(By Shazillahsani)
Assallammualaikum
Hello semua, korang sudah pakai sunscreen / sunblock hari ini? haa..pada yang belum pakai sunscreen atau sunblock, cepat-cepat pergi pakai kerana sunscreen merupakan salah satu ruitn penjagaan wajah yang penting. Rugi sahaja kalau korang pakai serum dan krim mahal tetapi tidak memakai sunscreen. Selain untuk melindungi wajah dari sinaran matahari, sunscreen juga berguna untuk mencegah penuan dan risiko pelbagai jenis masaalah kulit.
Bukan mudah yer untuk mencari sunscreen terbaik yang sesuai dengan kulit kita terutama yang mempunyai masaalah kulit sensitif seperti Shailla. Kalau hendak di hitung rasanya pelbagai juga sunscreen atau sunblock yang Shailla cuba. Kebanyakkannya membuat kulit Shailla menjadi breakout. Kalau muka dah breakout memang makan masa untuk pulih. Ada juga sunscreen yang buat muka menjadi bertambah oily, icty dan tumbuh jerawat. Kesan salah pilih krim sunscreen muka ini juga berbeza-beza bergantung pada induvidu. Macam Shailla lebih kepada oily dan jerawat.
Menyedari sunscreen terbaik sangat penting dalam kehidupan harian, jadi Shailla tidak putus asa untuk mencari sunscreen terbaik yang sesuai untuk kulit Shailla. Tambah kulit muka Shailla telah kelihatan tompok-tompok jeragat kecil. Beberapa bulan yang lalu, Shailla akhirnya bertemu dengan sunscreen spf50 terbaik yang sesuai dengan kulit muka Shailla.
3 Kebaikan Krim Muka Siang Aloe Vera Sunscreen Terbaik Hansaegee Nature
Menghalang sinar mataharii (sun protection sunscreen spf50)
Melembapkan kulit (Moisure Skin)
Menenangkan Kulit (Claming Skin)
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah sunscreen mempunyai SPF50 dan PA+++ yang tinggi bagi melindungi kulit dan menghalang sinaran UVA dan UVB. Ingredients terkandung di dalam sunscreen ini dapat merawat kulit kita selama dan setelah terdedah pada sinar matahari. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini selamat digunakan dan ianya bebas dari bahan-bahan yang merbahaya antaranya ialah Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free. Sangat bagus untuk korang yang kulit sensitif dan mudah iritasi terhadap bahan-bahan tersebut.
Bahan-Bahan Utama :
Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin
Kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi :
Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchird Extract.
Bahan utama yang terkandung dalam Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin ini dapat mengurangkan dan mengelakkan keradangan kulit. Ekstrak Aloe Vera yang terkandung dalam sunscreen ini juga dapat menenangkan kulit dari masalah kulit seperti kemerah-merahan dan kegatalan.. Jadi kulit korang akan nampak sihat dan berseri.
Cara memakai Sunscreen dengan betul kalau untuk aktiviti seharian, cukup hanya gunakan sunscreen dengan SPF 30. Apabila korang melakukan aktiviti sepanjang hari ditempat yang terkena sinar matahari secara langsung, gunakan krim siang terbaik sunscreen wajah dengan SPF 50.
My Experience
Ketika menggunakan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, Shailla tertarik dengan teksturnya yang ringan, mudah meresap dan no whitecast. Tona kulit muka Shailla yang berwarna medium, tidak membuat wajah Shailla menjadi bercapuk dan nampak putih pelik. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature untuk kulit berminyak ini hanya terlihat seperti memakai tone-up cream. Ia juga sesuai dijadikan sebagai make up base.
Shailla memiliki pori-pori yang besar, biasanya sunscreen akan masuk ke dalam pori-pori dan membuat pori-pori yang terbuka dan tersumbat. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature terbaik yang tidak berminyak ini, tidak menyumbat pori-pori yang boleh menyebabkan jerawat.
Aloe Vera Sunscreen terbaik Hansaegee Nature terasa sangat nyaman di kulit Shailla yang sensitif dan cenderung mudah berjerawat. Nak tahu sunscreen itu sesuai atau tidak dengan korang, biasanya kulit akan menjadi kemerahan dan ruam-ruam seperti iritasi, kemudian beberapa hari kemudian akan muncul jerawat. Shailla telah menggunakan sunscreen ini selama hampir 3 hingga 4 bulan dan aku tidak melihat adanya tanda-tanda breakout.
Akhirnya bertemu juga krim siang sunscreen muka terbaik yang sesuai dengan kulit sensitif Shailla. Shailla sangat rekomen korang guna Aloe Vera Sunscreen terbaik Hansaegee Nature yang tidak berminyak ini terutama untuk korang yang kulitnya sensitif, wajib cuba!