(by nadiajamhari)
Cara Pakai Suncreen yang Betul untuk Memiliki Kulit yang Sihat | Pemakaian krim pelindung matahari (sunscreen atau sunblock) amat penting di Malaysia. Hal ini kerana, negara Malaysia terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dan mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun. Namun begitu, masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak cakna akan kepentingan pemakaian sunscreen dalam kehidupan seharian.
Kenapa kena pakai sunscreen?
Majoriti rakyat Malaysia mengamalkan pemakaian sunscreen/sunblock hanya pada ketika melakukan aktiviti – aktiviti riadah dan pergi ke pantai.
Tahukah anda terdapat dua sinaran yang perlu kita lindungi daripada kulit kita iaitu sinaran Long-wave untraviolet A rays ) (UVA) dan Short-wave unltraviolet B Rays (UVB).
Long-wave Ultraviolet A Rays (UVA) – Sinaran gelombang panjang yang boleh menembusi kaca dan masuk ke dalam kulit. Kesan terhadap kulit adalah penuaan.
Short-wave Ultraviolet B Rays (UVB) – Sinaran gelombang pendek yang tidak menembusi kaca/rumah. Kesan terhadap kulit adalah kebakaran kulit (sunburn).
Oleh itu, cara dan pemikiran kita terhadap pemakaian sunscreen ini perlu diubah !
Cara Pakai Sunscreen yang Betul untuk Memiliki Kulit Muka yang Sihat
1. Gunakan Sunscreen SPF30 dan keatas
SPF lebih tinggi adalah lebih bagus. Sebenarnya, sunscreen SPF50 adalah SPF yang sesuai untuk negara Malaysia. Lagi – lagi sekarang ini cuaca yang panas dengan matahari terik. Kita amat memerlukan pelindungan yang lebih efektif pada kulit kita.
Semakin Tinggi SPF, Semakin Tinggi perlindungan terhadap kulit kita
2. Memakai Sunscreen 30 minit sebelum keluar
Salah satu kesilapan kita apabila memakai sunscreen ialah, kita pakai waktu sudah berada di luar rumah. Kesilapan inilah menjadi penyebab mengapa kulit kita masih lagi terbakar (sunburn) walaupun sudah memakain sunscreen.
Oleh itu, kita perlu memakain sunscreen 30 minit sebelum keluar rumah bagi memastikan sunscreen ini menyerap kedalam kulit kita untuk melindungi kulit kita.
3. Memakai Sunscreen dengan Jumlah yang betul
Pemakaian sunscreen adalah berbeza dengan produk produk lain dalam penjagaan kulit kita (serum dan moisturizer). Ramai hari ini, masih lagi memakai sunscreen dengan jumlat “dot-dot yang kecil”.
Salah!
Pemakain sunscreen yang betul adalah sekurang-kurangnya sebanyak 2 jari seperti gambar di atas. Jumlah yang betul, barulah dapat melindungi kulit kita dari sinaran UVA dan UVB
4. Reapply Sunscreen
Pemakaian sunscreen bukan digunakan sekali sebelum keluar rumah. Perlu reapply pemakain sunscreen. Hal ini kerana, SPF pada sunscreen akan semakin berkurang pada kulit kita. Re-apply sunscreen perlu dilakukan sekurang – kurangnya setiap 2 jam terutama bagi mereka yang memang melakukan aktiviti di luar. Bagi yang bekerja di office, boleh reapply selepas menunaikan solat.
5. Gunakan diakhir basic skincare routine
Pencuci muka > Toner > Moisturizer > Sunscreen
Sunscreen perlu dipakai pada akhir rutin skincare kerana ia berfungsi sebagai pelindung. Selepas itu kalau nak pakai makeup boleh teruskan.
Dengan mengikuti langkah – langkah di atas, dapatlah kita melindungi kulit kita daripada sinaran matahari.
Apakah Sunscreen yang Sesuai dipakai di Malaysia ?
Pemilihan sunscreen adalah perkara yang paling susah sebenarnya kerana walaupun fungsinya adalah sama namun banyak perkara yang kita perlu ambil tahu untuk memilih sunscreen yang terbaik. Antara ciri-ciri yang boleh dirujuk untuk memilih sunscreen terbaik dan sesuai di Malaysia:
- Pastikan sunscreen SPF50 untuk memberi perlindungan kulit yang terbaik.
- Pilih sunscreen yang bebas dari bahan yang memudaratkan kulit seperti alcohol, paraben, silicon, sulfate dan allergen
- Tekstur sunscreen yang mudah meresap dan ringan pada kulit
Antara sunscreen terbaik yang sudah ada dipasaran sekarang ialah Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature! Sunscreen ini merupakan krim pelindung kulit yang terbaik yang saya pernah cuba.Aloe vera Sunscreen by Hansaegee Nature ini merupakan hybrid sunscreen terbaik yang mempunyai SPF50+ PA+++.
Tekstur yang Ringan dan Tidak Berminyak
Sunscreen Tiada Whitecast
Sunscreen yang boleh basuh dengan air dan mesra wuduk
Sebagai muslim, mesra wuduk (tidak waterproof) amat sesuai. Ia akan memudahkan urusan kita untuk menunaikan solat fardu. Lagi – lagi pekerjaan yang memang tengah waktu busy, kita pun nak prosedur yang lebih mudah dan menjimatkan masa. Sunscreen ini hanya gosokkan wajah pada air kemudian lap bagi membuang kesan putih (milky) pada kulit. Lepas menunaikan solat, boleh terus reapply semula sunscreen ini.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pemakaian sunscreen amatlah penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Cara pemakaian sunscreen yang betul dan pemilihan sunscreen yang terbaik juga memaikan peranan penting untuk melindungi kulit kita. Dapatkan pelindugan yang terbaik daripada Aloe Vera Sunscreen by Hansaegee Nature ini.