Assalamualaikum. Bagi pembaca yang pernah mengikuti review Fiza mengenai produk kecantikan dari Hansaegee Nature, untuk kali ini Fiza akan kongsikan lagi satu produk yang Fiza teringin sangat hendak gunakan iaitu Aqua Whitening Cream.
Pelembap Aqua Whitening Cream dengan water based membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah dan lebih anjal | Betapa bestnya bila dapat menggunakan Aqua Whitening Cream nie. Krim dengan pelembap water based yang sangat bagus untuk kulit terutamanya kulit kering macam Fiza. Setakat ini Fiza tidak jumpa lagi pelembab berasaskan air sehinggalah Fiza diperkenalkan dengan Aqua Whitening Cream.
Aqua Whitening Cream adalah pelembap dengan fungsi mencerah dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat dan lembap. Ia berfungsi bagi membantu memperbaiki kulit rosak dan merawat kemerahan kulit dengan baik. Ia juga Super Deep Moisture Skin dengan Titisan Air (Water Drop). Macam mana dikatakan ia water based dan juga water drop tu. Fiza akan tunjukkan testimoni penggunaan di bawah nanti.
8 Kebaikan Moisturizer Water Based Terbaik – Hansaegee Nature
Selain daripada melembapkan kulit, terdapat pelbagai manfaat dari penggunaan krim ini, antaranya ialah :
- Mengawal kulit berminyak
- Easy to blend dan cepat meresap
- Mengecilkan pori besar
- Membantu mencerahkan tona kulit – kulit tidak kusam
- Tekstur yang ringan
- Non-comedogenic
- Repair sunburn
- No harmful ingredients
Bahan Utama Dalam Moisturizer Terbaik
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream diformulasikan daripada ekstrak herba untuk memberi manfaat yang optimum buat kulit wajah. Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide adalah antara bahan utama yang terkandung dalam Aqua Whitening Cream.
Camellia Japonica Seed Oil dihasilkan daripada dari biji yabu-tsubaki yang menjalani cold-pressed. Ia juga tidak komedogenik, tidak menyekat liang kulit dan tidak akan menimbulkan jerawat. Malah ia membantu membaiki kulit yang kering dan kulit yang rosak.
Kebaikan Camellia Japonica Seed Oil
- Sifat anti-kulat yang menghentikan percambahan mikroba.
- Anti-radang yang mengurangkan keradangan pada kulit.
- Anti-alergi yang boleh membantu dalam membenteras alahan.
- Emolien minyak biji teh adalah pelembap terbaik.
Kebaikan Niacinamide
- Dikenali sebagai vitamin B3, dan memberi manfaat untuk aging skin
- Mengecilkan liang pori dan warna kulit tidak sekata
- Memperbaiki garis halus, kusam, dan permukaan kulit yang lemah.
- Dapat mengawal sebum & minyak berlebihan pada kulit
Aqua Whitening Cream juga terdiri daripada beberapa bahan utama seperti :
- Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil
- urantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil
- Cornus Officinalis Fruit Extract
- Vitis Vinifera Fruit Extract
- Portulaca Oleracea Extract
- Angelia Acutiloba Root Extract
- Diospyros Kaki Leaf Extract and ect.
Pelembap Muka/Moisturizer Jenis Water Based 2024
Titisan air muncul ketika krim diurutkan pada kulit secara lembut
Pastikan wajah telah dibersihkan sepenuhnya. Ambil sedikit Aqua Whitening Cream dan sapukan pada wajah.
Urut perlahan-lahan pada muka dan leher. Titisan akan air muncul ketika kita mengurut pada kulit wajah dengan lembut dalam beberapa saat.
Tepuk pada kulit secara perlahan-lahan sehingga pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Testimoni sebelum dan selepas
Sebelum ini Fiza punya kulit wajah agak kering dan agak gelap. Mana taknya, tengah hari keluar ambil anak sekolah, lepas tu masuk semula pejabat berpenghawa dingin. Memang kesian betul kat muka nie tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab.
Jadinya rutin harian memang dah tidak boleh diubah tapi jalan penyelesaian untuk pastikan kulit wajah kelihatan lembap dan segar adalah dengan menggunakan Pelembap Aqua Whitening Cream.
Sebelum ke pejabat Fiza akan buat sapuan rata ke seluruh wajah sebelum mengenakan solekan. Aqua Whitening Cream Fiza jadikan sebagai base sebelum make-up dan ia memberi kesan yang cantik untuk naikkan kesan make-up. Lepas tu, make-up akan lebih tahan lama dan tidak bercapuk walaupun keluar di tengah panas.
Pagi sebelum masuk pejabat, make-up nampak smooth dan sekata bila jadikan Aqua Whitening Cream sebagai make-up base
Tengah hari selepas ambil anak dari tadika, make-up masih kemas walaupun dalam cuaca panas dan tidak bercapuk
Aqua Whitening Cream juga membantu mengurangkan masalah black head di hidung dan juga mengecilkan liang roma. Jerawat-jerawat kecil atas dahi pun makin kurang lepas pakai krim nie.
Kesan sapuan Aqua Whitening Cream
Kulit wajah akan serius terasa segar tanpa rasa melekit. Lepas tu kulit rasa anjal dan lembut. Tiada sebarang bau dan Fiza sememangnya lebih selesa dengan krim yang bebas bau.
Super water drop base moisturizer akan menjaga kelembapan kulit dan mencerahkan kulit sepanjang hari. Sangat menyegarkan serta sangat sesuai dalam cuaca panas.
Hansaegee Nature 100% Original Made in Korean. Tiada Paraben, Tiada Alkohol, Tiada Sulfat. Ia sesuai untuk kegunaan harian, mudah dan cepat untuk digunakan serta sesuai untuk wanita Malaysia.