Sejak jadi suri rumah ni, memang hari-hari IQ mengadap anak-anak je la di rumah. Tapi walaupun duduk di rumah, bukan bermakna duduk sambil goyang kaki yer. Tugas seorang ibu merangkap suri rumah ni banyak kerjanya, dan kerjayanya tak kan habis serta tak ada cuti. Tetiba jadi luahan pulak. haha!
Bukan bukan…nak cerita ni…
Walaupun IQ hanyalah suri rumah buat masa sekarang ni, IQ enjoy tengok anak-anak membesar depan mata IQ. Mana tak nya, dulu masa IQ bekerja, hari-hari hantar anak-anak ke pengasuh, langsung tak dapat bersama anak. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu, nak lepaskan anak pada seseorang yang asing, bukan darah daging sendiri, semestinya merisaukan sesiapa sahaja. Mujurlah anak-anak dijaga dengan baik oleh pengasuh yang baik-baik semuanya.
Dari umur seawal bayi, akhirnya anak-anak sekarang dah besar. IQ selalu terlepas dari jadi 1st timer setiap kali nak lihat perkembangan anak yang terbaru. Sedih kan? Balik rumah pula masa bersama anak tu limited. Hanya dapat bersama pada waktu malam dan hujung minggu. Memang setiap masa tu terasa berharga sangat-sangat.
Si adik Nuh makin lama, makin ligat membesar
Tapi bila dah jadi suri rumah sepenuh masa, memang lega sangat. Anak-anak terurus semuanya. Bukan nak kata masa kerja dulu anak tak terurus tapi masa kualiti bersama anak tu banyak sangat. Boleh pantau perkembangan anak-anak mengikut usia dorang. Sakit demam tak perlu fikir nak cuti dah. Itulah bezanya seorang ibu yang bekerjaya dan seorang ibu yang membesarkan anaknya sendiri di rumah. Banyak pro and cons dia tapi tetaplah semua keadaan ada kebaikannya tersendiri.
Rutin harian bermula awal pagi, IQ dah siapkan sarapan untuk anak-anak dan suami. Anak sulung pergi ke sekolah, dan IQ mula la sibuk buat kerja rumah IQ. Buat kerja rumah kalau sorang-sorang tak penat yer, tapi IQ ada dua lagi anak IQ yang masih kecil. 2 tahun dan 5 bulan. Dua-dua perlukan perhatian yang penuh daripada seorang ibu. Makanya, tugas seorang suri rumah pun akan berganda dengan menjaga dua ketul tadi.
Balik dari hantar abang ke sekolah, eh eh…buat muka pulak si adik ni
Tengah masak, yang kedua minta dibasuh berak. Yang bongsu tengah tidur pun tetiba meraung, terjaga. Mengigau agaknya. Kadang-kadang tengah sidai baju, sengaja IQ letak dua ketul tu depan tv. Tak ada la ganggu IQ menyidai kain baju di luar rumah. Dah la panas, terasa bahang pada kulit muka IQ ni haa…
Mujurlah Ada skincare terbaik….
Nasib baik la pagi-pagi lagi IQ dah basuh muka IQ dengan Aloe AC Bubble Cleanser. Biasalah kan, bangun pagi mesti muka terasa berminyak. Tapi lepas basuh guna pencuci muka untuk kulit berminyak ini, hilang terus minyak dekat muka ni. Settle basuh muka, lap bagi muka kering terus IQ apply muka dengan Aqua Whitening Cream. Paling favourite bagi IQ sebab Aqua Whitening Cream ni moisturizer terbaik untuk kulit kusam dan ia juga menyejukkan kulit muka IQ di samping melindungi kulit muka IQ dari sunburn. Aihh, sidai baju lepas tu masak lagi, bahang panas pun boleh buat kulit muka jadi gelap yer. Bukan duduk bawah matahari jer boleh gelap tau.
Penyelamat harian ni
Berbentuk foam dan watery
Lengkapkan rutin cuci muka dengan pakai Aqua Whitening Cream pula
Terasa Lebih Yakin…
Hari-hari IQ akan jadi lebih yakin sebab tak ada orang kata, duduk rumah tapi selebet jer, kusam jer. Heyyy, berani yer siapa yang kata tu. Yang penting, duduk rumah kena la jaga keterampilan di rumah. Barulah suami sayang. Haa..gitu.
Ok la, cukup la IQ membebel kali ni, eh…kalau korang nak cuba dua items yang IQ sebut dekat atas tu tadi boleh la singgah dan beli item tu di website . Selamat mencuba!