Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser :
Pencuci muka ini mengandungi tea tree oil yang dapat membantu masalah kulit berjerawat. Selain tu jugak, pencuci muka ni ada mengandungi bahan-bahan lain seperti aloe vera dan lain-lain yang dapat membantu mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembap, melegakan kulit yang sensitif dan melembutkan wajah.
Untuk pengetahuan anda semua, Nisa mempunyai condition kulit wajah yang kering, agak sensitif kerana mudah dinaiki jerawat dan sedikit oily di bahagian T-zone. Jadi Nisa tertarik dengan bahan-bahan yang dinyatakan menerusi laman web Hansaegee Nature kerana fungsi pencuci muka aloe vera ini banyak seperti yang Nisa memang perlukan selama ini.
Sesuai untuk :
- Kulit kering (pencuci ini membantu melembapkan kulit)
- Kulit berminyak (berfungsi mengawal minyak)
- Kulit sensitif / berjerawat (membantu masalah jerawat)
- Membuang sel kulit mati / blackhead whitehead (membersih kulit dan pori)
REVIEW NISA ā ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
Tekstur :
I love it !!! Pencuci muka terbaik ini datang dalam botol dengan muncung yang terus mengeluarkan buih apabila ditekan. Pastikan muka dan tangan sudahpun dibasahkan apabila nak guna pencuci muka ni okay!
Pengalaman semasa menggunakan :
Buih-buih yang halus membantu membersih kulit dan pori-pori jauh ke dalam. Lagi diurut muka, lagi berbuih. Dan buihnya sangat sangat ringan, rasa seronok je nak urut satu muka. Kulit Nisa yang sedang berjerawat semasa mula-mula menggunakan pencuci muka untuk kulit kering dan sensitif ni pun tak rasa sebarang kesan pedih atau kering. Pendek kata, teksturnya sangat ringan pada kulit.
Selepas hampir sebulan penggunaan :
Jujurnya Nisa sangat suka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni! Teksturnya yang ringan dan buih-buih halusnya betul-betul buat Nisa rasa tertarik nak terus menggunakaan. Masa mula-mula guna pencuci muka terbaikĀ ni dulu, Nisa takde rasa kulit kering ke, tegang lepas cuci ke.. memang takde. So memang betul pencuci muka ni tidak mengeringkan kulit.
Mula-mula risau juga nak bertukar pencuci muka tapi from day one it has been really amazing! Memandangkan kerja Nisa sering kena pakai mekap, jadi after remove makeup, pencuci muka ni helps me a lottt with cleaning my skin deep into the pores sekali! I can really see my pores pun banyak dah improve, even makeup artist pun perasan yang skin Nisa banyak sangat improve. Jerawat pun banyak sangat dah kering dan jarang dah naik yang teruk-teruk, and the scars are fading!
WILL I RECOMMEND THIS ? Yes! Sebab I rasa harganya bersesuaian dengan kualiti dan fungsi produk. Pencuci muka aloe vera boleh pakai untuk jangkamasa yang agak lama and Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni my must-bring! I pergi mana-mana je pun memang takkan tinggal. Kalau kulit rasa tak bersih, cuci muka pakai cleanser terbaik ni, memang segar!
Up to this date, I am still using it. I have been struggling with acnes, scars, dull skin, uneven skin tone, dry and flaky skin.. all at the same time for years now. I am glad that I decided to give these products a shot and it shows so much improvements. I am still looking forward for more improvements, as I just use this for about a month now, but yet a satisfying journey so far.
It is best to use it for optimum result if you guys nak treat kulit bermasalah dan berjerawat macam Nisa. Diingatkan, nak kulit clear memang kena sabar sikit, lagi-lagi kalau kita dah lama hadap masalah kulit ni. Plus, produk dengan bahan-bahan semulajadi memang take time nak tunjuk kesan, depends on your skin too. But I am confident enough to write this lengthy review after I use them myself and happy with the progress.