(By eznakhalili)
Anda dah jumpa ke pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka yang sensitif dan berminyak?. Memang kena cari yang sesuai dengan kulit wajah kita sebab cuaca kat Malaysia ni panas ya amat. Bila panas, kulit muka kita pun mula la berminyak kan?
Simptom – simptom kulit sensitif :
1) Kemerahan
2) Kulit menggelupas / rasa tegang.
3) Gatal.
Kulit sensitif merengsa dengan cepat kerana kulit menjadi lebih nipis dan halus dan akan sensitif dengan pancaran matahari. Ini disebabkan oleh penggunaan bahan kimia di dalam produk kosmetik.
Dania pernah sekali masa sekolah menengah, muka jadi merah dan jerawat pun tumbuh dengan banyaknya. Muka pun terlalu berminyak. Bila minyak berlebihan pada kulit wajah menyebabkan pori muka tersumbat…..haaa time ni la jerawat pun datang singgah. Boleh mengakibatkan keyakinan diri tu berkurangan.
Cara- cara penjagaan kulit sensitif :
1) Menggunakan pencuci muka yang betul.
2) Penjagaan muka yang efektif.
3) Menggunakan pencuci muka yang mengandungi Aloe Vera.
Kulit muka sensitif kena jaga betul-betul sebab tak nak ada iritasi pada kulit muka. Iritasi pada kulit muka boleh menyebabkan kemerahan dan kekeringan, kadangkala menyebabkan kegatalan. Mereka yang memiliki kulit wajah sensitif perlu menggunakan pencuci muka yang betul iaitu pencuci muka yang mengandungi bahan asli. Mencuci muka juga perlu sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam. Pencuci muka yang mengandungi bahan Aloe Vera adalah yang terbaik kerana ia akan mengekalkan hidrasi kulit.
Sekarang ni semuanya di hujung jari kalau nak cari sesuatu info….suatu hari…..tiba-tiba….macam suspens la pulak…..ternampak pula satu produk ni….Aloe Ac Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegae Nature.
Saya suka pembungkusannya yang berwarna putih bersih. Menampakkan ilusi bersih dan kemas.
Kalau nak tahu tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ia berasaskan air, mempunyai buih yang sangat halus dan lembut pada kulit. Pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif dan bermasalah. Ia juga mengandungi Aloe Vera yang sangat bermanfaat kepada kulit seperti mengekalkan hidrasi kulit dengan menyerap lebihan minyak, antibakteria, anti inflamasi dan menghalang jerawat dari muncul di kulit muka. Penggunaan yang efektif akan membuatkan kulit kita tampak segar dan berseri.
Pencuci muka Aloe Vera
Aloe AC Clean Bubble Cleanser senang sebab didatangkan dengan botol yang kita cuma perlu pam.
6 kebaikan pencuci muka aloe vera terbaik dari Hansaegee Nature :
1) Pencuci muka kulit berminyak.
Sesuai digunakan untuk kulit berminyak kerana ia dapat mengawal minyak di muka. Gunakan pembersih muka yang lembut. Cara merawat kulit yang berminyak ialah kena pastikan di penghujung hari, kulit muka kita bebas dari alat solekan untuk membolehkan kulit muka bernafas.
2) Tidak mengeringkan.
Aloe AC Bubble Cleanser tidak mengeringkan malahan melembabkan kulit muka kerana ia mengandungi Aloe Vera. Aloe Vera mempunyai bahan aktif untuk melembabkan kulit. Pencuci muka aloe vera yang merupakan pencuci muka berasaskan air. Ia adalah pencuci muka untuk semua jenis kulit.
3) Membersihkan liang pori.
Pencuci muka terbaik yang dapat mencuci dengan mendalam. Tidak akan clogged pores. Punca kulit yang berminyak ialah kerana kita tidak membersihkan muka secara berkesan. Membersihkan muka secara berlebihan akan menyebabkan semakin banyak minyak yang dihasilkan untuk mengembalikan keseimbangan kulit muka. Macam saya, akan membersihkan muka sekali di waktu pagi dan sekali di waktu malam sebelum tidur.
6) Harga yang berbaloi.
Dengan 150ml tu cukup berbaloi kerana boleh tahan 3-4 bulan juga. Ia bergantung juga berapa banyak yang kita gunakan. Macam saya dengan size 150ml tu lebih 3-4 bulan juga penggunaan saya. Dah jimat kat situ.
Cara penggunaan :
- Basahkan keseluruhan muka dan tangan anda kemudian pam perlahan Aloe Ac Clean Bubble di tapak tangan. Buih halus akan terhasil.
- Kemudian dengan perlahan kita urut muka kita. Dengan cara ini buih akan terbentuk dengan banyaknya. Jika anda tidak basahkan keseluruhan muka, buih tidak akan terbentuk ya. Adalah mustahak untuk anda mengikut cara penggunaannya untuk kesan yang lebih optimum.
- Keringkan muka dengan cara melekapkan tisu lembut atau tuala ke muka. Jangan lap dengan kasar kerana kawasan muka kena lemah-lembut untuk mengelakkan iritasi pada kulit muka.