(by nurzariniismail)
Hampir dua bulan saya diuji dengan masalah kesihatan. Sekarang bila dah makin sihat, baru saya perasan tinggal lagi dua minggu sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadan. Eh, cepatnya masa berlalu!
Bila badan tak sihat, banyak perkara yang saya abaikan sebab tak larat nak buat. Sampaikan perkara asas macam cuci muka pun banyak kali saya tinggalkan. Bila dah makin sihat sikit, saya tengok muka dalam cermin dan baru perasan, banyaknya kedutan muncul di muka, muka pun kusam je! Macammana nak sambut raya nanti. Tak boleh jadi ni..
Muka Bersih Berseri Menjelang Raya
Di hari raya nanti mestilah kita nak nampak cantik kan, barulah semangat nak keluar beraya. Tapi bila tengok muka kusam tak berseri, mood nak beraya pun kelaut. Jadi sebagai persediaan menjelang hari raya nanti, selain kena beli baju raya saya juga kena beli skincare raya. Almaklumlah, muka dah kusam selepas beberapa bulan tak buat rutin jagaan muka, jadi kita kena rajin sikit menyental muka lepas ini.
Saya hanya perlukan empat produk asas sahaja untuk lakukan rutin skincare yang betul. Empat produk asas tersebut adalah cleanser, toner, moisturiser dan sunscreen. Bila dah ada semua ini, in shaa Allah muka akan terjaga elok kalau rajin buat jagaan wajah.
Pilih Moisturizer yang Tepat
Di antara empat produk asas jagaan muka ini, moisturizerlah bagi saya yang paling susah nak pilih. Banyak kriteria yang perlu diambil kira bila buat keputusan untuk memilih moisturizer. Jika tersilap pilih, ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada pada wajah. Saya sendiri telah mengalami kesan yang timbul akibat salah pilih moisturizer sehingga sekarang.
Tujuan pemakaian moisturizer adalah untuk pastikan wajah cukup lembapan kerana fungsi moisturizer itu sendiri adalah untuk kekalkan air dalam kulit wajah supaya sentiasa lembap. Namun berpunca daripada silap memakai moisturizer cream-based pada kulit jenis combination, wajah saya kini dipenuhi dengan bintik kecil di bawah mata yang dikenali sebagai milia seed. Pengalaman ini memberi kesan besar kepada saya dalam membuat pemilihan moisturizer terbaik bagi wajah.
Moisturizer Aqua Whitening Cream Ada Semua Yang Saya Cari
Sebab itulah selama bertahun saya menjadi pengguna setia Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature. Moisturizer ini memiliki kesemua ciri yang saya mahukan ada pada sesuatu moisturizer. Aqua Whitening Cream adalah moisturizer terbaik yang saya pernah pakai dan saya tak rasa ragu-ragu mahu terus gunakan kerana yakin dengan kebaikannya. Tapi apa yang bestnya Aqua Whitening Cream ini?
1. Aqua-based dan lightweight. Saya sebolehnya berusaha memilih moisturizer yang bersifat water-based kerana kulit combination saya amatlah tak sesuai digandingkan dengan moisturizer jenis cream-based. Tambah memburukkan keadaan apabila milea seed dibawah mata saya boleh bertambah sekiranya saya salah memakai moisturizer.
Bintik air terbentuk selepas olesan moisturizer dilakukan
Kelebihan Aqua Whitening Cream adalah ia water-based. Selain itu, ia juga ringan dan tak memberi rasa greasy atau coating pada kulit. Tak terasa seolah memakai moisturizer dan setiap kali sapuan pada wajah, saya akan nampak bintik air terbentuk. Seolah mengoles air pada wajah tapi dalam bentuk gel. Selepas cucian juga, tiada rasa licin pada kulit seolah semua gel diserap masuk ke dalam wajah.
Seharian Beraya Muka Tetap Kelihatan Bersih Berseri
Macammana Aqua Whitening Cream mengurangkan kesan kedutan dan mengembalikan keserian wajah? Sebenarnya, bahan utama yang terkandung dalam Aqua Whitening Cream adalah niacinamide dan minyak biji Camellia Japonica. Niacinamide bertindak melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari manakala minyak biji Camellia Japonica pula merawat kerosakan sel dari dalam wajah.
Apabila muka dilindungi dari dalam dan luar, masalah kulit dapat dikurangkan. Selain itu, paras kandungan asid lemak yang tinggi membantu menyimpan air dalam kulit wajah bagi mengelakkan masalah kehilangan air sekaligus menjadikan muka lebih anjal dan kurang kedutan. Kulit juga tidak akan menghasilkan sebum berlebihan apabila cukup kelembapan. Ini mengelakkan kulit jadi berminyak dan liang pori tersumbat. Bila liang tersumbat, bersedialah dengan kemungkinan wajah akan ditumbuhi jerawat pula.
Beli Secara Online
Tak susah nak dapatkan produk daripada Hansaegee Nature ini. Saya hanya buat belian secara online saja kerana produk buatan Korea ini memang tak dijual di mana-mana kedai fizikal. Jadi jangan risau untuk buat belian secara atas talian. Tambahan pula sekarang tengah ada sale sempena Ramadan, jadi kalau buat belian sekarang, kita boleh grab banyak discount dan free gift.