(by norminieza)
Cuaca sekarang tidak menentu, kadang-kadang hujan dan adakalanya panas berdeting. Kalau nak keluar rumah pun berkira-kira sebab tak sanggup nak berpanas lama kat luar. Biasa kalau Cik Nor keluar rumah mesti keluar awal pagi dan mesti pulang sebelum matahari tegak di atas kepala.
Masa nak keluar tu dah siap-siap pakai sunscreen atau sunblock supaya kulit sentiasa terpelihara dari terkena sinaran uv. Dalam memilih sunscreen Cik Nor agak cerewet jugalah sebab kulit Cik Nor ni jenis kombinasi. Adakala kulit berminyak dan kadang-kadang kulit jadi kering sangat. Kulit muka pun jadi kusam dan tidak bermaya.
Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PAA+++
Nasib baiklah ada kawan syorkan Aloe Vera Sunscreen SPF 50 dari Hansaegee Nature. Mula-mula kenal produk ni agak ragu-ragu jugak nak guna sebab tak tahu lagi keberkesanannya. Alhamdulillah, bila dah cuba selama seminggu dah hasilnya memang tidak disangka-sangkalah orang kata.
5 Kelebihan Aloe Vera Sunscreen yang bagus untuk wajah :
- Sunscreen SPF 50+ dan PA+++
- Tidak berminyak dan tidak rasa melekit bila sapu di muka
- Mengekalkan kelembapan kulit muka kita
- Membantu meredakan kerengsaan kulit
- Tidak menyumbat pori-porid an sunscreen tiada white cast
Bahan-bahan yang terkandung dalam Aloe Vera Sunscreen ini pun bagus untuk kulit muka kita. Antaranya ialah Aloe Vera, Glycerin, Sodium Hyaluronic, Allantoin dan Kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi
Aloe Vera ini sangat bagus kerana dapat meredakan iritasi di kulit serta dapat melembapkan kulit muka. Kalau jenis kulit kering, kandungan bahans eperti glycerin dan hyaluronic juga dapat memberi kelembapan. Kulit muka akan sentiasa lembap tanpa merengsakan kulit.
Aloe Vera Sunscreen SPF 50 terbaik ini sesuai juga untuk semua jenis kulit kerana ia bebas dari alcohol, paraben dan sulfate.
Sunscreen terbaik boleh melembapkan, tidak menyumbat pori dan tiada white cast
Semasa menggunakan Aloe Vera Sunscreen ni Cik Nor selalu perhatikan teksturnya. Memang kena dengan Cik Noryang sentiasa nak cepat bersiap kalau nak keluar rumah. Teksturnya memang terbaik kerana :
- Ringan
- Sunscreen tidak berminyak dan tidak melekit
- Melembapkan kulit
- Mudah diratakan
- Sunscreen tiada white cast
- Mencerahkan sedikit tona kulit secara semulajadi
Cara pakai sunscreen aloe vera ini pun mudah sahaja. Seperti biasa mesti cuci muka terlebih dahulu dan buat basic skincare routine kulit muka kita. Kemudian sapukan dalam jumlah yang diinginkan. Sapu rata Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ terbaik ini pada keseluruhan muka untuk menutup bahagian yang terdedah kepada sinaran UV.
Sunscreen nak kena pakai waktu bila? Waktu yang sesuai pakai sunscreen/sunblock ini ialah di waktu siang hari terutama sebelum keluar rumah dan ketika berada dibawah terik mentari. Sunscreen aloe vera ini sangat bagus kerana ia merupakan sunscreen yang boleh basuh dengan air tanpa perlu dicuci dengan pencuci muka atau penanggal makeup. Kalau nak berwuduk pun senang, Cuma cuci dengan air dan dah boleh berwuduk. Tak perlu ambil masa yang lama untuk berwuduk bagi mereka yang berkerjaya. Jangan lupa untuk reapply sunscreen setiap masa untuk perlindungan yang maksimum!
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak pun sesuai untuk menggunakan Aloe Vera Suncreen ni kerana tidak menyumbatkan pori-pori dan mudah dibersihkan hanya dengan menggunakan air.
Cik Nor dah cuba dan rasai sendiri perubahan setelah hampir seminggu lebih menggunakan sunscreen atau sunblock ini. Tak perlu yang lain dah sebab Aloe Vera Suncreen SPF 50 yang terbaik ini boleh dibuat basic skincare routine bagi yang ingin cepat keluar rumah seperti Cik Nor. Sekarang kulit muka Cik Nor lebih cerah dan bermaya tidak seperti dahulu lagi.Korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan Aloe Vera Sunscreeen ini dari Hansaegee Nature sekarang