(By Dianarashid on 13th October 2022)
Tahun ni saya sudah masuk ke usia 42 tahun. Sejak beberapa tahun ini saya sering memerhatikan proses penuaan kulit saya dan mula mengambil langkah-langkah penjagaan kulit dengan lebih serius. Sejak usia 38 tahun saya perhatikan kulit saya mudah kering, mengelupas ketika mengenakan solekan dan paling serius apabila penggunaan skincare yang salah akan mudah membuat kulit saya lebih kering dan kadangkala terlalu berminyak.
Bolehkah Tidak Memakai Skincare?
Sebelum ini kulit kering saya membuatkan solekan diwajah tak kekal lama dan wajah nampak kusam walaupun mengenakan solekan. Bekas-bekas jerawat juga sukar ditutup menggunakan solekan ,malah mengenakan solekan membuatkan wajah saya lebih jelas nampak kering.
Konsisten dengan produk dan rutin penjagaan
Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature 2 kali sehari
Sebenarnya susah saya nak kekalkan kulit lembab terutamanya bila berada dalam kereta atau bilik yang ada pendingin hawa.
Sunscreen Aloe Vera Dari Hansaegee Nature sebagai Rutin Sebelum Keluar Rumah
Cukup beberapa hari sahaja tanpa sunscreen dah boleh nampak kulit akan berubah disebabkan sel kulit yang sudah rosak. Tambahan pulak diusia saya ni memang kulit sangat sensitif dengan cahaya matahari.
Rutin Penjagaan kulit Wajah Seharian.
Cara saya menggunakan skincare diwaktu pagi – Mula-mula saya cuci muka sehingga bersih. Kemudian saya pakai Aqua Whitening Cream dan kemudian baru pakai  Aloe Vera Sunscreen. kemudian saya boleh pakai solekan seperti biasa.
Untuk penggunaan skincare pada waktu malam – Cuci muka seperti biasa. Kemudian saya pakai Aqua Whitening Cream sahaja. Dah siap!