(by medianamy)
MOISTURIZER DAN SUNSCREEN TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK | CARA PAKAI YANG BETUL – SUNSCREEN DULU ATAU DAY CREAM MOISTURIZER? | Satu masalah besar bagi orang yang mempunyai masalah kulit berminyak ialah mencari moisturizer terbaik dan sunscreen yang sesuai dengan kulit mereka. Skincare dengan tekstur yang lembut, tidak melekit dan tidak berminyak menjadi keutamaan. Tapi tak banyak pilihan yang ada terutamanya bagi wanita muslim macam saya kerana skincare yang mesra wuduk juga perlu dititik beratkan.
Masalah kulit berminyak tak boleh dipandang ringan. Banyak punca kulit berminyak antaranya pemakanan, keturunan dan kurang minum air.
Bila kulit berminyak muncul pula masalah lain iaitu jerawat kecil dibahagian dahi. Paling ketara walaupun mengenakan solekan jerawat kecil ini masih jelas kelihatan. Wajah pulak nampak kusam dan berusia. Sampai saya rasa malas nak bergambar sebab kulit jelas nampak tak cantik.
Sejak itu saya tahu solekan tebal tak kan berjaya menutup jerawat di wajah melainkan kulit perlu di rawat agar masalah kulit berminyak dapat diatasi. Setelah mengenal pasti punca kulit berminyak, saya ubah gaya hidup dan memilih skincare terbaik dan mencari tahu banyak maklumat tentang cara penjagaan muka.
Selain pemilihan moisturizer dan sunscreen untuk kulit berminyak , tips dan makanan yang saya amalkan untuk mengatasi masalah kulit berminyak boleh baca di artikel ini. BEST MOISTURIZER 2023 – MOISTURIZER WATER BASED UNTUK KULIT BERMINYAK | HANSAEGEE NATURE
Sehinggalah saya diperkenalkan dengan produk penjagaan muka Hansaegee Nature. Hingga kini saya masih menjadi pengguna setia produk ini. Nak tahu apa yang membuatkan saya terus setia menggunakan Hansaegee Nature? Dah tentu kerana ianya adalah jenama produk yang selamat digunakan.
Saya sendiri pernah mempunyai pengalaman masalah kulit berminyak. Sekarang ni kalau saya nampak ada kawan-kawan yang mempunyai masalah kulit berminyak seperti saya dahulu, saya memang tak teragak-agak mencadangkan untuk mereka menggunakan krim siang terbaik dan sunscreen dari Hansaegee Nature. Sunscreen yang boleh basuh dengan air sahaja ni memudahkan saya untuk membersihkan muka sebelum ambil wuduk. Bagi saya semua orang wajib ada sunscreen macam ni.
Saya menggunakan Aqua Whitening Cream sebagai moisturizer dan Aloe Vera Sunscreen SPF 50 + PA +++ sebagai pelindung suria. Sekarang kulit tak lagi berminyak dan solekan saya lebih cantik dengan 2 produk dari Hansaegee Nature ini. Kali ni saya nak ceritakan tentang 2 produk ini yang telah mengubah kulit wajah saya menjadi bebas minyak, lebih sihat dan cantik.
Krim Siang Yang Ringan ,Tidak Berminyak dan Mudah Meresap
Dalam memilih moisturizer terbaik untuk kulit berminyak saya perlu berikan keutamaan pada 3 perkara penting iaitu ringan, fast absorb dan non sticky. Aqua Whitening Cream ada ke tiga-tiga ciri tersebut menjadikan ianya sebagai krim siang terbaik.
Waterdrop yang terhasil apabila aqua whitening cream disapu pada kulit. Ianya untuk mengekalkan kelembapan sepanjang hari
Tekstur krim yang lightweight menjadikan nya fast absorb dan non sticky day cream memudahkan ia di pakai dan sesuai digunakan sebelum mengenakan solekan. Dalam beberapa saat saja ianya mudah meresap ke kulit dan saya dapat rasa kulit kekal lembab tanpa rasa berminyak. Cream gel ni juga sesuai untuk mereka yang alami kulit yang rosak akibat penggunaan skincare yang salah sebab ianya berasaskan air dan ada ekstrak tumbuhan juga.
Skincare yang lambat menyerap dan terlalu melekit akan membuatkan makeup saya cepat crack dan bercapuk kerana ditambah dengan kulit wajah yang berminyak. Saya seorang yang suka makeup dan setiap kali keluar memang perlu memakai solekan jadi moisturizer water based menjadi pilihan saya kerana ianya sangat mudah menyerap ke dalam kulit. Kulit juga akan kekal moist sepanjang hari membuatkan makeup nampak cantik tanpa kesan berminyak pada kulit.
Aqua Whitening Cream juga bersifat non comedogenic – ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh menyumbat liang pori kulit wajah saya. Krim ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dan kulit sensitif atau kulit kombinasi. Walaupun kulit saya sudah bebas dari masalah jerawat namun saya masih menggunakan nya hingga sekarang untuk mengekalkan kecantikan kulit saya.
Saya juga menggunakan moisturizer water based ini pada waktu malam selepas mencuci solekan dan apply serum. Rasa sejuk dan selesa krim ini memberikan ketenangan pada saya. Sebaik sahaja bangun pagi saya dapat rasa kulit yang moist tanpa rasa berminyak.
Skincare Hansaegee Nature yang untuk kulit berminyak
Apa yang saya boleh katakan adalah tekstur krim yang ringan, mudah menyerap, tidak melekit , tidak berminyak dan sejuk memberi keselesaan pada saya.
Moisturizer Untuk Kulit Berminyak
Kandungan Aqua Whitening cream sebagai moisturizer untuk kulit berminyak terdiri daripada bahan-bahan terbaik mampu merawat, mencerah dan mengekalkan kelembapan kulit saya sekaligus mengawal minyak pada wajah saya.
Camelia Japonica Seed Oil – Melicinkan permukaan kulit. Ianya boleh menghilangkan jerawat-jerawat halus dibahagian dahi dan membuatkan wajah saya nampak glowing.
Allantoin – Memberi kelegaan pada kulit dan meransang pertumbuhan sel kulit yang baru. Masalah keradangan kulit kerap terjadi pada mereka yang mempunyai jerawat di bahagian pipi tak terkecuali dengan saya. Jerawat besar dan bernanah membuat kan kulit berasa pedih. Allantoin membantu melegakan rasa pedih pada radang kulit yang saya alami. Allantoin biasanya memang terdapat dalam skincare untuk kulit berminyak.
Niacinamide – Sangat sesuai untuk mereka yang berusia 40 tahun keatas. Mampu menganjalkan kulit yang ada garis halus dibahagian pipi dan mata. Ianya juga memudarkan jeragat dibawah lapisan kulit. Bagi yang mempunyai kulit berminyak wajib memilih cream yang mengandungi Niacinamide kerana ianya membantu mengawal Kelenjar sebum dari menghasilkan minyak yang berlebihan pada kulit wajah.
Saya bersyukur cepat bertindak pada awal-awal kemunculan jeragat pada kulit saya.Sekarang kulit saya bebas jeragat.
Kawasan pada wajah yang paling kerap berminyak
Glycerin – Mengekalkan kelembapan kulit terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak dan kering (kulit kombinasi) . Saya mengalami kulit yang berminyak di bahagian tertentu seperti dahi dan hidung namun mempunyai kulit kering di bahagian pipi, tepi mulut dan sekitar mata. Penggunaan Aqua Whitening cream mengatasi kulit berminyak dan sekaligus merwat bahagian yang kering.
Dengan kandungan bahan yang terbaik saya tak ragu-ragu menggunakan Aqua Whitening Cream secara konsisten dan diamalkan setiap hari. Kesan nya dalam masa lebih 2 minggu saja saya dah berjaya mengatasi masalah kulit berminyak yang melampau. Jerawat kecil di dahi juga sudah hilang dan kulit menjadi lebih cerah dan flawless sehingga sekarang.
Cara Pakai Moisturizer Sebagai Day Cream Yang Betul.
Soalan yang paling kerap ditanya pada saya, pakai sunscreen dulu atau day cream ? Saya sendiri pun dulu keliru juga. Mana satu nak pakai dulu ni??? Pakai day cream dulu kemudian baru lah pakai sunscreen sebab sunscreen tu yang akan melindungi lapisan kulit yang kita dah apply toner, serum dan day cream.
Pemakaian krim siang yang salah hanya mampu melembabkan kulit sahaja sedangkan krim siang juga mampu merawat, mencerah dan menganjalkan kulit wajah. Ada cara betul yang saya amalkan ketika memakai moisturizer untuk mendapatkan benefit dari krim siang yang saya gunakan.
water drop akan terhasil apabila cream disapu menandakan cream ini mengekalkan kelembapan yang tinggi pada kulit dan mengawal pengeluaran minyak pada wajah
Moisturizer pakai waktu bila ?- Moisturizer boleh digunakan pada waktu pagi petang dan juga malam. Untuk saya sendiri, saya menggunakan moisturizer pada waktu pagi dan malam. Saya lebihkan kuantiti moisturizer pada waktu malam kerana waktu malam tak banyak aktiviti yang saya lakukan. Saya percaya moisturizer bertindak lebih mudah dan berkesan apabila kita lebih tenang, tidak stress atau keletihan. korang pun boleh cuba cara penjagaan muka yang saya kongsikan ni.
Ini cara saya pakai moisturizer. Mula-mula saya pilih moisturizer terbaik yang sesuai dengan kulit saya. Saya cadangkan korang juga guna Aqua Whitening Cream kerana ianya krim gel yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.
Perlu di ingat moisturizer digunakan pada akhir rutin skincare kita tapi untuk kegunaan di waktu siang korang kena akhiri dengan pemakaian sunscreen. Sapu moisturizer sedikit demi sedikit dan kemudian ikut urutan di bawah
1. Lakukan urutan membulat di bahagian pipi perlahan-lahan tanpa menekan dengan kuat permukaan kulit. Menekan dengan kuat dan kasar tak kan membuatkan day cream masuk ke dalam kulit. Biarkan saja ianya bertindak secara semulajadi.
2. Lanjutkan sapuan pada bahagian dagu. Dari arah dagu , tolak sapuan ke atas bahagian pipi. Jangan tarik ke bawah. Cuma tolak keatas sahaja.
3. Untuk bahagian dahi, dari atas batang hidung antara dua mata tolak sapuan ke kiri kemudian ke kanan dan akhir sekali ke atas.
4. Pada bahagian bawah mata dan tepi mata hanya dap-dap sahaja lebihan krim pada jari di bawah mata dengan lembut. Pada wanita usia 40 an seperti saya , bahagian mata adalah paling sensitif dan perlu dijaga. Menggosok bahagian keliling mata dengan kasar akan membuatkan munculnya garis halus dan wajah menjadi kusam.
Sunscreen Tekstur Ringan Untuk Kulit Berminyak.
Sekarang saya nak cerita tentang sunscreen SPF 50+ PA +++ yang saya gunakan untuk mengatasi masalah kulit saya yang berminyak iaitu Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature . Ada beberapa perkara utama yang saya titik beratkan dalam memilih sunscreen. Saya akan memastikan penggunaan sunscreen yang tepat dan bersesuaian dengan kulit saya. Keutamaan saya dalam memilih sunscreen adalah tidak berminyak, SPF 50+ PA +++ dan mestilah sunscreen mesra wuduk.
Ada satu bahan utama dalam sunscreen yang mampu mengawal minyak – Zink Oxide. Zink Oxide sangat bagus untuk saya yang ada masalah kulit berminyak. Bahan ini terdapat di dalam Aloe Vera Sunscreen dan kebanyakan skincare untuk kulit berminyak. Apabila disapu ianya bertindak serta merta mengawal lebihan minyak pada wajah saya. Disebabkan itulah sunscreen ni juga saya gunakan sebagai makeup base.
Ianya membuatkan makeup saya tahan lama dan kulit terasa ringan. Sunscreen ni juga bersifat non comedogenic. Ianya tidak menyumbat liang pori malah sangat mudah dibersihkan. Hanya menggunakan air sahaja sunscreen ini boleh dibersihkan sebelum saya mengambil wuduk. Tak perlu menggunakan cleanser. Sifatnya yang mesra wuduk ini membuatkan saya terus menggunakan Aloe Vera Sunscreen sehingga sekarang.
Sunscreen ini tak berminyak dan teksturnya yang ringan membuatkan ianya mudah di ratakan pada wajah saya.
Nampak tak tekstur nya yang berasaskan air dan langsung tak berminyak. Sangat ringan dan mudah disapu. Kalau nak reapply pada wajah ketika makeup masih ada di muka pun sangat sesuai. Baca artikel ni sampai habis sebab saya ada kongsikan cara reapply sunscreen pada wajah yang ada makeup.
Kandungan Aloe Vera Sunscreen – Sunscreen untuk Kulit Berminyak dan berjerawat
Selain Zink Oxide didalam sunscreen ni juga ada mengandungi Centela Asiatica ataupun pegaga menjadikan nya sebagai sunscreen untuk kulit berminyak berjerawat. Centella Asiatica berfungsi untuk menenangkan kulit kita yang berjerawat sekaligus mengecutkan jerawat. Rumah saya tak ada pokok pegaga jadi guna pegaga di dalam sunscreen pun dah cukup.
Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan Centella Asiatica didalam sunscreen SPF 50+ ni. Tapi yang paling memberi kesan pada kulit saya ialah ianya mengurangkan kulit berminyak, menghilangkan jerawat, memudarkan sunburn pada kulit dan menguatkan skin barrier saya. Kalau sapu pada kulit kita boleh bau ada semacam bau herba pada sunscreen ni.
Bahan ke tiga yang saya suka dalam sunscreen ni sudah tentulah Aloe Vera.Aloe Vera ni semacam menguatkan lagi fungsi Centella Asiatica. Ianya menyejuk kan kulit dan paling penting sekali Aloe Vera mengandungi kandungan air yang sangat tinggi yang membolehkan ianya mengekalkan kelembapan pada kulit wajah saya.
Cara pakai sunscreen yang betul
Dalam banyak-banyak skincare produk yang kita ada, sunscreen lah yang paling penting sekali sebab sunscreen ni dia berada diatas sekali pada lapisan kulit kita. Pada yang tertanya-tanya pakai sunscreen dulu atau day cream, perlu tahu bahawa sunscreen akan melindungi kulit termasuk skincare yang kita gunakan. Jadi penggunaan sunscreen adalah yang diakhir sekali dalam rutin skincare kita. Jadi nak menggunakan sunscreen pun ada caranya.
Langkah pertama ialah Kita perlu cuci dulu muka dan pakai moisturizer.
Kita perlu memilih sunscreen terbaik yang sesuai dengan kulit kita. Saya menggunakan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee nature sebab ianya sunscreen mesra wuduk – sunscreen yang boleh basuh dengan air sahaja bila saya nak ambil wuduk. Ianya juga tak berminyak dan sunscreen yang moisture. Senang je kalau nak tahu sunscreen kita pakai tu moisture atau pun tidak. Tengok pada kandungan di belakang sunscreen kita. Ingredients pertama yang ditulis mestilah WATER.
Sunscreen yang boleh dibasuh guna air sahaja. Bila saya sapu sunscreen pada tangan dan kemudian bilas dengan air, sunscreen mudah tanggal walaupun tanpa menggunakan cleanser. Kesan putih bercampur dengan air menandakan sunscreen larut dalam air dan mudah dibilas
Kemudian Langkah kedua ,picit sunscreen pada 2 ruas jari kita. 2 ruas jari ni termasuk sekali dengan penggunaan di leher. kalau untuk muka saja picit sunscreen sampai garisan kedua pada jari.
Kemudian sapu sunscreen pada kulit wajah sehingga sunscreen membentuk satu lapisan pada kulit kita. Dah siap.
Pakai sunscreen bukan sahaja di luar rumah. Dalam rumah pun kita kena pakai sunscreen.Setiap 2 jam sunscreen perlu reapply. Sunscreen yang dipakai dari pagi tak kan bertahan sehingga petang. Jadi setiap 2 jam perlu reapply sunscreen.
Cara reapply sunscreen
Macam mana nak reapply sunscreen kalau muka kita dah makeup? Korang boleh guna sponge untuk reapply sunscren diatas makeup. Picit sunscreen terbaik pilihan korang di atas sponge dan dap-dap perlahan-lahan diseluruh wajah. Jangan gosok kerana ianya akan merosak kan makeup kita. Dah selesai reapply. Mudah saja.kan??
Itu saja perkongsian saya tentang moisturizer dan sunscreen terbaik yang saya gunakan untuk kulit saya yang berminyak. Korang yang mash mencari-cari skincare water based terbaik untuk penjagaan kulit wajah boleh la mencuba produk Hansaegee Nature