Lepak Tepi Pantai Hari Hujung Minggu | Hai korang! Lama betul aku tak story dekat blog kan? Kadang tu nak story kat blog tapi malas betul nak menaipnya. Kadang sampaikan berpuluh draft pi sana sini tapi tak publish. Hahaha~ Actually, minggu lepas aku lepak tepi pantai dengan laki aku. Bosan weii duduk rumah je. Sekadar ambil angin tepi pantai dengan angin pun jadilah. Dulu susah betul aku nak lepak luar sebab aku tak berapa yakin dengan kulit muka masa tu. Yelah, kalau keluar mesti kulit berminyak pulak tu bila berjemur mesti kulit mudah berbelang (sunburn).
Kalau korang yang dah follow aku dari dulu, mesti tahu jenis kulit muka aku macam mana. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak, sejenis kulit kombinasi. Sebab tu kadang bila berpeluh, berminyak sangat kulit muka ni. Ramai yang suggest kat aku kalau nak kulit yang sihat dan cantik, gunalah sunscreen yang bagus sebab ia sangat penting dalam pemakaian skincare harian. Masalahnya aku susah nak jumpa sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit muka aku. Kalau pakai pun kesudahannya kulit mula berminyak, pori-pori tersumbat dan mudah naik jerawat. Kadang tu, rasa melekit muka dan gatal-gatal bila pakai lagi-lagi bila waktu panas. Tu yang jadi tak selesa nak guna sunscreen. Akhirnya aku skip-skip pakai sunscreen. Mesti ada di antara korang sama perangai macam aku kan? Hihii~
Back to story, minggu lepas kitaorang lepak tepi Pantai Minyak Beku di Batu Pahat Johor. Macam biasalah port yang sama sebab cari yang berdekatan dengan rumah. Tapi waktu pergi ni aku tak snap pemandangan air pantai sangat sebab panas uii. Aku nak pergi sini pun sebab sini ramai orang dan ramai penjual menjual makanan. So lapar-lapar bolehlah makan. Ehhh, makan pula difikirnya. Hahaha!~
Dah penat berjalan, rehat kejap duduk tepi pantai ambil angin sempoi sambil mengunyah makanan. Itu semestinya kan! Hahaha~ Ramai je yang datang sini sekadar lepak sambil makan. Kat sini makin ramai penjual so pelbagai aneka makanan dan minuman korang boleh beli. Char Kue Tiaw ada jual tapi waktu aku datang ni tak ada pula. Sedap gila weii, puas hati makan sebab padu habis! Orangnya niaga guna truck. Bukan area kedai makan tau. Dan area sini pun ada kemudahan taman permainan kanak-kanak. Jadi yang bawa anak tu bolehlah melayan karenah anak-anak kat taman. Jangan risau sini pun ada kemudahan awam yang lain seperti tandas, surau dan kedai makan.
Waktu ni jam dah hampir pukul 6.30 petang dan masih panas terik. Muka pun dah start berpeluh. Orang lain duduk bawah pokok cari tempat redup, aku duduk betul-betul tepi area batu tu. Kali ini aku yakin gila dengan skin aku tak seperti dahulu. Yelah sejak aku bertukar sunscreen dan jumpa sunscreen terbaik yang serasi dengan jenis kulit aku ni, barulah rasa yakin bila kena cahaya matahari. Padahal aku keluar pakai sunscreen je masa ni wei. Aku dah malas nak bermakeup bila keluar dibawah sinaran matahari ni. Pakai sunscreen ni pun dah selesa sebab kulit still rasa lembap je even kena cahaya matahari.
Inilah sunscreen yang aku pakai setiap hari sama ada dalam atau diluar rumah, Aloe Vera Sunscreen by Hansaegee Nature. Bahan utama yang digunakan dalam sunscreen ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit kerana mengandungi Aloe Vera dan ekstrak tumbuh-tumbuhan bagi menenangkan kulit kita dan rasa lebih selesa ketika menggunakannya.
Aku suka dengan tekstur krim sunscreen ini kerana ianya sangat ringan tak block pores dan senang nak blend rata pada permukaan kulit. Lepas pakai kulit rasa lebih fresh, tidak berminyak dan yang penting rasa selesa je tak melekit pun. Bau haruman krim ni wangi sangat, rasa segar gitu. Walaupun kulit berpeluh selepas buat aktiviti harian dibawah cahaya yang terik, kulit tetap rasa lembap.
Kalau sunscreen sebelumnya, bila aku berpeluh kulit akan nampak bercapuk, berminyak dan kemudian akan membuat kulit kering mengelupas. Tapi bila pakai Aloe Vera Sunscreen ni, kulit lebih glowing, kalau lap muka pun tak ada kesan minyak pun pada kertas minyak muka tu. Yang nampak shining-shining tu sebenarnya adalah kulit yang lembap.
Dah nak magrib so baliklah ke rumah. Apa-apa aku memang akan standby tisu basah untuk lap peluh dan kekotoran jika ada semasa berada diluar tadi. Korang nampak tak after aku lap muka dengan tisu basah, tak ada kesan warna mahupun kotoran pun? Memang best sangat tau sebab just lap dengan tisu basah dan bilas muka dengan air bersih je kulit jadi bersih. Aloe vera sunscreen ni sunscreen yang boleh dibasuh dengan air. Ia sangat memudahkan bagi yang ingin menunaikan solat kerana ianya mesra wudhuk. Kulit bersih, nampak fresh dan lembap sentiasa.
Sekarang aku lebih yakin untuk keluar tanpa perlu bermakeup tebal, tak risau dah kulit sunburn sebab ada Aloe Vera Sunscreen terbaik Hansaegee Nature yang memang serasi dengan jenis kulit muka kombinasi aku ni. Orang lain menahan panas, aku boleh rileks berootd bawah sinaran matahari. Haha~
Highly recommended bagi korang yang mencari sunscreen yang bantu menenangkan kulit. Memang rasa segar tau muka walaupun tengah berpanas terik. Nak re-apply semula pun tak ada masalah sebab memang mudah sangat kerana teksturnya yang ringan dan cepat meresap ke dalam kulit.