Hai semua,
Harini saya nak berkongsi tips sedikit memandangkan ramai yang bertanyakan cara penjagaan kulit supaya boleh bebas cela dan tampak muda dan ceria selalu. Malu juga biasanya kalau orang tanya tips macam ni, sebab biasanya lepas tanya tips tulah jerawat banyak naik, hahahaha! Terus teringat tutor di universiti dulu yang kulitnya sangat gebu tetapi pantang ditegur kulit cantik. Katanya, setiap kali orang tegur kulit cantik, tentu kulit dia akan breakout. Macam kena sumpahan gitu.
Okaylah, sebenarnya bukannya senang bagi orang yang pemalas dan berkulit sensitif macam saya untuk dapatkan kulit yang bebas cela. Sejujurnya sewaktu remaja dulu, saya diserang jerawat yang sangat teruk sampaikan terpaksa berjumpa dengan doktor. Selepas pulih, saya pastikan saya lebih berhati-hati dalam penjagaan kulit, tapi biasalah, bila dah sibuk kadangkala terbabas juga.
Berikut adalah kompilasi tips penjagaan muka untuk mendapatkan kulit bebas cela hasil pengalaman saya sejak beberapa tahun ni.
1. Bersenam
Okay, yang ni tak tipu. Kalau nakkan kulit yang sihat, memang kena bersenam. Kuncinya, pastikan anda bersenam sehingga badan panas dan berpeluh. Sebagai seorang pemalas yang malas bersenam selama 30 tahun yang lalu, saya baru sahaja mengetahui kepentingan bersenam dalam mendapatkan kulit yang sihat. Itu pun secara tak sengaja. Dua tahun lepas, saya terjebak dalam Program ‘The Biggest Loser’ dalam syarikat, masa tulah baru berjinak-jinak dengan senaman. Dipendekkan cerita, dalam tempoh setahun saya kerapkan bersenam, kulit memang nampak berseri. Mungkin kerana peredaran darah lebih lancar dan metabolisma meningkat. Jadi, sesiapa nak kulit cantik, marilah pakat beramai-ramai untuk bersenam.
2. Ganti Minuman Manis dengan Air Kosong, Banyakkan Minum Air Kosong
Okay, sebenarnya saya tak minum air manis. Tapi apa yang saya nak sampaikan, bagi mereka yang gemarkan minuman manis, bertukarlah kepada air kosong untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kajian mendapati gula antara pencetus keradangan. Jadi apabila kulit mudah meradang, jerawat sukar untuk pulih dan mudah bernanah dan seterusnya meninggalkan parut. Bagi mereka yang sememangnya tak minum air manis macam saya, cuba perbanyakkan minum air kosong. Ya, tak dinafikan saya memang jenis yang liat untuk minum air kosong, sebab tulah kulit senang kering terutamanya bila sentiasa di dalam bilik yang berpendingin hawa. Tapi saya juga dapati kalau saya banyakkan minum air, kulit jarang kering atau bersisik.
3. Tidur mencukupi dan tidur sebelum jam 10
Yep, memang cliche. Tapi tak dinafikan tidur memang penting. Tanpa rehat yang mencukupi, sel-sel badan tak mampu regenerate. Oh ya, bukan sahaja kena tidur mencukupi, pastikan juga anda tidur dari sekitar pukul 10 malam sehinggalah 2 pagi kerana ini adalah tempoh emas tubuh kita memperbaiki dirinya sendiri. Ingat tu! Kalau banyak kerja tak siap sekalipun, usahakan untuk tidur pada pukul 10-2 tu, dan bangunlah sekitar pukul 4-5 untu siapkan kerja. Bolehlah solat subuh terus.
4. Gunakan Krim Muka Sunscreen/Sunblock SPF 50 Setiap Hari
Ha, untuk melindungi kulit supaya kekal sihat, pastikan anda juga memakai krim Sunscreen/Sunblock SPF50Â setiap hari. Barulah kulit terlindung daripada cahaya matahari UVA dan juga UVB. Kalau sunburn nanti teruklah pula!
5. Gunakan Kosmetik Non-Comodegenic
Bagi mereka yang memakai alat kosmetik dan solekan. Pastikan ia bersifat non-comodegenic. Barulah ia tidak menutupi liang roma anda dan membolehkan kulit anda bernafas. Tak adalah masalah black head, white head dan jerawat.
6. Bersihkan Mekap dengan Sempurna
Ramai yang menggunakan mekap tetapi tidak membersihkannya dengan sempurna. Kalau boleh, buat triple cleansing. Kalau saya, saya akan bersihkan pertama kali dengan minyak, kali kedua dengan wet tissue dan kali ketiga barulah dengan cleanser.
7. Pilih Cleanser Pencuci Muka Yang Mampu Bagus.
Jangan pandang rendah cleanser ya? Cleanser yang bagus memang antara penyumbang terbesar kepada kecantikan kulit anda. Pastikan anda pilih cleanser yang tidak memberikan kesan kering dan terik pada bahagian wajah selepas cucian. Bagi mereka yang mempunyai kulit yang lebih cenderung ditumbuhi jerawat, carilah jenis yang mengandungi Tea Tree Oil. Memang bagus untuk membendung sebum dan minyak berlebihan pada wajah kita. Ha, yang ni nak cerita lebih sebab kita sangat syorkan ALOE AC Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegee Nature.
Pencuci muka aloe vera sejenis cleanser aloe vera dari Hansaegee Nature menggunakan 11 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi dan 6 jenis pati minyak (essential oil). 2 bahan utamanya aloe vera dan tea tree oil yang sememangnya bagus untuk kulit.
Bagusnya,Pencuci muka terbaik  Aloe AC Clean Bubble Cleanser sejenis buih pembersih yang tidak mengeringkan kulit seperti buih pembersih yang lain. Kulit akan rasa lembap dan lembut sebab Aloe AC Clean Bubble Cleanser jenis watery bubble cleanser dan tidak meninggalkan kesan iritasi pada kulit.
Buih aloe vera cleanser ini lembut juga mampu menyingkiran kotoran dalam pori kulit secara mendalam. Membersihkan kulit dengan berkesan.Memang syoklah cuci muka dengan buih yang banyak.
8. Pilih Moisturizer/Pelembap Muka Water Based Yang Terbaik
Last but not least, dapatkan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan kulit anda.
Ramai yang tahu tapi tak tahu tentang hal ini. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab ramai yang gunakan produk penjagaan kulit tapi mereka tak tahu sama ada ia bersesuaian atau tidak dengan kulit mereka. Tak kurang juga mereka yang sering menukar produk penjagaan kulit kerana tidak dapat kesan yang mereka mahukan.
Pilihan saya? Sudah semestinya Moisturizer dari Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.
Krim pelembap muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni bertindak sebagai pelembap dan pencerah kulit yang mampu memperbaiki kerosakan dan kemerahan-merahan pada kulit akibat selaran matahari (sunburn) Memang sangat sesuai untuk saya yang duduk di tepi tingkap pejabat serta sentiasa mengadap komputer. Jangan tak tahu, komputer juga mempunyai sinar UVA dan UVB yang mampu merosakkan kulit.
Krim moisturizer/ Pelembap muka ini mempunyai kesan penghidratan yang sangat baik. Kulit akan terasa sejuk dan lembut selepas apply di wajah. Krim ini akan berubah menjadi titisan air selepas diletakkan di atas kulit. Ini kerana, titisan air ini memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit selepas menggunakannya.
Tekstur krim Moisturizer/ Pelembap muka ini ringan, watery dan tidak berminyak sesuai juga dijadikan skincare untuk kulit berminyak. Moisturizer water based ini sangat ringan dan membuatkan wajah menjadi smooth dan kekal lembap apabila memakainya. Selain dapat mengekalkan kelembapan muka, Moisturizer terbaik ini juga mampu membantu mengecilkan pori besar, pori terbuka dan sangat membantu dalam merawat kulit yang berminyak.
Camellia Japonica Seed Oil merupakan bahan utama di dalam Aqua Whitening Cream. Moisturizer water based ini non-comedogenic, tidak menyekat liang pori kulit dan tidak menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Jadi, krim ini sangat sesuai untuk kulit sensitif.
Paling best pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni lepas lunch dan lepas solat. Yalah, waktu lunch tu dah kena matahari terik. Kadang-kadang sampai panas je pipi rasanya. Tapi bilas apu je krim ni, terus rasa soothing dan lega gila kulit. Macam dirawat dibelai dengan kadar segera gitulah. Terus rasa lega kulit.
9. Elakkan Menyentuh Wajah Anda
Kadang kala tanpa sedar, kita akan mendapati tangan kita sering kali menyentuh bahagian muka. Tabiat ini sebenarnya boleh membuatkan keadaan kulit wajah menjadi lebih teruk dengan risiko jerawat.
Rasanya tu sajalah tips-tips untuk dapatkan kulit bebas cela. Kalau diamalkan, Insyallah kulit sihat dan bebas cela. Yang paling penting sekali bagi saya, bila kulit kita cantik dan sihat, jangan sesekali jadi takbur dan pandang rendah pada orang yang tidak mempunyai kulit yang cantik. Jangan fikir mereka tak pandai jaga kulit atau tak berusaha untuk dapatkan kulit yang cantik. Sebab saya sendiri pernah jadi salah seorang yang bermasalah jerawat. Saya tahu betapa keadaan kulit akan menjejaskan emosi dan keyakinan diri seseorang. Pokoknya, marilah kita bantu mereka dapatkan kembali keyakinan diri daripada menjatuhkan lagi semangat mereka. Betul tak?