(By iamfuzy)
Hi pembaca setia ! Masih ada lagi tak antara kita yang tidak berapa ambil kisah atau sekadar ambil ringan akan pentingnya penggunaan krim wajah bagi melindungi kulit dari sinaran matahari. Masih ada lagi yang beranggapan penggunaan sunscreen ini tidak penting serta melecehkan. Ada juga yang menggunakan sunscreen sekadar apa yang ada hingga memilih sunscreen yang tidak sesuai dan nampak wajah lebih pelik.
Umi nak kongsi kepada pembaca semua akan pentingnya pemakaian sunscreen untuk melindungi kulit wajah dari sinar UV yang berbahaya. Penggunaan sunscreen ini bukan hanya untuk wanita sahaja tapi kepada kaum lelaki, yang pastinya ingin kulit wajah nampak kekal berseri dan segar walau sudah meningkat usia
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature |
PENTING MEMILIH SUNSCREEN YANG SESUAI
Pastikan anda memilih dan menggunakan sunscreen yang sesuai yang tidak hanya membuat wajah nampak pelik bila sunscreen yang digunakan itu nampak berkecapuk, berminyak dan tidak asli. Malahan, lebih pelik bila berada dibawah sinaran matahari, wajah nampak putih semacam akibat dari white cast yang terkandung dalam sunscreen.
Jangan memilih sunscreen yang jenis ‘water proof’ kononnya supaya makeup tidak mencair tapi penggunaan sunscreen sebegini akan menyebabkan terdapat sisa yang akan tertinggal dan tersumbat di dalam liang-liang pori walaupun setelah dicuci.
Adalah amat umi syorkan bagi pengguna beragama Islam, memiih sunscreen yang boleh basuh dan mudah dicuci dengan air bagi menyenangkan anda mengambil wuduk kelak. Ini jenis sunscreen tidak kalis air.
KENAPA HANSAEGEE NATURE ALOE VERA SUNSCREEN JADI PILIHAN
Antara kandungan Hansaegee Nature Sunscreen ini ialah, ia mengandungi Aloe Vera dan ekstrak tumbahan seperti Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Morus Alba Bark dan Ekstrak Orkid. Kandungan lain adalah Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin.
Umi suka pada tekstur Aloe Vera Sunscreen ini sebab ianya ringan pada wajah, tak berminyak mahupun melekit. Selain mudah digunakan dengan hanya picit dan sapu pada wajah, ianya melembapkan kulit wajah dan tiada white cast. Paling penting kulit wajah akan kian mencerah secara semulajadi.
Kandungan SPF50+ PA+++- bertindak sebagai pelindung terbaik dari sinar matahari dan sinaran UV
Ianya melembapkan dan melembutkan kulit muka, tidak berminyak dan tidak langsung melekit serta muda meresap kedalam kulit wajah.
Dalam melembapkan kulit, penggunaan sunscreen ini membuat kulit wajah nampak asli dan tidak kelihatan pucat, tidak seperti sesetengah produk yang membuat muka kita nampak putih pelik. Aloe Vera Sunscreen ini tiada warna dan semestinya tidak meninggalkan kesan white cast pada kulit wajah kerana ia meresap sebati sepenuhnya pada kulit.
Hansaegee Suncreen ini bertindak sebagai pelindung matahari yang ringan dengan SPF50+ PA++ yang melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya dan juga mengekalkan kelembapan kulit. mengandungi Ekstrak Aloe Vera yang melegakan kerengsaan kulit dan masalah agar kulit kekal terhidrat dan sihat.
Ianya juga adalah sunscreen tidak berminyak dan mengandungi SPF yang bagus untuk wajah bagi melindungikulit daripada sinaran UV
Apa pun perlu diingatkan, tidak menggunakannya sekiranya ada luka dan kulit yang merengsa dengan ekzema atau jangkitan. Hentikan penggunaan produk jika ada tanda-tanda kerengsaan dan/atau ruam berlaku dan dapatkan bantuan perubatan profesional
BUKTI HANSAEGEE SUNSCREEN TIDAK BERMINYAK TANPA WHITE CAST
Harganya juga menjadi sebab kenapa umi pilih Aloe Vera Sunscreen ini dan value for money! Memang cukup berbaloi harganya dengan kesannya pada kulit wajah.
Kat sini umi kongsikan bukti yang Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni sunscreen tidak berminyak apalagi melekit. Jadi tak perlu risau sebab Aloe Vera Sunscreen ini, sunscreen yang tidak menyumbat pori.
CARA MEMAKAI ALOE VERA SUNSCREEN DENGAN BETUL :
1. Cuci muka seperti kelaziman setiap hari, dan pastikan kulit wajah benar-benar bersih dan kering dari air. Biarkan seketika.
2. Bila dah kering, oleskan dengan Aqua Whitening Cream supaya kekal lembap dan mencerahkan kulit. Biarkan seketika sebelum di oles dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature. Ada yang bertanya, pakai sunscreen dulu atau day cream? Dan sunscreen pakai waktu bila? semestinya pakai day cream terlebih dahulu dan akhir sekali sunscreen. Sunscreen dipakai waktu siang hari untuk mengelakkan sinaran UV ke kulit muka walau hanya berada dipersekitaran rumah.
3. Ambil tube Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature, picit perlahan, letak di hujung jari (tube ni cukup lembut jadi tak perlu nak picit kuat) dan sapukan krim pada wajah. Oleskan secara rata ke seluruh kulit wajah. Tak perlu tonyoh sebab sapuan lembut pun sudah memadai untuk krim meresap ke kulit wajah.
Pemakaian Aqua Whitening Cream akan melembapkan muka dan apabila disapu ke kulit, akan terjadi titisan air di kulit. Bila disapukan ke wajah, terasa sejuk dan lembap dan pemakaian Aqua Whitening Cream memberikan kelembutan dan mencerahkan kulit.
Hasilnya, seperti umi yang puashati, sebab langsung tiada kesan capuk, tidak berminyak, tiada white cast dan wajah nampak neutral. Jadinya memang tak risau lah untuk keluar beriadah atau keluar ke pasar sebab umi yakin yang kulit umi dilindungi dan tidak terdedah secara langsung kepada sinaran UV. Sememangnya ia adalah krim siang terbaik dan sunscreen yang bagus untuk anda juga
Secara otomatik, diri pun terasa penuh keyakinan untuk berlibur atau berjumpa orang luar. Selain melembapkan, ianya melembutkan kulit dan memberi kesegaran selain bau krim yang cukup menenangkan.
SUNSCREEN YANG TIDAK MENINGGALKAN WHITE CAST
Pasti kita semua cukup risau bila menggunakan sunscreen baik didalam rumah apalagi di luar, memang bimbang kalau muka nampak bercapuk disebabkan white cast yang terkandung didalamnya.
Tengoklah dengan penggunaan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni, umi boleh bergambar di luar atau dibawah sinaran matahari tapi masih nampak natural je, NO White Cast tau!
SUNSCREEN YANG BOLEH BASUH DENGAN AIR
Perkara yang paling merisaukan ialah bila nak cuci muka sewaktu nak ambil wuduk, dan kalau tiada pencuci muka lagi rasa tak puashati. Tapi dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni, tak perlu risau sebabnya ianya sunscreen yang boleh dibasuh dengan air tanpa perlu gosok dengan teruk.
Lihat pada cream yang disapu pada tangan ni, umi basuh dengan air dan bila dibasuh dengan air, air dah bertukar seakan warna susu. Itu tandanya sunscreen mudah sebati dengan air dan mudah sangat untuk dicuci.
MUDAH DIBAWA, SENANG DIGUNA DAN TAHAN LAMA
Selalunya orang tak suka nak bawa produk atau sunscreen ni selain bersaiz besar hingga tak muat dalam bag tangan, ramai yang risau bila penutup sunscreen akan mudah terbuka, cairan tumpah keluar.
Jangan risau sebab Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni selain mudah digunakan, harganya memang mampu milik. Krim dalam tube 70ml ini, ianya boleh tahan sekurang-kurangnya 3 bulan atau lebih. Oles sedikit pun dah sudah melindungi kulit wajah sepenuhnya.
Krim dalam bekas tube yang dengan penutup yang ketat ni cukup selamat dan krim tidak akan meleleh keluar, bersih dan terjamin kualitinya. Grip ‘twist-lock’ pada kepala tube tu memang diperbuat untuk memastikan ianya tidak mudah terbuka ketika di dalam beg atau longgar.
Kalau masukkan kedalam beg tangan, saiznya cukup praktikal dan memang tidak akan berlaku kebocoran krim di dalam beg tangan.