(by unmagicalwitch)
Assalamualaikum and hello everyone!
It has been a while since the day I left my blog, focusing on my career. But that doesn’t mean I don’t miss blogging. Before this, blogging is one of my hobby. Now, bila ada masa terluang je baru sempat nak update.
Bila dah masuk alam pekerjaan, kadang-kadang boleh buatkan kita stress dan mengganggu kesihatan kita dan juga boleh buat muka sampai breakout teruk, Walaupun begitu, saya dah mula menyayangi muka saya dan dalam proses untuk dapatkan kulit yang lebih sihat. Saya percaya produk yang berkualiti boleh menghasilkan kulit yang baik. Khole Kardashian once said “All the makeup in the world won’t make a difference without great skincare.” Pakailah makeup atau filter banyak mana pun, kalau kulit tak sihat, memang nampak tak okay kan. Jadi, kalau tak mula dari sekarang, bila lagi kita nak jaga kulit kan?
Dalam 2-3 tahun lepas, saya tak ambil berat pun tentang penjagaan kulit muka. Saya cuma tahu pakai pencuci muka dan terus pakai makeup. Tetapi, bila dah mula menerokai kebaikan-kebaikan rutin penjaagan muka ni, barulah nak mula pakai skincare yang betul. Namun begitu, waktu tu saya masih tak jumpa suncreen yang sesuai dengan muka saya. Sebelum ni saya ada cuba sunscreen dari brand yang lain tapi bila pakai di muka, rasa tak sesuai dengan saya.
Baru-baru ni saya ada cuba satu sunscreen dari Hanseagee Nature. Boleh dikatakan sunscreen ni salah salah satu suncreen yang terbaik dan sangat rugi kalau tak pakai.
Why Aloe Vera Sunscreen from Hansaegee Nature?
✓ SPF50+PA+++
Sunscreen ni mengandungi SPF50+PA+++ yang boleh melindungi kulit kita dari sinaran UV dan juga sunburn. Kalian juga tahu kan macam mana suhu di Malaysia ni, memang panas lagi-lagi bila waktu tengahari. Matahari yang terpacak atas kepala memang tak boleh nak elak bila kita buat aktiviti di luar. Sinar UV yang akan masuk dalam sel-sel kulit kita dan boleh ganggu pertumbuhan sel-sel kulit yang baru. Selain itu, sinar UV juga menyebabkan kulit sunburn, kulit jadi gelap dan tak rata. Kemudian, bahagian kulit yang tak terkena sinar UV tak sunburn. Jadi kulit akan nampak berbelang. Jadi, untuk melindungi kulit wajah untuk kekal sihat, Sunscreen SPF 50 ni boleh jadi krim siang terbaik kerana boleh menghalang sinar UV dan melindungi kulit hingga 4 jam.
✓ Not oily and non sticky
Hansaegee Aloe Vera Sunscreen merupakan sunscreen yang tidak berminyak. Ada sesetengah susncreen memiliki texture yang sangat berminyak, dan bila pakai untuk jangka masa yang lama, kulit juga jadi berminyak dan melekit. Tetapi, bila saya apply Hansaegee suncreen, dari pagi sampai petang, kulit tak berminyak langsung. Ini menunjukkan sunscreen untuk kulit berminyak. Kandungan aloe vera dalam sunscreen ni boleh membantu dan menghalang pori-pori wajah kita daripada keluarkan minyak. Untuk sesiapa yang ada kulit jenis cepat berminyak, saya syorkan untuk gunalah sunscreen ni sebab texture suncreen aloe vera ni memang tak melekit. Boleh tengok gambar di bawah bila sunscreen diletakkan atas blotting paper, langsung tak berminyak.
✓ Moisture and smooth
Hansaegee Sunscreen ni bukan hanya semata-mata untuk melindungi wajah daripada sinar UV, tapi juga berfungsi untuk melembab dan melembutkan kulit. Jika tak pakai moisturizer pun memang tidak menjadi satu masalah. Sunscreen ni sesuai untuk semua jenis kulit kerana bukan sahaja sesuai untuk orang yang ada kulit berminyak, ianya juga bagus untuk mereka yang kulit kering kerana membantu kulit wajah jadi lembut. Bagi saya, ianya sangat penting sebab saya duduk di Cameron Highlands dan cuaca dekat sini memang sejuk. Keadaan ni buatkan kulit jadi sangat-sangat kering dan boleh menggelupas. Bila guna Suncreen aloe vera ni, boleh menghalang kulit kering dan buatkan wajah lebih moisture.
✓ Calming and sooth skin
Sunscreen ini juga merupakan sunscreen terbaik kerana memiliki kandungan aloe vera. This is because, the main ingredient which is aloe vera and it is an undeniable fact that aloe vera has lot of benefits. Aloe vera mengandungi kandungan air (H20) yang membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat. Bila apply sunscreen aloe vera ni, kulit kita menyerap kandungan Aloe vera yang boleh calm our skin apabila terkena sunburn and give soothing effect. Kadangkala, sunburn yang teruk boleh menyebabkan luka di wajah. Oleh itu, kandungan aloe vera di dalam sunscreen dapat membantu mempercepat proses penyembuhan luka pada kulit. Manfaat ini diperoleh dari kandungan kalsium dan antioksidan di dalamnya yang mampu melajukan proses pembentukan sel-sel kulit yang baru, selain memperkuat jaringan kulit. Tambahan juga, bila apply sunscreen aloe vera pada kulit yang sunburn tidak akan rasa gatal kerana aloe vera bertindak sebagai anti-flammation, so sunscreen ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit especially kulit sensitif.
Jika perhalusi kandungan-kandungan dalam Hansagee Sunscreen ini, ia juga mengandungi ekstrak Cantella Asiatica, Morus Alba Root dan ekstrak Orkid. Pada mulanya saya tidak tahu apa kandungan tersebut. Selepas beberapa pencarian di internet, bahan-bahan ini membantu formulasi penjagaan kulit yang fokus pada hiperpigmentasi, bintik-bintik penuaan, dan kulit kusam. Selain itu, esktrak Orkid mengandungi sifat antioksidan yang boleh melambatkan kesan penuaan. Tidak dinafikan lagi, krim siang ini bagus untuk kulit sebab memiliki kandungan semula jadi.
✓ Easy to blend and fast absorb
Bila saya apply Hansaegee Aloe Vera Sunscreen, texture mixed and blend dengan sangat baik dengan kulit dan tak bercapuk pun. Sunscreen ni juga buatkan tone kulit saya jadi cerah secara semula jadi. Jadi, tak perlu risau kalau muka jadi bercapuk bila dah pakai. Muka saya juga nampak segar and cerah. Boleh nampak dengan jelas Sunscreen ni mudah disapu dan diratakan pada kulit. Hasilnya langsung tak bercapuk dan tiada white cast. Yang penting tak nampak kelabu asap & putih pucat. Munculnya Sunscreen ni memang membantu dan memudahkan saya untuk bersiap keluar rumah dan pergi kerja. Jimat masa dan tak kena marah dengan cik suami sebab lambat bersiap
✓ As makeup base
Sunscreen ini boleh jadi primer untuk makeup. Ianya sangat membantu buatkan makeup jadi tahan lebih lama dan boleh buatkan makeup lagi pop out. Cuba tengok muka saya bila dan apply sunscreen dan makeup, memang jatuh cinta dengan sunscreen ni sebab saya dah tak perlu risau bila bergambar bawah matahari sebab muka saya dah dilindungi dengan sunscreen ni. As example, saya cuba apply sunscreen ni di tangan saya with makeup. Boleh tengok comparison yang makeup with sunscreen ni lagi buat makeup lebih cerah dan sekata. Tambahan, makeup juga nampak lagi smooth dan cantik untuk jangka masa yang lama. The quality is BOMB!!!
✓Not waterproof
Lagi satu kebaikan Sunscreen ini, ianya bukan waterproof. Sunscreen ni boleh basuh dengan air kerana ia tidak kalis air. Tak perlu susah-susah untuk guna micellar water atau tisu untuk buang makeup. Guna sahaja air dan terus hilang. Bagi saya, ianya memudahkan urusan saya kerana this sunscreen mesra wudhuk. Sunscreen ni memang bagus membantu dan menyenangkan urusan kita sebagai perempuan. Tak perlu nak bawa sekali micellar water dalam beg, guna sahaja air yang bersih.
Pakai sunscreen dulu atau day cream dulu?
Mesti ada juga yang keliru untuk urutan penjagaan muka kan? Nak pakai mana dulu? Urutan yang betul adalah sunscreen merupakan langkah yang terakhir untuk rutin penjagaan muka dan perlu pakai waktu siang sahaja. Bila kalian dah siap pakai your basic skincare (cleanser, toner, serum or moisterizer) barulah pakai sunscreen. Kita perlu re-apply every 4 hours in order to protect our skin. Jumlah yang betul untuk setiap kali apply susncreen ini adalah sebanyak 2 jari sahaja. Mulakan daripada bahagian tengah wajah, lepastu ratakan kebahagian tepi untuk melindungi semua bahagian yang expose kepada sinaran UV.
In my personal opinion, Hansaegee Aloe Vera Suncreen sangat bagus untuk penggunaan in my daily life. Susncreen ni bukanlah sunscreen semata-mata, tapi juga boleh bertindak untuk melembutkan kulit, buat wajah lebih cerah dan boleh buat as my makeup base. Bila saya apply dekat kulit wajah, texture dia sangat smooth dan rasa seronok bila nak re-apply sunscreen balik. Saya dah tak perlu risau tentang kulit kusam atau wajah tak sekata. 1 botol sunscreen ni ada 70ml dan saya rasa boleh tahan selama 2-3 bulan. Isi padu lebih banyak berbanding sunscreen lain dan juga lebih jimat. Tak perlu nak beli stock baru setiap bulan. Saya dah guna selama sebulan, dan kalau nak dibandingkan dengan sunscreen lain, Hansaegee Sunscreen ni adalah nombor 1 bagi saya and I highly really recommended this product if you want to try.
To put everything in conclusion, if you are reading this, start treating your skin nicely by applying a very good skin care product. And sunscreen is an important part. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan if you don’t put sunscreen in your skincare routine. Hopefully, this post can enlighten our knowledge to embrace healthy skin and avoid various skin problems.