(By Iena Eliena)
Jika sebelum ini kita hanya mengenal pencuci muka berbentuk cleansing foam, cleansing cream, dan face bar soap untuk membersihkan wajah. Kini pembersih wajah hadir dalam berbagai bentuk. Masing-masing mempunyai fungsi utama yang sama iaitu membersihkan wajah disamping fungsi lain mengikut jenis.
Kini telah hadir satu revolusi pencuci wajah yang baru iaitu Bubble Cleanser . Bubble cleanser merupakakn jenis Cleansing foam tetapi ianya agak sedikit berbeza kerana ianya terus keluar menghasilkan bubble tanpa perlu anda menggosokkannya terlebih dahulu.
Tekstur bubble cleanser ini adalah busa nya lebih halus berbanding pencuci wajah yang lain.
Antara bubble cleanser yang bagus untuk anda cuba adalah Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser . Cik iena sendiri merupakan pengguna bubble cleanser ini dan cik iena sangat sukakan bubble cleanser ini. Berikut Cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini.
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini pencuci muka untuk kulit berminyak sangat efektif untuk menghilangkan kotoran, sel kulit mati, dan juga solekan dari wajah. Aloe AC Bubble ini mampu memberi kelembapan pada wajah dan kulit wajah anda tidak akan berasa kering. Kulit anda akan tetap lembap sepanjang hari selepas proses mencuci. Ini adalah kerana buih yang terdapat dalam Aloe AC Bubble ini kaya dengan kelembapan yang tinggi yang mampu melindungi kulit anda daripada kering.
Pencuci Muka Aloe Vera membersihkan secara mendalam ke liang-liang pori . Selain membersih secara mendalam ianya juga menguatkan liang pori anda serta menyihatkan liang pori anda. Masalah pori-pori terbuka akan dapat diatasi dan kulit anda akan lebih licin berseri.
Kandungan Minyak pokok teh dalam Aloe AC Bubble ini mampu melindungi kulit serta menjadikannya licin dan lembab disamping mengekalkan kesegaran kulit wajah.
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering, kulit berminyak, kulit sensitif atau berjerawat, kulit kusam dan juga anda yang mempunyai masalah blackhead dan whitehead. Pendek kata ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutama buat kulit yang bermasalah. Salah satu cara mencegah jerawat ialah dengan menggunakan pencuci muka terbaik yang sesuai dengan kulit.
Kandungan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Aloe Barbadensis Leaf Extract, Citric Acid, Pentylene glycol, Caprylyl glycol, Sodium Chloride, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Fragrance, Borago Officinalis Extract, Centaurea Cyanus Flower Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower/Leaf Extract, Hyacinthus Orientalis (Hyacinth) Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Extract, Salvia Sclarea (Clary) Extract, 1,2-Hexanediol, Adipic acid, Lonicera Japonica (Honeysuckle) Flower Extract, Prunus Mume Fruit Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract
Cara Penggunaan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser
- Basahkan wajah anda terlebih dahulu
- Picit dalam 2-3 full pump
- Ratakan pada keseluruh wajah dan buat urutan membulat
- Kemudian bilas sehingga bersih
Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Cuci lah muka dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam.
Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser Review
Secara keseluruhannya Cik iena suka akan Aloe AC Bubble ini . Ianya memberi kelembapan pada kulit wajah Cik iena . Masalah utama kulit cik iena adalah kering. Dengan penggunaan Aloe AC Bubble ini ianya mampu memberi kelembapan yang berpanjangan dan memberikan kesan solekan yang cantik.
Seperti yang anda sedia maklum cik iena sememangnya gemar bersolek . Untuk kulit yang kering, solekan akan cepat merekah . Dengan penggunaan Aloe AC Bubble ianya mampu mengekalkan solekan cik iena tanpa rekahan.
Ianya juga membersihkan solekan cik iena dengan sempurna untuk solekan asas. Namun untuk solekan tebal jika cik iena ke event. Cik iena memerlukan dua kali atau lebih cucian. Sekiranya solekan harian. hanya sekali cucian memadai untuk membuang solekan cik iena secara keseluruhan.
Berbeza dengan solekan seperti gambar dibawah atau solekan tebal . Ianya memerlukan lebih dari sekali cucian untuk membersihkan solekan dengan sempurna . Cik iena merupakan seorang yang teliti. Cara penjagaan muka, setelah mencuci muka dengan pencuci muka , semasa pemakaian toner cik iena akan pastikan kulit Cik iena bersih dari sisa solekan. Sekiranya masih ada Cik iena akan cuci sekali lagi atau cik iena akan gunakan make up remover yang tidak memerlukan cik iena mencuci wajah.
Bukan apa, penting tau untuk pastikan kulit kita bersih dari sebarang sisa solekan ketika tidur. Masa ini lah kulit kita perlukan rehat tanpa sebarang solekan yang menghalang kulit untuk bernafas dengan sempurna dan menghalang penyerapan segala krim atau serum yang anda gunakan.
Bagi anda yang tidak gemar bersolek tebal. Hanya satu kali cucian memadai . Review tulus ikhlas dari hati
Harumannya juga sangat menenangkan dan cik iena juga sangat suka akan harumannya. Jepada anda diluar sana yang mempunyai masalah kulit khususnya. Anda boleh cuba pencuci muka terbaik Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini.