Selain minum air mencukupi untuk memastikan kelembapan kulit, kita kenalah masukkan mosturizer dalam list skin care harian wajib kita. Lebih-lebih lagi kalau lifestyle cenderung untuk mendedahkan kulit kita dengan matahari, habuk dan aircond. Macam masalah aku adalah bila pergi dan balik kerja tu memang terdedah dengan matahari pantai yang sangat terik lebih kurang 40 minit sehari, bila sampai office pula duduk dalam bilik guru dan kelas-kelas yang sentiasa on aircond. Fuh, dasyat kering kulit aku sampai sendiri nak usap pun tak selera, sobs.
Akhirnya aku jumpa penyelesaian terbaik untuk kulit aku iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream! Dah lama aku mengamalkan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini dan sangat jatuh cinta dengan kesannya, jadinya, aku akan kongsikan semuanya tentang produk yang best ini. Hihi.
Moisturizer Water Based Terbaik Hansaegee Nature
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah krim pelembab muka atau moisturizer jenis water based. Macam yang semua tahu, produk Hansaegee Nature ini adalah dari Korea so memang tak diragu kualitinya.
Antara keistimewaan moisturizer yang bagus ini adalah bukan sahaja untuk melembapkan kulit, tapi juga dapat merawat kulit wajah. Jadi ini moisturizer memang sesuai sangatlah untuk sunburn, kulit kusam atau masalah kulit kering sampai mengelupas.
Tekstur produk ini sangat ringan jenis water based, sebab tu dia mampu untuk kekalkan hidrasi kulit kita dan selamat untuk dipakai harian ataupun digunakan sebagai asas makeup. Memang berbeza sangat dengan moisturizer/pelembap muka yang selalunya akan sangat melekit dan berminyak.
Tekstur moisturizer terbaik Aqua Whitening Cream ni sangat ringan dan cepat meresap
Kandungan Skincare Terbaik Aqua Whitening CreamÂ
*Niacinamide
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini mengandungi Niacinamide. Niacinamide (vitamin B3) adalah kandungan penting untuk memperbaiki tona kulit supaya lebih sekata, mencerahkan kulit, membersih dan menegangkan wajah, dan juga bahan anti jerawat yang baik. Niacinamide ni juga boleh mengawal kulit berminyak, so tak perlu kita nak risau dengan masalah oily skin lagi, yeay!
*Camellia Japonica Seed Oil
Camellia Japonica Seed Oil ini bersifat non-comedogenic (tidak menyekat liang pori-pori wajah). Bila skin pores tak diblock, tak adalah contribute pada jerawat. Selain itu, bahan ini dapat merawat kekeringan dan kulit rosak akibat sunburn dengan cara menyerap masuk sampai ke bawah lapisan kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit kita.
Cara Pakai Moisturizer Aqua Whitening Cream Dengan Betul
Selepas cuci muka dan keringkan (better biar kering sendiri, jangan lap dengan towel), sapu rata keseluruh muka dengan cara urutan putaran. Nanti korang akan nampak titisan air muncul, jangan terkejut pula tu bukan peluh pulak, itulah magicnya Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni.
Water droplet atau titisan air yang muncul ini akan cepat meresap selepas kita gosok pada permukaan kulit. Hasilnya kulit akan lebih lembap tetapi tidak melekit. Yeah, feeling so fresh!
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni boleh je kalau nak pakai begitu saja, so akan nampak effect macam moist je muka tu. Tapi kalau nak lebih cantik boleh jadikan sebagai base makeup sebelum pakai make up. Hasilnya makeup akan lebih senang nak blend sebab kulit kita tak kering.
Feedback Peribadi Mengenai Moisturizer Terbaik Dari Hansaegee Nature
Ooooh, rupa-rupanya kan..kulit yang lembap adalah rahsia untuk dapatkan makeup on point dan sentiasa nampak berseri-seri. Alhamdulillah aku memang serasi dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sebagai moisturizer unutk kulit kusam harian.
Aqua Whitening Cream moisturizer untuk kulit kering, penyelamat kulitku dari kekeringan akibat aircond di tempat kerja
Actually aku tak kisah sangat pasal warna kulit jadi tak perasanlah dah putih ke belum hehehe tapi yang pasti mestilah nampak berseri sebab makeup akan on point je.
Dan yang aku paling suka sekali dengan moisturizer terbaik Aqua Whitening Cream ni adalah akhirnya sunburn pada kulit wajah aku dapat dikurangkan. Yep kalau korang nak tahu, sunburn ni memang dah jadi musuh utama kulit muka aku sekarang. Geram betul sebab sunburn ni lah punca bila ambil gambar nampak sangat kusam tak berseri tu.
Kenapa jadi sunburn ni sebab utamanya lokasi rumah aku di tepi pantai. Tahu-tahu la terik matahari dia macam mana. Setiap hari aku terdedah lebih kurang 40 minit di pesisiran pantai dalam perjalanan pergi dan balik kerja. Itu belum termasuk hujung minggu suami aku ajak pergi memancing lagi. Hahaha. Memang tak sempat nak pergi facial weh..Rasa nak menangis je pedih muka, dah la kusam, pedih pula, adoiii sakit hati makkkkk…
Aqua Whitening Cream sesuai dijadikan skincare untuk kulit kusam kerana teksturnya yang milky gel dan cepat meresap
Now, dah jumpa penyelamat kulitku! Bila sapu je Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni, texture yang milky gel dan watery based tu serta merta akan buat kulit rasa sejuk je. Memang melegakan kulit betul. Bila kulit dah cukup lembapan, bila keluar buat aktiviti masa matahari terik pun kulit tak pedih sangat macam dulu. Kesan sunburn yang sebelum ni pun dah mula memudar.
Jerawat pun alhamdulillah belum muncul lagi setakat ni. Kulit akan jadi glowing je sepanjang hari. Best sangat!
OMG boleh nampak tak betapa lembapnya kulit saya walaupun tak pakai makeup, hihihi.
Korang bolehlah cuba sendiri nanti…Memang puas hati. Hihi.