Memiliki kulit berminyak kadang-kala membuatkan kita segan dan rasa kurang yakin untuk berinteraksi dengan orang ramai. Begitulah Nur suatu ketika dahulu, terutamanya zaman persekolahan.
Rasa macam nak cuci muka selalu je untuk bersihkan kulit berminyak ni. Tapi bila terlalu kerap cuci muka, kulit jadi tegang pula. Kesudahnya, tisu minyak tulah menjadi pilihan terakhir untuk mengelap minyak berlebihan di muka.
Nak pakai pelembap muka pun takut sebab mindset Nur waktu tu bila pakai pelembap muka akan jadi lagi berminyak, berlengas dan rimas. End up tak pakai pun pelembab muka.
Semua orang maklum yang pelembap muka sangat penting dalam rutin harian penjagaan kulit muka agar dapat mengunci kadar air pada kulit muka sehingga dapat mencegah kulit muka dari mengalami dehidrasi.
Tapi waktu tu akses internet tak macam sekarang. Nak dapatkan informasi pun susah. Padehal, kalau kita cukup informasi, boleh je jumpa pelembap muka yang bersesuaian dengan keadaan kulit kita.
Punca masalah kulit muka berminyak
- Hormon: Perubahan hormon biasanya terjadi kepada wanita hamil dan wanita datang bulan. Pada masa ni hormon tidak stabil dan tubuh badan cenderung untuk keluarkan minyak yang berlebihan pada muka.
- Pemakanan : Suka makan makanan yang jenis berlemak, mengandungi gula tinggi, makanan bergoreng, makanan segera dan sewaktu dengannya.
- Faktor genetik: Secara tak lansung mungkin akan cenderung mewarisinya.
- Stress: Kurang rehat, penat bekerja, resah antara punca stress. Dalam keadaan stress boleh menghasilkan hormon kartisol yang menyebabkan minyak muncul pada kulit muka.
- Polar tidur : Kurang tidur dan berjaga malam akak membuatkan badan kita kurang rehat. Perlu dapatkan tidur yang cukup untuk kualiti rehat yang terbaik.
- Cuaca panas : Cuaca panas akan menyebabkan cepat berpeluh. Bila muka berpeluh berkilat akan menyebabkan minyak berlebihan keluar. Kulit muka berminyak tak terkawal
- Salah Pakai Skincare : Pemakaian skincare yang tidak sesuai akan menjadi sebum berlebihan keluar dari kulit. Sebum ni yang menjadi kulit berminyak.
Antara beberapa point penting yang perlu diambil kira semasa pemilihan pelembap muka/moisturizer untuk kulit berminyak adalah seperti berikut:
- Berasaskan Air (Water Based)
Pelembap muka yang water based sangat ringan rasa pada kulit, tekstur yang ringan sudah semestinya mudah menyerap dan tidak melekit. Jadi ia pun tidak menyumbat pori-pori kulit muka kita. Kulit berminyak akan dapat dikurangkan. - Non Comedogenic
- Bebas Minyak (Oil Free)
- Elakkan Bahan seperti Petroleum, Lanolin, Cocoa Butter dan Alkohol
- Mengandungi Hyaluronic Acid, Salicylic Acid dan Niacinamide
Kalau korang perasan, sekarang ni banyak dah produk penjagaan kulit yang mengandungi niacinamide. Tapi apa tu niacinamide?
Apa Itu Niacinamide?
Niacinamide adalah sejenis vitamin B3 yang merupakan nutrien penting untuk badan dan kesihatan kulit. Niacinamide adalah ramuan dalam produk penjagaan kulit yang mempunyai potensi untuk menangani pelbagai masalah kulit muka.
Dengan potensi fungsi ini, tidak dinafikan bahawa niacinamide telah menjadi sangat popular di kalangan pencinta penjagaan kulit.
Apa Itu Niacinamide?
Niacinamide adalah sejenis vitamin B3 yang merupakan nutrien penting untuk badan dan kesihatan kulit. Niacinamide adalah ramuan dalam produk penjagaan kulit yang mempunyai potensi untuk menangani pelbagai masalah kulit muka.
Dengan potensi fungsi ini, tidak dinafikan bahawa niacinamide telah menjadi sangat popular di kalangan pencinta penjagaan kulit.
Secara umumnya, niacinamide memiliki banyak kelebihan termasuklah:
1. Membantu membina keratin, sejenis protein yang memastikan kulit kita pejal dan sihat.
2. Membantu kulit kita menggalakkan penghasilan lapisan ceramide (lipid barrier), yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.
3. Bantu mengurangkan keradangan, meredakan kemerahan akibat kesan alergi, jerawat dan masalah keradangan kulit yang lain.
4. Membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari.
Kebaikan Niacinamide untuk Kulit Berminyak
Secara keseluruhannya, banyak kebaikan niacinamide buat kulit kita terutamanya dalam perihal mengunci kelembapan kulit. Namun, tidak dilupakan niacinamide juga memberi peranan yang sangat besar buat mereka yang memiliki kulit berminyak.
Seperti yang Nur telah sebut di perenggan tiga di atas bahawa kebanyakan kita yang memiliki kulit berminyak takut untuk memakai pelembap muka kerana tidak ingin kulit muka menjadi berminyak teruk. Sedangkan jika kita memilih pelembap muka yang betul, perkara sebegitu tidak akan berlaku.
Tahukah korang, kulit muka yang tidak cukup lembap dan kekurangan air boleh mengakibatkan dehidrasi. Lebih parahnya lagi, kulit yang dehidrasi akan menghasilkan lebih banyak minyak. Itu yang jadi kulit berminyak teruk tu.
Kajian klinikal menunjukkan bahawa kandungan niacinimide yang ada dalam pelembap muka boleh membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan menghalang kelenjar sebum di muka kita daripada menjadi terlalu banyak yang seterusnya boleh menyebabkan terjadinya masalah seperti:
- Bintik hitam
- Jerawat
- Penampakan pori yang besar
- Garis halus
- Keradangan kulit
Pengalaman Bersama Moisturizer Water Based Aqua Whitening CreamÂ
Nur pun dah 2 tahun pakai pelembap muka yang ada niacinamide iaitu Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Nur pernah cerita dengan lebih details tentang Aqua Whitening Cream ni di entry sebelum ni. Ternyata pilihan untuk kekal setia bersama produk Hansaegee Nature ni tidak sia-sia.
Baca juga:Â Fungsi Water Based Moisturizer untuk Kulit Berminyak
Surirumah sepenuh masa macam Nur memang banyak habiskan masa dekat dapur. Paham-paham jela dengan cuaca Malaysia yang panas ni, ditambah pula dengan kepanasan api dekat dapur tu, buatkan kulit muka Nur makin panas, berminyak dan cepat hilang air.
Mujurlah Nur amalkan pemakaian skincare untuk kulit berminyak, Aqua Whitening Cream setiap pagi dan malam sebagai rutin harian penjagaan kulit Nur. Minyak di muka sentiasa terkawal dan terhidrasi sentiasa walau apa jua aktiviti yang Nur lakukan baik di dalam mahupun di luar rumah.
Kalau tak percaya, korang cubalah pakai moisturizer terbaik Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. Rasakan sendiri betapa nikmatnya muka terasa sejuk dan fresh setiap kali selepas memakai pelembap muka dari Korea ni. Walaupun cuaca panas, muka korang maintain cun dan tak berlengas sebab minyak di muka masih terkawal. Memang best!
Gambar dekat bawah ni adalah beberapa gambar Nur ketika melakukan aktiviti luar rumah di bawah terik matahari tanpa berasa risau kulit akan terbakar dan kering. Sebab apa? Sebab Nur dah pakai siap-siap Aqua Whitening Cream sebelum dan selepas melakukan aktiviti luar tersebut. Kesannya kulit muka Nur tak terbakar dan kekal terhidrat.
Akhir kata, faedah mengekalkan kelembapan bukan hanya untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering sahaja malah buat mereka yang memiliki kulit berminyak juga ya.
Nur harap perkongsian Nur tentang pelembap muka yang ada niacinamide terbaik untuk kulit berminyak ni bermanfaat buat mereka yang sedang mencari pelembap muka yang sesuai dan memuaskan.