Kembali dengan topik yang sering dibualkan di ruangan media sosial skincare enthusiast, tak lain tak bukan, the one and only sunscreen! Sebagai pengguna media sosial dan kerap bercakap pasal skincare, kita akan sentiasa ada conversation tentang cara pakai sunscreen yang betul ni. Meskipun ianya bukan
satu masalah yang besar tetapi percaya atau tidak, ramai lagi yang tak tahu bagaimana cara menggunakan sunscreen dengan betul.
Ramai yang tahu bila pakai sunscreen ni boleh elakkan kulit dari terkena macam-macam effect buruk dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit dalam jangka masa panjang. Haa bila dah tahu tu, kena lah selalu amalkan on a daily basis. Alright? Pertanyaannya, dah betul ke cara pakai sunscreen yang dibuat selama ni? Jom kita semak sama-sama cara pemakaian sunscreen yang betul kat bawah ni.
Bagaimana cara pakai sunscreen dengan betul?
Sekiranya kita tak pakai sunscreen dengan betul, maka kulit takkan dapat manfaat yang mencukupi in order untuk memberikan hasil yang optimum. Pernah dengar tak orang pakai sunscreen setiap hari tapi still kena sunburn/ suntan jugak? Most probably ia berpunca dari pemakaian sunscreen yang kurang tepat. That is why we are here today untuk berkongsi tips-tips berguna untuk pemakaian sunscreen.
Mari tengok di bawah ni cara memakai sunscreen dengan betul.
1. Pilih sunscreen SPF 30 dan keatas
Lagi tinggi, lagi bagus! In all seriousness, salah satu cara memakai sunscreen dengan betul ialah dengan memilih sunscreen sekurang-kurangnya SPF 30 dan keatas. SPF (sun protection factor) merupakan standard ukuran perlindungan yang ada pada sunscreen untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB.
Remember when I said lagi tinggi SPF, lagi bagus? Apparently, semakin tinggi kandungan SPF dalam sunscreen, semakin tinggilah perlindungannya terhadap sinaran UVA dan UVB.
Selain daripada SPF ni, penting juga untuk you tengok sign broad spectrum dan level nya pada packaging sunscreen. Apa pula broad spectrum ni kan? If you all perasan tanda “+” kat belakang SPF tu, itulah broad spectrum. Semakin banyak tanda “+++” tu, maka semakin baik juga perlindungannya pada sinar UVA dan UVB. Sebaiknya pilih sunscreen SPF 30 keatas dan yang banyak tanda plus tu
okay?
2. Pakai sunscreen yang mencukupi
Dalam tak sedar sebenarnya ramai yang pakai sunscreen terlalu sedikit sebab nak jimat punya pasal. Pakai dalam berapa dot saja dekat kulit muka. Please, you guys kena ubah mindset ni. Sunscreen ni harus dipakai seelok-eloknya sebanyak 2 jari iaitu 1 jari telunjuk and 1 jari tengah setiap hari barulah kulit dapat perlindungan yang mencukupi.
3. Reapply sunscreen beberapa kali sehari
Tahu kah anda, pakai sunscreen berapa kali sehari? Walaupun sunscreen tu ada SPF 50 dan PA+++ sekalipun, teknik untuk reapply sunscreen ni amat digalakkan sebab kadang-kadang sunscreen mudah luntur akibat peluh, minyak dan sebagainya. Sunscreen ni sememangnya diformulasikan untuk di-reapply pada kulit dalam sehari so you will stay protected all the time.
Sekiranya you sentiasa berada diluar and selalu expose pada sinaran UV, you boleh consider untuk reapply selepas 2-3 jam. For those yang bekerja indoor dan tak seberapa expose to direct sunlight, boleh reapply selepas 5 jam or so.
4. Gunakan sunscreen 15-30 minit sebelum keluar
Sunscreen memerlukan sedikit masa untuk ia menyerap ke dalam kulit dan memberikan perlindungan yang maksimum. Maka dengan itu, cara pakai sunscreen yang betul ialah dengan memakainya 30 minit sebelum melakukan aktiviti luar. Apa akan jadi sekiranya kita tak bagi masa untuk sunscreen ni menyerap ke dalam kulit? Kemungkinan kulit tak dapat perlindungan yang cukup sehingga boleh memberi risiko sunburn dan suntan kepada kulit. Sebaiknya tunggu sehingga sunscreen betul-betul menyerap barulah you boleh keluar dengan tenang.
5. Gunakan sunscreen di akhir rutin skincare
Setiap individu mempunyai rutin skincare yang dilakukan setiap hari. Walaupun begitu, masih ramai yang masih tertanya-tanya dan belum memahami soal urutan pemakaian sunscreen ni – kena pakai sunscreen dulu atau day cream? Day cream juga maksudnya day moisturizer yang biasa digunakan dalam skin care rutin waktu pagi.
Sunscreen seharusnya digunakan paling akhir, maknanya kena pakai produk skincare yang lain terlebih dahulu barulah you seal everything dengan sunscreen. Apabila you dah pakai sunscreen, jangan apply apa-apa jenis produk skincare selepasnya seperti toner, serum atau moisturizer. It should look something like this:
*pencuci muka > toner > serum > moisturizer > sunscreen*
Sunscreen harus digunakan paling akhir sekali kerana lapisan terakhir itulah yang sepatutnya memberi perlindungan kepada kulit dari sinaran UV. Setelah pakai sunscreen, barulah you boleh proceed nak pakai makeup kalau nak. Lapisan sunscreen yang ditambah dengan makeup should be no problem sebab sunscreen masih lagi merupakan lapisan terakhir you in terms of skincare.
Perlukah pakai sunscreen sekiranya berada di dalam rumah sahaja?
Ada sesetengah orang yang tanya, Sunscreen pakai waktu bila? Of course lah pakai waktu siang (day time). Mula dari pagi dah kena start pakai, hingga matahari terbenam. Tetapi, selain ini ada lagi satu soalan ini antara persoalan yang sering kita lihat circulating around our social media. Apabila berada dalam rumah sahaja atau ketika cuaca mendung seharian, perlu atau tidak pakai sunscreen?
Jawapannya, yes. You kena pakai sunscreen walaupun duduk dalam rumah atau pejabat sahaja dan ia tidak mengenal cuaca mendung atau hujan. Ini kerana walaupun kita rasa terlindung dari sinaran UV secara langsung, sinaran UV tetap boleh tembus ke setiap ruangan melalui tingkap dan sebagainya. To be safe, jangan pernah anggap kita ni bebas dari sinaran UV walaupun tengah duduk dalam ruangan tertutup bahkan bila cuaca mendung sekalipun.
Jika you hanya akan berada dalam rumah je dan tak mempunyai rancangan untuk keluar, you ada pilihan untuk pakai sunscreen yang tidak terlalu tinggi kandungan SPF nya sebagai contoh SPF 30.
Bagaimana hendak pilih sunscreen yang terbaik?
Katakanlah you dah tahu cara pakai sunscreen yang betul tetapi ada sedikit masalah pula dalam memilih sunscreen yang betul dan sesuai untuk kulit. Kita tahu memang banyak jenis sunscreen yang ada dalam pasaran so sometimes memang akan ada trial and error dalam memilih sunscreen yang betul. Ini antara kriteria yang boleh dirujuk untuk memilih sunscreen yang terbaik:
* Pastikan SPF 30 keatas dan mempunyai broad spectrum yang tinggi
* Pilih sunscreen yang kaya dengan bahan-bahan semulajadi
* Pilih sunscreen yang bebas dari bahan yang memudaratkan seperti alkohol,
sulfate dan allergen
* Tekstur sunscreen yang selesa, cepat meresap dan ringan pada kulit
* Sifat komedogenik bagi sunscreen
Dan antara sunscreen terbaik yang ada dipasaran sekarang ialah sudah semestinya Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature! Ia merupakan sunscreen yang diformulasikan di Korea dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, Centella Asiatica dan ekstrak Morus Alba Bark. Ini krim siang terbaik yang i pernah cuba! So now let me share you some tips and how I use my Aloe Vera Sunscreen
Tips-tips menggunakan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature:
1. Gunakan sunscreen dalam jumlah yang mencukupi Untuk mendapatkan perlindungan yang secukupnya, pakai sunscreen sebanyak dua jari sememangnya berkesan untuk satu muka. Aloe Vera Sunscreen ni ada SPF 50 dan PA+++ so I nak ambil semua manfaat tu dan lindung kulit sepenuhnya
2. Gunakan moisturizer sebelum sunscreen
Moisturizer membantu mengawal penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit sekaligus memberi kelembapan serta menyegarkan kulit. Oleh itu, moisturizer harus digunakan sebelum sunscreen agar kulit dapat kelembapan yang ideal sebelum ia dapat perlindungan dari sinaran UV.
Apa-apa pun, hydration is key. When it comes to hydration, I akan serahkan semua dengan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Ia merupakan moisturizer water based yang bertekstur ringan dan senang untuk meresap ke dalam kulit. Bila sapu je moisturizer ni akan ada ‘water-drop’ yang terhasil yang mana membantu memberikan kelembapan yang mendalam!
_
3. Rajin reapply sunscreen semula
Tolak tepi reason nak jimat sunscreen tu semua. Kalau bab sunscreen, tak boleh nak jimat-jimat. Kalau nak kulit sihat, terlindung dari sinaran UV, nak kekal nampak youthful, jawapan dia satu je: kena rajin reapply sunscreen dalam sehari.
Untuk seseorang yang work from home macam I, tak perlu nak reapply setiap 2-3 jam. Reapply selepas 5 jam pun dah memadai sebab I selalu duduk dalam bilik and bilik tu pulak pakai blackout curtain. Akan tetapi, bagi yang bekerja diluar dan sering terdedah dengan direct sinaran UV, you all kena reapply 2-3 jam so that protection tu kekal tinggi tiap masa. Contoh, kalau dah pakai pagi pukul 9 pagi, by pukul 10-11 pagi dah kena reapply semula.
Tak susah pun nak reapply Aloe Vera Sunscreen ni sebab ia merupakan sunscreen yang non-water resistant iaitu sebati dan senang nak cuci guna air je. Dah lah senang untuk ditanggalkan, senang juga nak reapply semula. Sapu-sapu and tak ada whitecast langsung. Ini lah Sunscreen yang bagus! Krim siang terbaik yang i pernah cuba.
Side note: Aloe Vera Sunscreen ni mengandungi 70ml of product, which normal sunscreen yang banyak dipasaran sekarang rata-rata offer 50ml je. You get more product with Aloe Vera Suncreen yang mana boleh bertahan sehingga 3 bulan!
Kesimpulannya:
Kebaikan sunscreen itu adalah bertujuan untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh memberi risiko penuaan awal malah kanser kulit juga. Dengan itu, pastikan diri sendiri serta orang sekeliling kita tahu cara menggunakan sunscreen yang betul agar semua mendapat manfaat yang optimum. Dapatkan perlindungan yang ideal dengan Aloe Vera Sunscreen!