(By Coffeebreakwithme)
Bulan lepas aku terserempak dengan geng office yang dah lama tak jumpa. Apa lagi, wajiblah ambik selfie untuk post di group whatsapp.
Terus ada yang komen, ‘Wah, sejak duduk di KL, berseri-seri dah muka sekarang.’ Kembang sekejap hati ni.
My au naturel face sebab aku tak suka pakai makeup waima bedak muka sekalipun! |
Yalah, kalau dulu ambik selfie mesti nampak berkilat je dahi aku.
Ni masalah bila kulit jenis berminyak – dahi berkilat ni boleh pantulkan balik flashlight kamera! |
Kulit aku dari zaman sekolah dulu memang jenis berminyak. Masa baru nak naik remaja, aku selalu diusik kulit muka macam permukaan bulan (sebab masalah jerawat dan pori besar) dan boleh jimat minyak masak sebab boleh goreng telur kat dahi. Syukurlah masalah jerawat tu tak berlarutan sampai ke universiti sebab aku diperkenalkan dengan 3 tips penjagaan kulit muka yang penting – mencuci, menyegar dan melembapkan wajah:
Mencuci (cleanse)
Ini ialah perkara yang paling asas dalam penjagaan kulit wajah. Ini kerana wajah kita terdedah kepada pencemaran setiap hari. Cuci muka dengan menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam untuk memastikan liang pori tidak tersumbat, kulit kusam dan jerawat.
Menyegar (tone)
Langkah seterusnya ialah menyegarkan kulit muka dengan toner. Toner bertindak menghilangkan kesan kotoran dan sel kulit mati yang tersisa dan menjadikan kulit wajah lebih segar.
Melembap (moisturize)
Langkah ini wajib untuk mengekalkan kulit muka yang sihat dan berseri. Bagi mereka yang memiliki jenis kulit kering, kurang kelembapan akan menyebabkan muka menjadi kering, gatal dan kusam. Manakala mereka yang memiliki jenis kulit berminyak, ia akan menyebabkan penghasilan sebum (minyak) yang berlebihan dan mengakibatkan liang pori besar / pori-pori terbuka serta timbul masalah blackhead dan jerawat.
Tapi walaupun aku berjaya mengatasi masalah jerawat, tapi kulit aku tetap berminyak dengan pori-pori terbuka.
Dahi berkilat dan aku berpisah tiada |
Sehinggalah aku diperkenalkan dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, iaitu moisturizer water based pelembap yang terbaik untuk mereka yang mengalami masalah dehidrasi kulit kerana ia meresap dengan lebih cepat dan tidak menyumbat liang pori kulit. Since Aqua tidak menyumbat pori, moisturizer ni jugak sesuai untuk kulit berminyak sebab ianya berfungsi mengawal pengeluaran sebum berlebihan.
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pelembap muka water based memberikan kuasa super moisturizer |
Aqua Whitening Cream ni mempunyai tekstur yang tidak berminyak dan seakan-akan gel jadi ianya tidak melekit dan rasa ringan je bila disapu pada kulit muka. Kesan ‘water drop’ krim ni buat muka aku rasa lembap, jadi ianya moisturizer terbaik untuk mereka yang memiliki kulit kering atau kulit yang terdedah pada suhu kering.
Tekstur yang ringan dan selesa dipakai, dengan kesan ‘water drop’ yang cepat meresap dan tidak menyumbat liang pori |
Moisturizer pakai waktu bila?
Bila perlu pakai moisturizer? Pakai moisturizer berapa kali sehari? Kalau nak kulit cantik, moisturizer perlu dipakai setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Gunakan moisturizer selepas mencuci muka pada waktu pagi dan sebelum menggunakan krim pelindung matahari. Mungkin ada yang nak tahu kenapa kena pakai moisturizer setiap hari? Jawapannya, kenalah pakai setiap hari supaya kulit muka tak hilang kelembapan dan mengelakkan masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan garisan kedut pada wajah. Pendek kata, nak kulit muka yang cantik dan berseri, moisturizer tak boleh tinggal!
Kelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ialah ianya boleh dipakai sebagai krim siang dan malam.
Tips Penjagaan Kulit Muka
Cara pakai moisturizer yang betul ialah dengan mencalit krim ke beberapa titik wajah (pipi, dahi, hidung dan bawah dagu) kemudian urut ke dalam kulit dengan gerakan bulatan ke atas sehingga keluar titisan air. Urut lembut muka sehingga titisan air meresap ke lapisan dalam kulit. Mudah kan? Tak sampai 5 minit dah selesai.
Tips pakai moisturizer sebelum tidur |
Pakai moisturizer dulu atau serum? Kadang-kadang soalan ni timbul bila ada orang keliru cara pakai skincare yang betul, moisturizer atau serum? Kalau serum termasuk dalam rutin skincare, pastikan korang pakai serum dulu baru pakai moisturizer supaya kulit menyerap serum dengan lebih efektif.
Pada sebelah malam, sebelum tidur cuci muka dan pakai moisturizer ni double layers untuk melembapkan kulit semasa tidur terutamanya kalau tidur pakai aircond. Barulah muka nampak segar dan kurang berminyak bila bangun tidur.
Aqua Whitening Cream ni merupakan moisturizer terbaik dan sesuai untuk orang yang memiliki kulit berminyak kerana ia mengandungi Niacinamide atau juga dikenali sebagai vitamin B3 yang berfungsi mengawal pengeluaran minyak. Seterusnya ia boleh mengecilkan pori besar dan memperbaiki tekstur kulit. Tak hairanlah ianya sesuai dijadikan moisturizer untuk kulit berminyak.
Sebenarnya ni dah botol kedua aku pakai. Botol pertama dulu kongsi pakai dengan Khayla dan terbukti kulit nampak lebih berseri dan kurang berminyak selepas penggunaan yang konsisten. Kalau tak, takde la orang komen muka berseri-seri kan? Kesimpulannya, Aqua Whitening Cream ni bukan setakat krim malam terbaik, malah krim siang terbaik yang aku pakai setakat ni.
Psstt… nak kulit glowing dan berseri pada pagi Syawal kelak? Jom aku share tips bulan puasa ni. Amalkan moisturizer Aqua Whitening Cream ni sebagai sebahagian daripada skincare Ramadhan setiap hari 2 kali sehari pagi dan sebelum tidur.