(By Eintan Nurfuzie on 10th June 2022)
Penggunaan sunblock dan sunscreen dah termasuk antara skincare paling penting sekarang. Dengan keadaan cuaca dan penggunaan bahan yang boleh menghasilkan UV seperti lampu menjadikan skincare ini wajib dipakai setiap hari. Cik en sentiasa menjaga kesihatan kulit berbanding solekan memandangkan cik en kurang gemar bersolek. Jika dulu cik en wajib gunakan 3 benda asas penjagaan muka iaitu pencuci, penyegar dan pelembab tapi sekarang sunscreen telah termasuk dalam rutin penjagaan harian. Pilihan cik en untuk sunscreen adalah Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature.
Sunscreen Terbaik Semestinya Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature
Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature adalah sunscreen yang baru cik en cuba dan terus jatuh hati dengan kesannya. Sangat berbeza dengan produk sunscreen yang lain dan semestinya sebagai peminnat Hansaegee Nature, cik en akan mencuba sunscreen yang dikeluarkan oleh mereka. Sebab cik en tahu, produk mereka semuanya berkualiti setakat ini.
Keistimewaan Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature Dengan Sunscreen Lain
Alo Vera Extract + SPF50 PA+++ |
Cik en memilih Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature kerana gabungan Aloe Vera dengan sunscreen. Aloe Vera dapat menyejukkan muka jika kita apply terus ke atas kulit. Dengan gabungan SPF50+ yang boleh menjadikan kulit sedikit kering dan Aloe Vera yang mampu memngurangkan masalah kulit dan iritasi ianya juga boleh memberi kulit jadi terhidrat. So taklah kulit terlalu kering dan juga terlalu berminyak
6 Kelebihan Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature
Kelebihan Aloe Vera Sunscreen |
Sebagai skincare yang membantu kulit lebih sihat ada 6 kebaikan Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature iaitu
- Perlindungan Matahari / Sun Protection (UVA & UVB )– Dengan SPF50+ PA +++ membantu melindungi kulit daripada sunburn dan kanser kulit
- Calming Skin– Aloe Vera membantu mengurangkan iritasi pada kulit yang sentitif dan membantu menyihatkan kulit
- Melembabkan Kulit– Adanya Glycerin dan Aloe Vera membantu kulit jadi lebih lembut, tidak kering dan dapat juga mencerahkan kulit
- Bebas Minyak dan Ringan– Tidak melekit, senang blend dengan mengunakan jari sahaja dan memberi kesan muka segar.
- Based Make up– Kalau korang jenis bersolek, korang tak perlu nak beli asing produk lain sebagai based makeup. Hanya dengan Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature sudah cukup
- Tidak Bercapuk– Nampak lebih natural tanpa ada bercapuk capuk seperti sunscreen yang lain. Nampak seperti tak pakai sunscreen je.
Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature Boleh Digunakan SemuaÂ
Selalunya setiap produk akan dilabel untuk kulit jenis jenis yag sesuai dengannya tapi berbeza dengan produk dari Hansaegee Nature ini sebabnya produk keluaran mereka sesuai untuk semua jenis kulit dan begitu juga dengan Aloe Vera Sunscreen ini.
Menggunakan ekstrak tumbuhan seperti Aloe Vera Juice, Esktrak Orkid, Estrak Pegaga dan Esktrak Mulberi
Kandungan Bebas Bahan Bahaya seperti
Bebas daripada bahan bahaya |
Review Daripada Eintan NurfuzieÂ
Cik en nak kongsikan secara ringkas mengenai Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature ini daripada review jujur daripada cik en sendiri.
Rupa dan Saiz
Rupa dan Saiz Aloe Verea Sunscreen
Twist Lock Cover |
Bekas Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature ini berwarna putih dan berisipadu 70ml. Menutupnya jenis Twist Lock Cover buat Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature ini tidak comot dan mudah tumpah.
Kandungan
krim berwarna putih kehijauan
Sunscreen bewarna putih kehijauan sikit. Rupanya seperti krim yang lembut. Memberi kesan ringan dan lembab selepas pakai tapi tidak berminyak. Sunscreen ini lebih moist berbanding yang lain. Jadi, kulit muka akan jadi fresh sebab moisturizing tersebut. Sangat senang nak blend dengan hanya gunakan jari sahaja dan yang penting tak nampak bercapuk sana sini lagi lagi kalau berpeluh. Nampak tidak bewarna atau natural kulit asal kita.
Kulit cik en pun tak rasa gatal selepas pakai sunscreen ini. Sebab sebelum ini pernah cuba sunscreen lain sampai waktu berpeluh mesti gatal gatal dan merah merah. Last last cuci. Mungkin kerana kesannya melekit. Tapi Sunscreen ini tidak melekit langsung. Rasa macam krim biasa tapi ada kesan sunscreen yang baik untuk kulit.
Tekstur
Mesti ramai nak tahu tekstur sunscreen ini. Sunscreen ini ringan macam tak pakai sunscreen je, tidak juga berminyak atau melekit..
Cara Penggunaan
Tidak bercapuk dan nampak natural |
Dipakai yang terakhir dalam rutin skincare dan juga permulaan (makeup base) untuk bersolek. Warnanya tidak bercapuk, dapat naikkan sedikit tone warna tapi nampak sangat natural.