(By Shalimaryusof on 08th April 2022)
Setiap individu mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Korang tahu tak jenis kulit wajah korang? Sha yakin korang sudah mengenal pasti jenis kulit korang sendiri bukan? Pada yang belum dan tak pasti korang boleh sahaja cuba periksa dimana pusat penjagaan kulit atau sertai sahaja pemeriksaan percuma yang kadang-kadang korang boleh temui di pusat beli belah.
Sebelum Sha cerita lebih lanjut tentang penjagaan kulit berminyak, Sha nak kongsi beberapa punca kulit berminyak.
Faktor Kulit Berminyak
Kalau korang yang jenis kulit berminyak pasti korang perasan waktu-waktu yang rasa macam teruk sangat muka korang berminyak. Sha masih ingat waktu paling teruk adalah semasa mengandung, ketika bangun dari tidur. Dengan muka bengkak, berminyak pula tu, buruk sangat!
Berdasarkan pengalaman yang Sha lalui Sha percaya bahawa kulit berminyak ini disebabkan beberapa faktor. Maklumlah setiap hari kulit kita terdedah kepada kotoran dan juga cahaya matahari. Tanpa membuang masa, jom kita tengok apakah faktor yang menyebabkan kulit muka kita mudah berminyak.
- Faktor Genetik
Masalah kulit berminyak cenderung diturunkan dalam keluarga.
- Memiliki Pori-Pori Besar
Orang yang memiliki pori-pori besar biasanya produce sebum berlebihan, minyak lebih banyak berbanding dengan orang pori-pori normal.
- Penggunaan set penjagaan kulit yang tidak sesuai
Salah guna skincare akan menjadikan kulit berminyak berlaku. Pemilihan skincare yang sesuai jenis kulit kita adalah amat penting.
- Tidak membersihkan make-up dengan betul
Pemilihan bahan solekan adalah antara perkara yang penting dalam mengelakkan peningkatan sebum. Anda disarankan untuk menggunakan bahan solekan yang berkualiti tinggi dan bebas minyak atau cari bahan solekan yang mempunyai label “non-comedogenic”. Label non-comedogenic bermaksud bahan solekan tersebut tidak menyebabkan pori tersumbat. Penggunaan bahan solekan yang tidak sesuai boleh merosakkan kulit, menjadikan kulit kering atau lebih berminyak. Mesti pilih pencuci muka yang sesuai dan dapat cuci makeup dengan bersih dan cara yang betul, kalau tidak…kotoran akan menyumbat pori-pori muka dan berlakunya kulit berminyak dan berjerawat.
- Pemakanan
Pemilihan makanan yang tidak sihat juga merupakan punca meningkatnya penghasilan minyak pada kulit. Kurangkan pengambilan adalah gula, karbohidrat, produk tenusu, makanan segera, coklat serta makanan yang berminyak untuk menjaga kesihatan kulit anda.
- Kulit tidak cukup air
Masalah Disebabkan Kulit Muka Berminyak
Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak
Pembersih Muka Yang Tidak Mengeringkan Kulit
Kandungan Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature
Bahan-bahan yang digunakan di dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga adalah bahan yang terbaik untuk kulit iaitu Aloe Vera dan juga daun teh sebagai bahan utama. Seperti mana yang kita tahu, kedua-dua bahan ini mempunyai banyak khasiat dan kebaikan.
Kesan Selepas Penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature
Selepas cuci muka memang rasa wajah bersih sangat. Biasanya lepas cuci muka Sha rasa biasa sahaja dan muka cepat berminyak balik. Tapi dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser kita akan rasa segar, kulit tidak tegang malahan lebih lembut.
Secara keseluruhan Sha memang puas hati, harga pun memang mampu beli. Nak tahu lebih lanjut korang boleh usha link-link kat bawah. Semoga dapat membantu menyelesaikan masalah kulit korang nanti.