(By Mimiazirah)
Wanita dan kecantikan itu berpisah tiada. Kalau nak sebut tentang kecantikan, skop definisi kecantikan itu sendiri sangat meluas, betul tak? Mimi sendiri amat mementingkan kecantikan dalaman dan luaran, perlu seimbang. Kalau kecantikan luaran, sudah tentulah kita akan menjaga kulit wajah supaya kelihatan sihat dan cantik. Jadi, pemilihan produk penjagaan wajah perlu tepat dan sesuai dengan kulit wajah kita.
Mungkin masih ada yang tidak tahu dan sedar akan kepentingan sunscreen untuk kulit wajah. Masih ingat lagi ketika zaman remaja, Mimi langsung tidak menggunakan sunscreen sebab ketika itu tidak didedahkan sepenuhnya akan kepentingan menggunakan sunscreen. Namun, bila semakin meningkat usia, baru Mimi tahu akan kepentingan menggunakan sunscreen dan Mimi menggalakkan anak-anak memilih dan menggunakan sunscreen yang bagus untuk melindungi kulit daripada sinar uv.
Pemilihan sunscreen amat penting sebelum kita menggunakannya. Mimi sendiri amat teliti dalam mencari kesesuaian sesuatu produk penjagaan wajah supaya serasi dan sesuai mengikut kondisi jenis kulit wajah Mimi yang berminyak. Salah satu ciri sunscreen yang Mimi akan cari ialah sunscreen tidak berminyak dan sunscreen yang tidak menyumbat pori. Dua ciri pada sunscreen ini sangat penting bagi Mimi sebelum membeli sunscreen. Produk sunscreen yang serasi dan sesuai dengan kulit Mimi sudah pastilah Aloe Vera Sunscreen Hansaegee kerana ciri- ciri dan fungsinya yang bagus untuk kulit wajah seperti tidak meninggalkan kesan “White Cast”, tidak kalis air dan tidak meninggalkan kesan berminyak.
Ciri-ciri Kebanyakan Sunscreen yang Ada di Pasaran
Tidak dinafikan, kebanyakan sunscreen yang berada di pasaran mempunyai ciri-ciri seperti meninggalkan kesan “White Cast”, kalis air, terlalu berminyak dan sebagainya. Nak mencari sunscreen yang betul-betul menepati kehendak Mimi sendiri agak payah. Sebelum ni kalau pakai sunscreen mesti kulit wajah akan rasa berminyak dan bercapuk keputihan. Bila mekap, hasil mekap nampak tak sekata dan tak cantik. Bila jadi macam itu, memang mood terus jadi tak baik.
Kebanyakan wanita di Malaysia apabila memilih sunscreen pastinya sunscreen yang ada “White Cast”. Tidak dinafikan kebanyakan sunscreen yang ada ketika ini membuat kulit wajah kelihatan terlalu putih, tidak nampak semulajadi dan kulit wajah nampak pelik terutamanya bila berada di kawasan luar bawah cahaya matahari. Selepas memakai sunscreen yang mempunyai “White Cast”, tidak kisah dalam apa keadaan sekalipun, sama ada mekap atau pun tidak, pasti kulit wajah nampak pelik dan teruk.
Ada juga sunscreen yang jenis kalis air. Apabila sunscreen yang ada ciri kalis air ini akan menyukarkan untuk membersihkan wajah. Bayangkan seharian balik dari kerja, nak mandi dan rehat. Tapi bila waktu mandi, lebih-lebih lagi semasa nak bersihkan wajah dari sebarang mekap menjadi susah kerana sunscreen yang digunakan kalis air. Jadi, terpaksa menggunakan lebih dari satu jenis pembersih muka untuk pastikan kulit wajah betul-betul bersih dan bebas dari sebarang mekap dan sunscreen. Sunscreen jenis kalis air juga menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dengan mudah dan ia akan menyebabkan kulit terasa gatal dan berminyak.
Penggunaan sunscreen jenis kalis air tidak sesuai digunakan dengan kerap ketika melakukan rutin harian. Jadi, sunscreen jenis apa yang sesuai? Sebagai wanita yang bekerjaya serta melakukan aktiviti rutin harian yang biasa dilakukan dengan kerap, sunscreen yang tidak kalis air sangat sesuai digunakan. Sebagai contoh ketika kita ingin solat, jadi ia memudahkan kita mencuci kulit wajah dari sebarang sunscreen dengan mudah dan yang penting hanya menggunakan air sahaja sudah hilang.
Selain itu, ada juga sunscreen yang jenis berminyak. Apabila disapukan pada kulit wajah ia akan meninggal kesan melekit dan berminyak. Ia akan menyebabkan rasa tidak selesa dan gatal kerana rasa berminyak dan melekit pada kulit wajah. Lebih lebih di bawah cahaya matahari, ia akan membuatkan kulit wajah bertambah berminyak.
Hansaegee Aloe Vera Sunscreen Pilihan Terbaik Masa Kini
Kenapa Hansagee Aloe Vera Sunscreen pilihan terbaik masa kini? Kerana ciri-ciri yang ada pada Aloe Vera Suncreen sangat bagus dan sesuai digunakan pada kulit wajah kerana ia merupakan sunscreen yang tidak meninggalkan kesan “White Cast” pada kulit wajah ketika memakainya dan hasilnya kulit muka nampak cantik semulajadi dan glowing.
-
Aloe Vera Sunscreen berwarna putih kehijau – hijauan
-
Sapu rata Aloe Vera Sunscreen
-
Aloe Vera Sunscreen meresap ke dalam kulit
-
Warna kulit kelihatan sekata, warna kulit semulajadi dan tiada kesan “White Cast”
Yang paling bagus sekali, bila Mimi gunakan Aloe Vera Sunscreen ni langsung tidak ada rasa melekit dan berminyak. Bila sapu dengan rata pada kulit wajah, sunscreen spf 50 ini terus meresap ke dalam kulit. Inilah salah satu ciri-ciri sunscreen yang Mimi inginkan iaitu tidak rasa melekit, berminyak dan terus meresap ke dalam kulit. Korang boleh lihat dan nilai sendiri keberkesanan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen ini pada ujian yang Mimi lakukan seperti gambar di bawah.
-
Absorbent paper yang belum digunakan disediakan
-
Aloe Vera Sunscreen diletakkan d atas absorbent paper
-
Sapu rata Aloe Vera Sunscreen pada absorbent paper
-
Tiada kesan minyak pada absorbent paper
Selain daripada itu, Hansaegee Aloe Vera Suncsreen adalah sunscreen yang boleh basuh dengan air. Ia sangat mudah dicuci dan dibersihkan hanya dengan menggunakan air. Jadi, tidak perlu risau menggunakan Aloe Vera Sunscreen dengan kerap kerana kesannya yang sangat bagus untuk kulit wajah. Selain tidak meninggalkan “White Cast” pada kulit wajah, Aloe Vera Sunscreen juga bertindak sebagai krim siang terbaik untuk kulit wajah kita.
-
Sapu rata Aloe Vera Sunscreen pada kulit tangan sehingga meresap
-
Tiada kesan White Cast selepas sapu rata sunscreen dan meresap terus ke dalam kulit
-
Zarah putih dari sunscreen mula kelihatan apabila dibasuh dengan air di mana ia menunjukkan bahawa sunscreen ini telah sebati dengan air.
-
Tangan selepas dibasuh dan di lap
Tips Penjagaan Kulit Wajah di bulan puasa
Memandangkan beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut puasa pasti pelbagai persiapan kita akan lakukan seperti mencari menu berbuka puasa, tips penjagaan kesihatan sepanjang bulan puasa dan sebagainya. Penjagaan kulit wajah sepanjang bulan puasa juga perlu dititikberatkan. Memandangkan kita akan berpuasa, pasti kulit wajah akan kelihatan kering kerana kekurangan air di dalam badan. Untuk pastikan kulit wajah sentiasa lembap, segar dan nampak sihat sepanjang berpuasa, jangan lupa sediakan skincare Ramadan dan amalkan tips sihat dan segar sepanjang Ramadan
Tips untuk kelihatan segar dan sihat sepanjang Ramadan :
-
Minum air masak secukupnya ketika bersahur.
-
Cuci wajah dengan pembersih wajah. Jangan lupa pakai toner.
-
Pakai Hansaegee Aloe Vera Sunscreen sebagai pelembap kulit wajah dan juga pelindung kulit wajah dari cahaya matahari sepanjang Ramadan.
-
Sentiasa sembur wajah dengan face mist untuk tambahkan lagi kelembapan pada kulit wajah agar sentiasa segar.
-
Jangan lupa untuk retouch up kulit wajah dengan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen pada waktu petang.
Sepanjang berpuasa, memang Mimi akan sediakan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen dalam beg ke mana saja Mimi pergi. Kalau rasa panas terik sangat dan kulit mula rasa kering, Mimi akan sapu sunscreen cepat cepat. Kesannya memang memuaskan hati.