Assallammualaikum
Korang perasan tak setiap kali bangun dari tidur pasti kulit terasa berminyak. Mengapa itu berlaku? ini kerana sebelum tidur korang tidak mencuci wajah terlebih dahulu. Kerana terlalu padat padat dengan aktiviti kadang menjadikan kita menjadi malas untuk membersihkan wajah di malam hari. Kalau basuh pun hanya mencuci dengan biasa dengan harapan wajah sudah bersih. Korang tahu tak, jika tidak membersihkan wajah dengan betul akan menyebabkan jerawat. Korang perlu mengunakan pembersih khusus atau skin care untuk membersihkan secara menyeluruh kotoran-kotoran pada wajah.
Cara Mengawal Kulit Berminyak Ketika Bangun Tidur
Bagaimana cara Shailla mengawal minyak ketika bangun dari tidur adalah dengan mengamalkan cara penjagaan muka dengan dua langkah ini iaitu membersih dan melembap. Shailla menggunakan produk dari Hansaegee Nature skincare untuk kulit berminyak terbaik ini kerana kulit kita akan kehilangan air bila seharian kita tidak mencuci dan melembap. Bila kulit kita kekurangan air, kulit menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan kehilangan air.Jadi, inilah yang menyebabkan penumpukan minyak pekat pada waktu pagi. Kita perlu to up air untuk mengekalkan kelembapan pada kulit agar minyak semakin berkurangan.
Dua langkah yang Shailla gunakan adalah menggunakan Pencuci muka terbaik Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan Moisturizer water based Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana ia berbentuk foam. Tekstur dia berbuih warna putih dan sangat lembut bila sapu pada muka. Bau dia tidak kuat dan lebih kepada bau tea tree yang menyenangkan ketika menghidunya.
Antara kelebihan yang korag boleh dapat dengan amalkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser:
- Melawan masalah jerawat
- Membersihkan pori secara mendalam
- Mengawal minyak dan sebum pada kulit
- Melegakan kulit
- Melembabkan kulit
- Bertindak sebagai exfoliator dengan membuang sel kulit mati
- Membuang bekas solekan pada kulit
Cara Guna Pencuci Muka Aloe Vera Jenis Water Based
1. Basahkan sedikit muka dan tapak tangan.
2. Picit cleanser pump beberapa kali sehingga keluar buih.
3. Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan untuk beberapa minit
4. Bilas wajah
Langkah Kedua – Moisturizer/ Pelembap Muka Water Based Aqua Whitening Cream
Fungsi Aqua Whitening Cream ini adalah melembapkan kulit wajah dan sekali gus merawat semula sel-sel kulit yang sudah rosak akibat terkena sinaran UV yang kurang baik pada kesihatan kulit wajah. Krim ini diformulasikan bahan-bahan dan herba-herba yang dapat membantu krim ini dapat meresap ke dalam kulit serta mengekalkan kulit tidak kering sepanjang hari.
Tekstur Aqua Whitening Cream ini tidak melekit dan sangat ringan ketika disapu pada muka. Antara bahan yang terdapat di dalam Aqua Whitening Cream ialah Camelia Japonica Seed Oil yang berfungsi dalam merawat kulit kering, dan bahan ini menjadi kandungan utama. Bahan kedua terkandung di dalam pelembap ini juga ialah Niacinamide, ia bertindak untuk membaiki tona kulit tidak sekata, mengekalkan kelembapan pada kulit, atasi parut gelap dan lain-lain.
Fungsi utama Aqua Whitening Cream ni ialah:
- Kesan menghidrat ajaib
- “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit selepas di sapu ke kulit.
- Menyegarkan semula kulit.
- Kawalan lebihan minyak / sebum.
- Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.
- Merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari.
- Mula-mula kita kena bersihkan muka dulu. Selepas itu boleh gunakan toner.
- Sapukan Aqua Whitening Cream di wajah dan leher. Kita perlu “dap-dap-dap” ia perlahan-lahan ke muka sehingga titisan air timbul selepas beberapa saat.
Apa yang menarik tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini buat kulit Shailla terasa segar dan lembap selepas mencuci. Selain itu, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini tidak membuatkan kulit Shailla kering dan tegang. Apa yang Shailla perasan juga adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga boleh remove makeup dan membersih secara mendalam sehingga kedalam liang pori. Shailla menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini 2 kali sehari pada waktu pagi dan juga malam. so minyak di muka pun memang dapat control