(By Nurdecamilia)
Walaupun mereka lahir dari rahim yang sama, tapi perjalanan cerita mereka tidak akan sama.
Begitulah yang Nur rasakan, terutamanya selepas melahirkan anak yang ketiga 5 September lalu. Betul-betul lain dari dua orang kakak dia. Padanlah nervous yang Nur rasakan pada saat-saat akhir mengandung tu lain macam.
Kalau ikutkan pattern dua orang kakak dia, dorang lahir seminggu awal dari due date. Sebab tu, family Nur dah bawak anak-anak Nur balik Masai awal-awal sebab kami semua fikir baby ketiga ni pun nak keluar seminggu awal.
Tapi pada tarikh seminggu awal tu (26 Ogos 2022) baby taknak keluar pun. Masih syok duduk dalam rahim ibu so Nur mengharap pula pada tarikh 31 Ogos. Untung keluar tarikh tu, dapat laa baby merdeka tapi hari merdeka berlalu begitu saje.
Due date 3 September pun dah dekat. Nervous makin terasa. Tapi baby tetap taknak keluar. Lahhhhh. Dah terasa lain betul ni dari kakak-kakak dia. Tanda bersalin pun lain juga. Kakak dia dulu contraction datang dulu baru lendir berdarah. Tapi baby ketiga ni terbalik.
3 September. Baby tak nak keluar lagi. Dia suruh ibu abah honeymoon dulu haha
Tup-tup dia nak keluar sama tarikh lahir dengan abah dia. Malam sebelumnya memang tak dapat tidur sebab contraction makin kerap tapi pattern masih belum cantik so duduk jela rumah dulu layan contraction. Pagi 5 September, dalam 3:00AM macam tu, rasa macam sakit sangat dah.
Kejutkan suami lepastu pergi mandi kejap bagi segarkan badan. Dalam sakit-sakit tu sempatlah tangan ni capai Pencuci Muka Aloe AC Bubble Cleanser untuk bersihkan muka dan minyak dekat muka ni. Set pencuci muka dan moisturizer terbaik Hansaegee Nature ni pun Nur ada letak juga dalam beg untuk dibawa ke hospital nanti dengan harapan walaupun dah penat melahirkan baby, step penjagaan kulit muka tidak dilupakan. Sebab bagi Nur, kedua-dua pencuci muka dan pelembap muka ni adalah skincare terbaik untuk kulit berminyak, Nur mesti pakai setiap hari,sebab kedua-dua ni jenis skincare water based, sangat sesuai dengan Nur.
Iyolah kulit muka dah berminyak penat melahirkan anak, mesti mintak dicuci dengan bersih kan? Krim moisturizer water based tu pulak Nur prepare siap-siap sebab Nur tahu kat hospital nanti mesti Nur kurang minum air sebab malas nak ke toilet dekat hospital. Maklumlah dah berjahit dekat bawah tu, tempat yang paling selesa adalah dirumah sendiri. So untuk mengelakkan kulit muka kurang air dek kurang minum air, eloklah Nur pakai krim malam terbaik dari Hansaegee Nature ni, moisturizer untuk kulit berminyak – Aqua Whitening Cream.
Malam sebelum bersalin, makan dekat Kluang Mall dengan adik-adik ipar celebrate birthday suami sambal layan contraction |
Siap semua, kami laki bini pun bergegas ke hospital. Bukaan servik pun dah 6cm. Kusss semangat. Ni kalau datang lambat lagi mahu terberanak dekat rumah. Dah la masa nurse tengah pasangkan branula tiba-tiba rasa nak terberanak tu datang. Cepat-cepat nurse tu siapkan kerja dia dan terus tolak Nur masuk dewan bersalin. Kelam kabut semua orang.
Bila dah ready semuanya, sesi teran meneran pun bermula. Tapi tula, macam yang Nur cakap awal-awal tadi, pengalaman anak ketiga ni memang lain betul. Push punya push baby susah betul nak keluar. Pelik betul. Kakak-kakak dia dulu, teran sekali dua je dah keluar babynya.
Tapi kalini betul-betul kena kerah tenaga Nur sampaikan tak larat betul nak teran. Syukurlah last sekali tu dapat juga keluarkan seketul Nurain Sofea ni. Itupun kena gunting tau. Tak masal beranak anak ketiga kena gunting. Ingatkan beranak anak sulung je kena gunting.
Then lepas selesai semuanya, bidan yang assist Nur masa beranak tu datang. Dia cakap dengan Nur, “awak tahu tak kenapa tadi susah sangat awak nak beranak? Baby awak berat dia 3.89kg”. Tudiaaaaa. Dengan keadaan yang lemah tu Nur mampu senyum je. Tak sangka betul bayi yang Nur kandungkan selama 9 bulan ni besar. Nur takde GDM, semua normal. Tu yang tak sangka tu.
Last buat ultrasound pun berat baby 3.4 kg. Doktor cakap paling berat baby boleh pergi pun 3.7kg tapi Nur tak expect langsung baby Nur akan berat sangat sebab kakak dia dulu 2.8kg dan 3.1kg je. Betul-betul lain anak ketiga Nur ni. Kussss semangat! Tali pusat dia pun lebar tau. Dia serap betul apa yang ibu dia makan. Itu pasal berat baby Sofea ni almost 4kg.
Nak jaga baby Sofea ni pun macam nak jaga anak pertama gaya dia. Sungguh lain peel dia. Baby Sofea ni baby high need rupanya. Memang bikin ibu dia berpeluh nak jaga dia lagi-lagi nak tidurkan dia. Ehhh bukan takat berpeluh, menangis sekali tau. Sebab tak tahu nak gayakan dia macam mana.
Tapi apa-apa pun Nur bersyukur sangat Nur telah selamat melahirkan dan anak Nur pun telah selamat dilahirkan. High need ataupun easy going baby, tu semua rezeki yang Allah dah tetapkan untuk para ibu. So terimalah dengan hati terbuka walaupun banyak dah menitiskan air mata selama 3 bulan membesarkan Nurain Sofea ni.
Semoga anak-anak ibu membesar dengan baik, sihat dan ceria <3