(By Nova Leeza on 11th January 2023)
Salam, halo semua. Yup, nak bagitahu ni, sis maintain pakai Sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature. Dah masuk 4 bulan lebih dah ni pakai Sunscreen. Alhamdulillah masih kuat semangat untuk pastikan kulit sis terjamin dari sinaran matahari yang akan merosakkan muka. Yerla nak cecantik kenalah ada usaha sis.. bukan bangun pagi terus “Eh cantiknya aku harini”, ha macam tu magic-magic takda. 😆 Kena selalu ingat “Takda perempuan tak cantik kecuali perempuan yang malas!“… ahh gittew. 💋 muah
Pakai Sunscreen Berapa Kali Sehari?
Korang tahukan, setiap hari kita wajib pakai sunscreen? Serius ni.. Sunscreen pakai waktu bila setiap hari tau. Sis dulu pun tak tahu, sama je kita ni. Sis ingat, kalau nak pergi pantai, nak mandi pool atau nak bersukan tengah panas je pakai sunscreen. Rupanya salah! Actually ramai yang tanya, “sunscreen pakai waktu bila?” Ini nak bagitahu cara pakai sunscreen dengan betul. Kena pakai sunscreen setiap hari dan kena re-apply semula selang beberapa jam. Sis akan re-apply setiap 2-3 jam.. especially kalau di luar, mestilah kena reapply sunsreen. Dalam rumah kena pakai sunscreen juga ke? Ya, even dalam rumah pun kena pakai sunscreen tau. Tahu tak cahaya dari mentol lampu, cahaya lampu LED, skrin LED dan telefon korang pun memberi kesan pada kulit. Blue Light dari telefon atau komputer ni boleh tembus kulit dan merosakkan kulit yang mengandungi kolagen dengan menghasilkan radikal bebas tau. Bila dah lama terdedah pada sinaran ni, kulit korang akan mula keluar bintik-bintik gelap, jeragat dan kedutan. Cuba bayangkan sehari berapa lama korang tengok phone? tengok komputer? haa… lama kan? So? Pakai sunscreen! dan jangan lupa re-apply ok!
Berapa banyak jumlah nak pakai sunscreen ni? Syaratnya adalah sebanyak 2 jari anda. Ya, dua jari macam sis letak bawah ni. Ini barulah mencukupi untuk seluruh muka korang. Jadikan pemakaian sunscreen ni rutin harian k. Ibarat memakai baju setiap hari. Cuma yang ni kita tutup muka dari sinaran yang tak baik pada kulit. 😊 Ok!
Sunscreen Yang Tidak Kalis Air, Mesra Wuduk
Kalau korang nak tahu, Sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature tidak mengandungi Alkohol, Tiada Paraben, Tiada Silikon, Tiada Sulfat dan Bebes Allergen. Ia juga adalah Sunscreen Yang Tidak Kalis Air, dalam erti kata lain, sunscreen yang boleh basuh dengan air, senang dicuci. Teksturnya sangat ringan, Tidak berminyak dan melekit. Paling penting selepas pakai, tidak meninggalkan tompok-tompok putih atau White Cast. Jadi, disebabkan point-point yang sis nyatakan di atas, ia menjadikannya senang di cuci dan sunscreen mesra wuduk. Cuba tengok Nova pakai di bawah ni.
Krim ni pekat, jadi tak perlu pakai banyak-banyak, then sapu rata ke kulit muka anda
Dah sekata atas tangan, cuba tengok, tak ada tompokan putih yang boleh buat kulit nampak kelabu. Kemudian, Nova spray dengan air … boleh nampak air boleh duduk lagi atas tangan, dia tak meleleh ke bawah, sebab Sunscreen ni sunscreen yang tidak kalis air atau dalam erti kata lain, mudah sebati.
Bila tengok dekat, dalam bulatan tu boleh nampak sunscreen dah mix dengan air, dia mudah je nak keluarkan. Dan bila lap je dia boleh tanggal, tapi tak ada warna kotor..bersih je sebab tak berwarna.
Nova nak tekankan di sini, cari produk yang sesuai, sunscreen yang bagus macam sunscreen yang boleh basuh dengan air dari Hansaegee Nature ni. Jadi korang tak perlu cuci teruk sangat dengan oil cleanser, scrub atau micellar water sebelum nak solat. Kalau banyak sangat mencuci muka nanti kulit boleh jadi kering, keseimbangan kulit juga terganggu. Tak bagus begitu. Disebabkan sunscreen ni kena pakai setiap hari, selepas korang apply skincare semua, kita kena bijak memilih sunscreen yang senang cuci macam ni ya. Lagipun nak pakai Sunscreen Aloe Vera ni senang je. Stepnya adalah seperti bawah ni.
Cara Penggunaan :
Selepas membersihkan muka dan rutin penjagaan kulit asas anda, sapukan jumlah sederhana Pelindung Matahari Aloe Vera ini pada keseluruhan muka, sehingga menutup semua bahagian yang terdedah daripada sinaran UV.
Eh jap, korang tahukan, Suncreen ni kita kena pakai sentiasa. Tak kira di luar atau dalam rumah? Ha, mana yang tak tahu tu, kena tahu lah yang kulit kita ni dalam rumah pun kena pakai sunsceen, cahaya lampu mentol tu pun tak baik untuk kulit kita tau, apatah lagi la sinaran UV, lagi tak bagus untuk kulit. Kalau kita tak jaga, nanti kulit akan cepat kering, tidak lembap, tekstur dalam kulit pun akan rosak dek sinaran UV.. dan akhirnya.. bila kulit tak elok, muka akan cepat berkedut. Nanti anda akan nampak lebih tua dari usia. Bukan itu je, jeragat pun akan muncul jika telalu lama terdedah pada sinaran UV. Ha… lagi satu yang korang kena tahu, sunscreen ni kena reapply selang beberapa jam. Bukan sekali pakai pagi.. pastu dia ada je sampai malam. Tidak ya, rasa-rasa dah lama tu, pakai semula sunscreen ni. supaya kulit kita sentiasa dilindungi dari cahaya matahari. Ingat tu, sunscreen ni kira macam best friend kita, kena bawa sentiasa di mana sahaja. Ok.
Ni nak bagitahu, Nova sekarang ni sejak berusia nak cecah 40 ni kan, dah kurang rajin sikit pakai makeup, lebihkan kepada penjagaan kulit muka. Macam sunscreen Aloe Vera ni kan, Nova memang WAJIB bawa ke mana sahaja. Memang ada je dalam handbag, bila muka macam peluh-peluh dah berkicap kat panas, Nova akan re-apply semula sunscreen ni. Serious tau, Sunscreen Hansaegee Nature ni memang Mesra Wuduk Senang Cuci. Nak ambil wuduk pun senang tu paling penting sekali. Nova memang suggest sunscreen aloe vera ni sebab dia bukan sahaja nak lindungi kulit tapi…
3 Kebaikan Utama Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
✅ Sun Protection ✅ Moisture Skin ✅ Calming Skin
Setiap hari rutin sebelum ke tempat kerja adalah cuci muka, toner, serum, moisturiser dan Sunscreen Hansaegee Nature. Kemudian, baru Nova pakai foundation, bedak makeup semua. Point dia, sebelum makeup kena pakai sunscreen ya. Yang bagusnya sunscreen ni hidrate kulit juga, jadi bila apply foundation, kulit tak jadi kering, foundation pun tak merekah. Cantik terletak je kat kulit muka. Makeup yang dipakai pun nampak berseri-seri dan lasting lama. Itula rahsianya kalau orang tanya, camana nak bagi makeup cantik dan tahan lama? Kena pastikan kulit muka korang kena betul-betul prep! Hidrate dan pakai produk yang sesuai. Ok!
Disamping ia memberikan kelembapan pada kulit, bahannya juga tidak akan memberikan kesan iritasi, tiada bahan yang memudaratkan serta sesuai untuk kulit sensitif juga. Kalau korang pakai, korang akan rasa Sunsreen Hansaegee Nature ni tak melekit, tekstur ringan, takda kesan tompok putih, dan pakai makeup pun, muka tak kelabu ok! Yang penting apa-apapun korang kena pakai Sunscreen sebelum pakai foundation atau concealer ya. Ini krim siang terbaik Nova pakai. Kalau nak details kandungan sunscreen ni adalah seperti di nyatan di bawah ni.
Kandungan Utama
Glycerin, Sodium Hyaluronic, & Allantoin
Content Natural Plant Extract :
Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchid Extract.
Yang terbaru, Nova join The Amazing Race anjuran pejabat Nova, memang Nova siap2 apply Sunscreen Hansaegee Nature ni sebelum bergerak. Then reapply setiap 2 jam supaya kulit maintain hidrate, tak berminyak dan paling penting terlindung dari sinaran UV. Ini kira paling gigih la Nova buat. Tak kira apapun yang penting, kulit muka sis maintain muda fehlohles gittew.. hahahaha 😋 Jadi korang apa tunggu lagi, jom cecantik berjemaah. Solat jangan tinggal, kulit kena jaga, fikiran kena positif dan minda kena sihat! ok!
Cecepatla dapatkan Sunscreen terbaik Aloe Vera dari Hansaegee Nature ni ok! 70ml guys, pakai sikit je sebab dia pekat. Untung banyak beli ni, tahan lebih lama.