Moisturizer terbaik Aqua Whitening Cream keluaran Hansaegee Nature yang diperbuat daripada Korea ini untuk membantu kulit agar kelihatan lebih sihat dan bermaya. Rasanya ramai dah tahu, kulit Nona jenis kering, tapi ada masanya T-Zone. Jadi Nona akan fokus untuk mengatasi masalah kulit kering tersebut.
Antara keistimewaan moisturizer water based ini adalah ia mengandungi bahan glycerin dan niacinamide yang boleh membantu melembapkan kulit malah dapat merawat kulit wajah dari sunburn. Kulit kusam atau masalah kulit kering sampai
mengelupas juga dapat diatasi kerana sifat pelembap muka terbaik yang sangat moisturizing.
Tekstur produk ini yang sangat ringan, mampu untuk kekalkan hidrasi kulit kita. Boleh dijadikan moisturizer untuk kulit kering dan selamat untuk dipakai harian ataupun digunakan sebagai asas makeup. Memang berbeza sangat dengan moisturizer/pelembap muka yang selalunya akan sangat melekit dan berminyak.
Selepas menggunakan krim siang dan malam terbaik ni, kulit yang kering terussss glowing dan fresh! Kulit muka kekal lembap dan sihat.