(by azhafizah)
Kesan tidak memakai sunscreen yang kita akan nampak dalam jangka masa pendek, kulit terbakar (sunburn), kulit kusam dan kulit nampak gelap. Untuk jangka masa panjang pula kulit akan nampak berkedut, tidak anjal, tona tidak sekata. Ini juga menjawab persoalan kenapa kena pakai sunscreen.
Bila perlu pakai sunscreen? Satu lagi persoalan yang sering membuatkan kita keliru. Nak pakai sunscreen dulu atau day cream dulu? Baiklah, marilah kita sama-sama tambah ilmu tentang pemakaian sunscreen.
Apa itu physical dan chemical sunscreen?
Physical sunscreen (Block UV rays)
Dikenali juga sebagai sunblock. Bahan utamanya ialah titanium dioxide or zinc oxide dan fungsinya untuk Block UV rays. Dia akan kekal dipermukaan kulit (tidak meresap kedalam kulit) dan memantulkan cahaya matahari. Memang block terus lah cerita dia.
Chemical sunscreen (Filter UV rays)
Kedua-dua jenis sunscreen ini mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Tetapi dengan hadirnya hybrid sunscreen ni dapat menutup kelemahan yang ada pada physical dan chemical sunscreen.
Apa itu hybrid sunscreen
Hybrid sunscreen, krim perlindungan matahari yang menggabungkan physical dan chemical yang memberikan kesan yang lebih bagus dan terbaik. Kiranya hybrid sunscreen ni adalah gabungan kedua-dua jenis sunscreen bergabung menjadi sunscreen terbaik.
Kesimpulannya, hybrid sunscreen lebih bagus daripada physical dan chemical sunscreen. Rujuk dalam gambarajah di bawah untuk lebih mudah faham perbezaan ketiga-tiga jenis sunscreen.
Hybrid sunscreen Malaysia
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Sunscreen yang bagus kena pilih yang boleh melindungi kulit daripada kedua-dua radiasi (UVA & UVB). Untuk perlindungan UVA, perlu pilih PA+++ supaya dapat melindungi kulit daripada berkedut dan pigmentasi. Untuk perlindungan dari UVB, yang terbaik pakai sunscreen spf 50 supaya kulit tak terbakar.
UVA : sinar UV yang paling banyak menimbulkan radiasi iaitu 95% dari sinar ultraviolet yang masuk kedalam atmosfera bumi. Sinar UVA ni lah antara penyumbang utama kepada kerosakan kulit dan menjadi sebahagian besar penyebab terjadinya kanser kulit. UVA ni biasanya menyebabkan masalah kulit dari dalaman antaranya penuaan, berkedut dan kusam.
UVB pulak penyebab kulit kita kemerahan dan terbakar sebab ianya cuma menyerang lapisan luar kulit sahaja . Sunburn tu jadi disebabkan tak lindung kulit daripada sinaran UVB lah . UVB ni jadi lebih agresif dan cenderung untuk merosakkan kulit. Jadi, kalau nak keluar rumah pastikan pakai sunblock yang ada kedua perlindungan UVA dan UVB ya. UVB juga lah penyebab kepada bintik jeragat pada muka.
Jadi, Hansaegee Nature Aloe vera Sunscreen ni memiliki ciri-ciri sunscreen yang bagus sebagai krim siang terbaik. Mempunyai sunscreen spf 50, spf yang bagus untuk wajah. Tahu tak sebenarnya kita kena pakai sunscreen yang sekurang-kurangnya mempunyai spf 30. Sunscreen spf 50 ni dah kira tahap sangat bagus lah kan.
Sunscreen pakai waktu bila? Ini cara pakai sunscreen
Dah jumpa sunscreen yang bagus, kenalah tahu pula sunscreen pakai waktu bila dan cara pakai sunscreen yang betul. Dan bila masa pula kena reapply sunscreen.
Bila perlu reaaply sunscreen
Apa yang saya baca dan faham, sekiranya melakukan aktiviti luar sebaiknya reapply sunscreen setiap 2-3 jam seperti yang disarankan. Sebabnya bila kita melakukan aktiviti luar ni kita akan mudah berpeluh dan lapisan sunscreen akan hilang dan kurang berkesan. Sebab tu kena reapply setiap 2-3jam macam tu.
Cara pakai suncreen
Aturan pemakaian sunscreen
1. Pencuci muka
2. Toner *pilihan
3. Essense/ Serum *pilihan
4. Pelembap (day cream)
5. Sunscreen
Sukatan sunscreen yang betul
Pengalaman pakai sunscreen Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Sunscreen aloe vera
Produk yang berasaskan aloe vera boleh mengurangkan keradangan dan melembapkan kulit. Jadi, sangat sesuailah untuk jenis kulit saya, jenis kulit kombinasi iaitu jenis kulit berminyak dan kulit kering.
Sunscreen spf 50