(By Marshaliza on 08th Sept 2022)
Assalamualaikum. Dalam penjagaan kulit, sunscreen adalah salah satu produk yang wajib dan paling penting dalam list sekarang ni . Kerana kita bukan sahaja terdedah dengan cahaya matahari diluar (UVA), malah kita juga terdedah dengan sinar UVB yang terhasil dari telefon pintar, televisyen dan juga komputer atau laptop. Jadi even bekerja di dalam pejabat ber ‘aircond’, kulit kita tetap terdedah dengan sinar UV.
Sunscreen SPF50 Terbaik Pilihan Marsha : Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature
Nampaknya Marsha jatuh cinta lagi dengan produk Hansaegee Nature. Jika sebelum ni Marsha adalah pengguna Aqua Whitening Cream, kerana ia sangat serasi dengan kulit Marsha yang agak sensitif. Kali ini Marsha tanpa berfikir panjang terus mencuba Aloe Vera Sunscreen juga dari Hansaegee Nature kerana Marsha tahu produk Hansaegee serasi dengan kulit Marsha. Pemilihan sunscreen juga bukan main pilih je tau sekurangnya kita perlu memilih sunscreen yang mempunyai SPF 50 PA dan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ bermakna ia memang terbaik.
Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature
Mengapa Marsha Memilih Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ dari Hansaegee Nature?
Kelebihan Aloe Vera Sunscreen |
- Perlindungan Matahari (UVA & UVB) – Dengan SPF50+ PA +++ membantu melindungi kulit dari ‘sunburn’ dan punca kepada masalah kulit.
- Melegakan Kulit (Calming Skin) – Aloe Vera membantu mengurangkan keradangan dan iritasi pada kulit yang sentitif dan membantu kulit lebih sihat
- Melembabkan Kulit – Mengandungi Glycerin dan Aloe Vera yang dapat membantu kulit jadi lebih lembut, lembap dan dapat juga mencerahkan kulit
- Bebas Minyak dan Ringan – Tidak melekit, tidak berminyak, mudah menyerap dalam kulit. Mudah diblend dengan mengunakan jari sahaja dan kulit wajah nampak lebih segar.
- Sebagai Based Make up – Unik kan? Dah tak perlu beli produk based make-up dah sebab ia boleh dijadikan sebagai based make up. Terus boleh make-up.
- Tidak Bercapuk – Biasanya kalau pakai sunscreen, kulit akan nampak agak bercapuk tetapi dengan Aloe Vera Sunscreen kulit lebih nampak natural dan tidak bercapuk.
Sunscreen Sesuai untuk Semua Jenis Kulit
Tekstur Ringan
Pakaging Mudah Dibawa Kemana Sahaja
Sebagai seorang individu yang simple, Marsha memang akan mencari skincare yang simple dan paling penting mudah bawa semasa travel. Saiz dan packaging Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature ini nipis dan mudah muat dalam handbag Marsha je. Jadi Marsha boleh bawa travel tanpa risau.
Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature juga datang dengan penutup ‘twist lock’ berfungsi mengelakkan krim tertumpah bila berada dalam beg semasa travel. Jadi tak risau beg kotor dah.
Nampak Semulajadi Selepas Blend di Kulit
Walaupun selepas di lap dengan tisu basah, tiada kesan warna langsung dan tidak kotor.
Review Marsha setelah Sebulan Amalkan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature
6.30 pagi
3.30 petang masih segar kulit wajah dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
Bebas Alkohol,Bebas Paraben,Bebas Silikon,Bebas Sulfat,Bebas Alergen
Korang boleh dapatkan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini secara terus melalui website Hansaegee Nature .