(by sitizurinamatsaman)
Aqua Whitening Cream | Setiap hari menjadi tugasan sis untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Seawal pagi dah keluar hingga ke tengah hari dan menjelang petang berulang alik dari rumah ke sekolah bagi memastikan mereka menunaikan tanggung jawab sebagai seorang pelajar.
Dek kerana kerap keluar kulit wajah akan terdedah secara langsung dengan cahaya matahari yang terik sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah sejauh 5 kilometer setiap hari.
Apatah lagi perlu menunggu dalam kereta dan sudah pasti wajah akan sentiasa terdedah dengan penghawa dingin yang boleh menyebabkan kulit kering, kusam dan tidak bermaya. Ini memang sis perhatikan setiap kali melihat wajah pada cermin. Lama-lama jika tak dijaga dengan baik, boleh buat sis lebih tua dari usia sebenar.
Dah lama sebenarnya sis mencari produk yang sesuai bagi mengekalkan kelembapan kulit setelah seharian terdedah pada cahaya matahari dan penghawa dingin kereta. Jika sebelum ini kebanyakan produk yang dipakai (dek kerana faktor usia), sis lebih senang pilih jenis losyen.
Namun ada kalanya kulit jadi terlebih kering dan alami wajah menggelupas. Situasi ini menyebabkan kulit jadi kusam dan tidak berseri walaupun sudah memakai perlindungan wajah. Rupanya setelah diselidiki, pelembap wajah yang dipakai tidak begitu sesuai dengan kulit wajah.
Dan setelah melakukan sedikit kajian review, ternyata pemilihan produk Hansagee Nature Aqua Whitening Cream sangat sesuai untuk konsisi yang sis alami sebelum ini seperti masalah kulit kering, kusam, jeragat kecil dan juga tidak bermaya.
Aqua Whitening Cream Pelembap Muka Terbaik
Aqua Whitening Cream ini adalah sejenis produk moisturizer terbaik yang mampu membuatkan wajah jadi lebih glowing. Produk keluaran Korea yang sudah bertapak sejak 2011 ini memang sangat popular di sana dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit, kulit kering, kulit kombinasi dan kulit berminyak.
Ia berfungsi sebagai pelembap, menceraahkan kulit wajah dan kaya dengan ekstra herba. Produk ini juga berasaskan dari titisan air atau water drop based cream menjadikannya sebagai antara moisturizer water based paling bagus untuk tips penjagaan muka.
Apa yang penting Aqua Whitening Cream ini juga tidak mengandungi bahan merbahaya, bebas alkohol, bebas sulfat dan paraben. Memang sangat sesuai sebagai basic skincare routine untuk semua jenis kulit sama ada kering, berminyak atau jenis kombinasi.
Aqua Whitening Cream sejenis pelembap muka terbaik yang tesktur ringan, tak melekit dan lembap. Paling best keistimewaan krim ini kerana ia sejenis water based whitening cream yang jika digosok keluarkan titisan air di kulit muka. Ajaib bukan?
Lepas guna beberapa kali barulah terasa kulit wajah makin glowing seperti kebanyakan wanita Korea yang terkenal mempunyai kulit yang cantik. Oleh sebab itu , produk glowing skincare ini juga menjadi antara jualan terlaris di pasaran.
Kelebihan Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream
- Berfungsi beri kesan penghidratan yang sangat baik.
- Titisan air atau water drop based cream di dalamnya akan memberi kelembapan pada kulit wajah dan membuatkan anda tidak rasa melekit.
- Kulit wajah akan jadi lebih sejuk selepas apply kerana ia berubah jadi titisan air pada kulit.
- Mengandungi 8 jenis estrak herba yang mampu memperbaiki kulit jadi kemerahan, masalah jeragat dan juga sunburn.
- Turut berfungsi mencerahkan dan menghidrat kulit wajah. Ini akan memberikan kesegaran pada kulit yang kusam dan lebih berseri-seri.
- Juga kandungan niacinamide berfungsi untuk memutihkan, mengecilkan saiz pori dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.
Basic Skincare Routine / Cara Pakai Moisturizer
- Cuci muka dengan pembersih dan lap bersih wajah.
- Ambil sedikit moisturizer water based Aqua Whitening Cream dan letak pada wajah sekitar dagu, pipi hidung dan leher.
- Sapu dengan cara urutan perlahan-lahan pada bahagian yang diletakkan krim tadi. Biarkan seketika.
- Korang akan lihat titisan air mula muncul lepas beberapa saat diurut pada wajah. Urut perlahan-lahan hingga krim pelembap diserap masuk terus pada wajah.
- Digalakkan pakai krim malam terbaik ini sebelum tidur kerana bagun esok paginya akan terasa kesegarannya. Apply setiap kali lepas cuci wajah 2 kali setiap hari iaitu pagi dan sebelum tidur. Hasilnya wajah akan jadi lebih segar dan berseri-seri dan kekal lembap. Jadikannya sebagai basic skincare routine untuk wajah lebih glowing.
Bahan Utama Pelembap Muka Yang Bagus – Aqua Whitening Cream
Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic di mana ia tak menyekat liang pori kulit dan tidak membawa kepada kehadiran jerawat. Sangat sesuai dipakai untuk mereka yang bekerja di luar. Ia menjadi salah satu krim pelembap paling bagus sehingga jauh tembus ke lapisan kulit paling dalam.
Niacinamide
Juga merupakan Vitamin B3 dan berfungsi untuks anti penuaan. Dapat membantu mengecilkan pori yang besar dan mencerahkan warna kulit yang tidak sekata. Fungsi lain niacinamide menjaga kelembapan kulit, dan mampu memperbaiki kulit yang rosak, kusam dan turut mengawal kulit berminyak.
Maanfaat Dalam 1 Botol
- Melembap dan sangat menghidrat kulit
- Mampu mengawal sebum dan minyak pada kulit
- Boleh merawat masalah sunburn dan kulit kameraman.
- Menjadikan metal tahan lebih lama
- Mampu cerahkan kulit tidak sekata dan merawat masalah pigmentasi.
- Mengandungi vitamin B3 dan mampu memberi kebaikan kulit awet muda kerana memberi perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB terus pada permukaan kulit.
Pengalaman Guna Aqua Whitening Cream
Pertama kali cuba memang sis dah jatuh cinta. Maklumlah sebelum ini kulit jadi kusam, sunburn dan tak berseri gara-gara sering terdedah cahaya matahari.
Jadi sis akan pakai setiap pagi sebelum keluar rumah dan waktu malam ketika nak tidur. Ini adalah rutin harian menggunakan moisturizer water based ini.
Hasilnya, memang akan terserlah seawal seminggu kita menggunakannya. Kulit jadi lebih glowing, masalah sunburn beransur hilang dan paling penting, wajah kekal lembap sepanjang hari.
Kalau pakai krim sebelum tidur juga ia tidak menganggu masa tidur. Kalau dulu tak selesa sebab krim malam seperti melekit, tapi Aqua Whitening Cream ini memang rasa tak melekit dan kekal lembap walau tidur dalam aircond.
Jadi kalau korang berminat untuk cuba dan rasai perbezaan seperti sis, boleh amalkan pengambilan setiap hari. Rasai sendiri keajaiban krim ini dan korang tidak akan menyesal memilikinya sebagai krim pelembap terbaik untuk kulit wajah.
Sis sendiri sudah alami perubahan ketara apabila memakainya secara konsisten. Tiada lagi masalah kulit kering dan kusam dialami sebelum ini kerana wajah kekal lembap walau seharian terdedah dengan aktiviti luar. Inilah sebabnya korang pun mesti pakai Aqua Whitening Cream yang dijamin selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Kata orang alah membeli menang memakai.