(by nasuha-itsmyessay)
Pernah tak korang mengalami masalah kulit kusam, kulit berminyak dan tidak bermaya? Setiap bulan mesti keluar duit beratus ringgit semata-mata untuk membeli produk yang mahal lagi berkualiti. Ramai percaya, lagi mahal produk tu lagi ianya berkesan untuk kita. Salah! Sebagai seorang yang mempunyai masalah kulit yang teruk, Cuya telah pergi merujuk kepada pakar untuk dapatkan nasihat tentang kulit Cuya ni. Kulit muka Cuya sebenarnya sangat sensitive dan adalah kulit kombinasi antara berminyak dan juga kulit kering.
Kalau bahagian kulit yang berminyak adalah di bahagian T zone muka dan yang kering semestinya di kawasan pipi. Kulit muka Cuya juga kadang-kadang mudah naik jerawat dan berparut. Kalau dulu Cuya terpaksa pakai produk dari hospital, sekarang ni doktor menasihati Cuya untuk menggunakan produk yang ‘mild’ atau bersifat lembut terhadap kulit. Puas mencari produk yang sesuai dengan kulit muka Cuya. Akhirnya Cuya sudah jumpa jawapannya!
Masa Cuya tengah research berkenaan produk kulit, Cuya ada jumpa satu produk review daripada salah seorang blogger. Review dia macam menarik pula apabila dibaca. Jadi sudah semestinya Cuya nak cuba.
Pencuci Muka Aloe Vera Hansaegee Nature
 Memperkenalkan produk Hansaegee Nature Aloe Ac Clean Bubble Cleanser, 100% made in Korea dan merupakan pencuci muka water based yang sesuai untuk semua jenis kulit (kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi).
Aloe AC Clean Bubble Cleanser, sejenis cleanser aloe vera dari Hansaegee Nature menggunakan pelbagai jenis ekstrak tumbuhan semula jadi dan pati minyak (essential oil). Dua bahan utamanya pencuci muka aloe vera terbaik ini ialah Aloe Barbadensis Leaf Juice dan Tea Tree Leaf Oil yang sememangnya bagus untuk kulit. Aloe vera ni bagus untuk kulit yang berjerawat macam Cuya ni. Bukan sahaja mampu membersihkan kulit,merawat jerawat, melegakan sunburn, antiradang, melembabkan kulit malah dapat mengurangkan bintik hitam. Tea tree oil juga mampu merawat jerawat di kulit. Selain itu, boleh membersihkan kulit, melembutkan kulit, mengurangkan jangkitan bakteria serta anti fugus. Pencuci muka aloe vera ini juga selamat untuk kulit sebab bebas paraben, sulfate dan alcohol. Maka ia merupakan the best cleanser untuk kulit sensitive dan juga pencuci muka yang bagus untuk semua jenis kulit.
Bila Cuya first merasai sendiri cleanser aloe vera ni, terkejut dengan tekstur dia yang sangat watery soft bubble, smooth dan moisturizing. Kira dia dalam bentuk foam yang lembut sangat. Memang puas kalau guna untuk cuci muka. Lembut sahaja bila pegang dan menyentuh kulit. Dengan tekstur yang watery soft bubble, pencuci muka terbaik ni mampu menanggalkan kekotoran jauh ke dalam pori-pori kulit, memberikan penampilan yang lebih sihat dan serta membuat kulit muka bersih dan moisturizing tanpa rasa tegang dan kering.
Tekstur pencuci muka aloe vera terbaik – watery soft bubble membersihkan hingga ke liang pori
Ada banyak kebaikan bila cuci muka menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Disebabkan Cuya ni adalah seorang yang suka makeup bila berjalan-jalan, pencuci ni bagus sebagai pembersih mekap. Bila cuci, memang ianya akan membersih hingga ke dalam pori-pori. Jadi Cuya pon tidak akan was-was untuk mengambil wuduk setiap kali solat. Pencuci ini juga boleh membuang segala kekotoran yang ada di dalam pori-pori jadi muka akan terasa sangat bersih. Kulit muka Cuya yang berminyak ni pon dah tak terasa berminyak malah menjadi lebih lembab dan lembut apabila disentuh. Kulit memang tak terasa kering! Mengekalkan kulit kita lembap sepanjang hari selepas proses mencuci, kulit tidak kering, buih yang gebu dan lembap menghalang kulit kita daripada mengering. Cleanser terbaik ini juga mampu menanggalkan kotoran, sel kulit mati dan menjadikan kulit kelihatan bersih dan cerah.
Mari Cuya tunjuk step cuci muka yang betul dengan cleanser terbaik ni.
Cara Guna Pencuci Muka Aloe Vera / Cara Cuci Muka yang Betul
1) Basahkan muka dan tangan dengan air. Pamkan sedikit Aloe AC Clean Bubble Cleanser ke telapak tangan
2) Sapukan rata buih pencuci ke muka dan gosok secara membulat
3) Basuh muka dengan air.
Lepas kali pertama membasuh muka dengan pencuci muka terbaik ni, muka akan rasa segar dan bersih. Kulitmuka pon terasa moisturizing, memang best. Kulit Cuya yang pada asalnya berminyak di bahagian T zone dah tak berminyak dah. Muka rasa lembut sangat bila disentuh. Tak kering langsung. Memang best sangat!
Selain mencuci muka, cleanser aloe vera terbaik ini juga boleh membersihkan mekap di muka. Gambar di bawah menunjuk cara Cuya bersihkan mekap.
Cleanser aloe vera – bersihkan kesan makeup dan kotoran hingga ke liang pori. Pori besar juga boleh menjadi kecil
Sebelum Cuya cuba untuk buang mekap, Cuya oleskan maskara, pemerah pipi dan juga lipstik di tangan Cuya. Cuya cuma pamkan sedikit Aloe AC Clean Bubble Cleanser pada tangan Cuya yang mempunyai kesan mekap, kemudian gosok dan bersihkan dengan air atau tisu basah. Bersih betul!
Jenis : Pencuci Muka Water Based
Kegunaan : Muka
Tekstur : Watery Soft Bubble
Isi Padu :Â 150ml, Size 5.29 fl.
Pencuci Muka Aloe Vera Untuk Kulit Berminyak – Review by Cuya
Selepas menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Cuya rasa kulit Cuya lebih bersih, segar dan penuh dengan kelembapan. Kulit muka Cuya dah tak berminyak macam dulu lagi dan tidak kering. Memang best pencuci aloe vera ni. Jerawat pon dah susah nak tumbuh dan cepat kecut. Sekali pakai terus in love!