Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua. Kulit wajah kita selalu terdedah kepada sinaran UV ini membuatkan kulit wajah menjadi tidak sihat dan tona tidak sekata. Untuk itu Bonde selalu mengamalkan pemakaian Sunscreen, Bonde nak perkenalkan Aloe Vera Sunscreen yang paling best kepada anda semua.
Kenapa Perlu Pakai Sunscreen?
- Mengelakkan kulit nampak kusam, tidak bermaya, gelap dan terbakar.
- Mengelakkan kulit berkedut dan nampak tua dari usia
- Mengelakkan pigmentasi dan jeragat.
- Mencegah dari penyakit kanser kulit.
Kepentingan Sunscreen Yang Bagus Untuk Kulit Wajah
Mengelakkan Keradangan Kulit
Apabila kulit wajah terdedah dengan sinaran UV, ia boleh menyebabkan kemerahan dan keradangan kulit yang boleh memedihkan. Masalah keradangan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya seseorang individu itu mempunyai masalah kulit seperti eczema dan psiorosis. Dengan menyapukan sunscreen pada kulit, ia dapat menjadi dinding pelindung kulit wajah daripada sinaran matahari yang berbahaya.
Sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang senang kemerah-merahan dan sensitif, anda memerlukan sunscreen terbaik yang lengkap dengan bahan-bahan lembut seperti zink oksida atau titanium dioksida. Anda juga harus mengelakkan pelindung matahari jenis semburan yang mengandungi formula keras, termasuk alkohol yang dapat mengeringkan kulit.
Mencegah Tona Warna Kulit Yang Tidak Sekata
Antara kepentingan sunscreen yang lain adalah untuk mencegah tona warna kulit yang tidak sekata. Tona warna kulit yang tidak sekata ini akan keluar dengan ketara apabila usia anda sudah lanjut. Mungkin tak nampak kesannya sekarang, tapi akan jelas kelihatan apabila anda meningkat usia.
Kulit akan mengeluarkan tompok-tompok yang dipanggil ‘sun spots’ atau ‘liver spots’ dan kebiasaannya ia berwarna gelap. Efek ini boleh terjadi kepada wanita dan juga lelaki. Untuk mengelakkan kesan ini terjadi, penggunaan sunscreen yang bagus adalah wajib.
Mencegah Sunburn
Pakar dermatologist selalu menekankan kepentingan sunscreen dan pencegahan kulit daripada terkena sunburn. Anda boleh mengalami sunburn sekiranya anda menghabiskan masa yang lama di luar tanpa penggunaan sunscreen.
Info Produk Aloe Vera Sunscreen SPF50
Jenis: Pelindung matahari
Penggunaan: Kulit Wajah
Bentuk Krim : Jenis Krim Ringan dan Lembap
Bahan Yang Terkandung Dalam Aloe Vera Sunscreen
Glycerin
Sodium Hyaluronic
Allantoin
Kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi :
Jus Daun Aloe Barbadensis, Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Kulit Morus Alba, Ekstrak Orkid.
Tanpa Alkohol, Tanpa Paraben, Tanpa Silikon, Tanpa Sulfat, Tanpa Alergen
Cara Penggunaan Aloe Vera Sunscreen SPF50 Pada Kulit Wajah
Paling best, Bila pakai Aloe Vera Sunscreen ni, Ianya sunscreen yang tidak meninggalkan white cast (No White Cast) (putih yang bercapuk-capuk) muka pun nampak natural sahaja.
Empat Cara Penggunaan Aloe Vera Sunscreen
- Bersihkan muka seperti biasa mengunakan pencuci Aloe Ac Clean Bubble Cleanser
- Selepas membersihkan muka keringkan terlebih dahulu
- Gunakan penjagaan kulit yang asas (Bonde gunakan Aqua Whitening Cream)
- Picit Aloe Vera Sunscreen, kemudian sapu sunscreen terbaik ini pada keseluruhan kulit wajah yang terdedah kepada sinaran UV.
Penggunaan Aloe Vera Sunscreen Pada Kulit Tangan
Walau guna di kulit tangan , Aloe Vera Sunscreen ni, Ianya…sama terbukti No White Cast juga! putih yang rata.
Tekstur Aloe Vera Sunscreen:
- Sangat ringan
- Tidak berminyak
- Tidak Melekit
- Kekal lembap sepanjang hari
- Mudah disapu pada kulit wajah
- Tiada pelakon putih (tidak bercapuk)
- Mencerahkan dan memutihkan tona kulit secara semulajadi
Aloe Vera Sunscreen SPF50 tidak berminyak, sesuai dijadikan sunscreen untuk kulit berminyak
Aloe Vera Sunscreen Sesuai Dipakai Oleh Siapa?
Aloe Vera Sunscreen SPF50 sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit berminyak juga. Teksturnya yang ringan dan tidak melekit memang terbaik untuk dijadikan sunscreen untuk kulit berminyak.
Sunscreen pakai waktu bila?
Aloe Vera Sunscreen, di gunakan waktu siang. Dan sangat sesuai di pakai pada aktiviti yang terdedah sinaran Matahari
5 Sebab Mengapa Aloe Vera Sunscreen Terbaik Menjadi Pilihan Bonde
- Aloe Vera Sunscreen Menjadikan Kulit wajah Bonde nampak Natural dan Semulajadi.
- Aloe Vera Sunscreen sangat best dan serasi dengan kulit wajah Bonde.
- Aloe Vera Sunscreen senang nak pakai di kulit wajah dan bahagian kulit yang terdedah sinaran matahari.
- Paling best ianya “No White Cast”rasanya semua pengguna pun akan jatuh cinta dengan Aloe Vera Sunscreen. Sebab bila pakai ianya auto nampak natural tidak tinggalkan kesan putih-putih bercapuk.
- Saiz yang comel senang nak bawa kemana-mana sama ada letak dalam handbag atau letak dalam poket seluar.