasilkan buih yang halus, ringan dan gebu menjadi pilihan ramai wanita sebagai pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak. Kepentingan pencuci muka yang menghasilkan buih yang halus ini adalah untuk menambah keberkesanan membersih sehingga ke liang pori. Kulit wajah juga bersih dan segar tanpa rasa kering atau tegang. Nak tahu tak kenapa? Sebab aloe vera yang berfungsi melembapkan kulit wajah. Okay, meh Kekja close up sikit sebab excited nak tunjuk texture pencuci muka aloe vera ini. Hi hi
Kulit muka berminyak memerlukan penjagaan khusus agar masalah kulit berminyak dan berjerawat tidak berpanjangan. Cuba tanya diri sendiri, hari ini aku cuci muka berapa kali sehari? Sangat penting untuk kita tahu cuci muka berapa kali sehari kerana terlalu kerap mencuci muka juga boleh menyebabkan kulit kering pula.
Ada 4 tips Kekja nak kongsikan sebagai cara merawat/mencegah kulit berminyak dan berjerawat :
CUCI MUKA DUA KALI SEHARI
Silalah merajinkan diri untuk memastikan cuci muka dua kali sehari (siang dan malam). Jangan terlalu kerap mencuci atau kurang! Keduanya akan memberi kesan buruk seperti kulit menjadi terlalu kering dan mudah muncul jerawat. Pencuci muka apa yang korang dah gunakan? Sekiranya masih tidak berkesan dalam menangani masalah kulit berminyak dan berjerawat itu, Kekja sarankan korang cuba sekali pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser pula. Produk korea guys. Kulit kaca gituh!
MINUM AIR SECUKUPNYA
Selain penjagaan muka dan penjagaan kulit, minum air secukupnya turut membantu dalam mengatasi kulit berminyak. Antara manfaat minum air yang cukup adalah dapat mencantikkan kulit dan kelihatan awet muda. Sama macam pokok bunga, cukup air pasti segar dan kelihatan indah! Begitu juga diri kita. “Teruskan menyiram diri sendiri, anda sedang berkembang.”
JAGA PEMAKANAN
Makanan yang berminyak, bergula tinggi dan kekacang mestilah dielakkan untuk mengurangkan jerawat serta kulit berminyak. Disamping itu, Kekja sertakan makanan yang disyorkan untuk mengelakkan kulit berminyak. Makan, jangan tak makan tau!
4 jenis makanan yang boleh mencegah kulit berminyak :
1. Timun – mengandungi antioksidan yang diperlukan antioksidan yang diperlukan kulit dan mampu menghidrasi kulit dengan baik.
2. B okoli – mengandungi vitamin C, magnesium, dan vitamin A mampu menghalang minyak dalam liang pori.
3. Pisang – mengandungi vitamin E, fosfat, dan kalium yang mampu meningkatkan kesihatan kulit serta menjadikan kulit wajah bersinar.
4. Air Kelapa – sesuai untuk menghidrasi kulit wajah serta mengurangkan lebihan minyak pada kulit wajah.
BERSIHKAN MAKE-UP SEBELUM TIDUR
Sekiranya rajin bermake-up, maka rajinlah juga mencuci mekap. Make-up boleh masuk ke dalam liang pori yang menyebabkan liang pori tersumbat dan mudah muncul jerawat serta kulit berminyak.
Bagaimana pula dengan make-up jenis waterproof sis? Haaaa jangan risau. Untuk make-up jenis waterproof , boleh menggunakan kaedah double cleansing. Caranya ialah gunakan oil-cleanser/balm cleanser untuk menanggalkan mekap terlebih dahulu, bilas dan kemudian gunakan pencuci muka terbaik ini. Pasti segar dan bersih liang pori!
Jadi memang terbukti pencuci muka aloe vera Aloe AC Clean Bubble Cleanser mampu membersihkan make-up dengan berkesan. Meh Kekja tunjuk tahap keberkesanan pencuci muka terbaik dalam membersihkan gincu!
Yap! Sebersih itu.
Konklusinya, amalkan basic skincare routine yang betul setiap hari. Ingat! Pertama sekali cuci muka menggunakan pencuci muka untuk kulit berminyak Aloe AC Clean Bubble Cleanser, kemudian apply moisturizer (pelembap) diikuti suncreen/sunblock. Hanya 3 langkah sahaja untuk penjagaan kulit wajah yang sihat, tidak berminyak dan bebas jerawat!
Cukuplah sedikit perkongsian tips dari Kekja untuk kulit berminyak. Selamat mencuba dan selamat tinggal pada kulit berminyak!