(By Wawaashihara on 07th Sept 2022)
Selalunya kalau nak beli susu kambing segar, memang aku akan beli di Pertanian Ayer Hitam Kluang, jalan nak balik ke kampung iaitu rumah family aku. Tapi disebabkan selalu balik pada waktu malam, tak dapatlah aku nak membelinya.
Sebelum balik kampung, selalunya aku akan berbelanja sedikit lagipun aku stay seminggu kat sana, so aku mengajak suami aku pergi berbelanja disini dahulu sebab senang nak cari barang area pekan sini. Alang-alang nak berbelanja tu, aku minta suamiku pergi cari susu kambing segar. Mujurlah suami ada kenalan yang menjual susu kambing original dari ladang kambing dan memang dekat sangat dengan rumah.
Pagi-pagi dah pergi mencari susu kambing dahulu takut petang tak sempat pula ada hal lain. Fuuhh, cuaca sekarang boleh tahan panas ye. Dalam beberapa 5-10 minit dah pun sampai ladang kambing tersebut. Ladang Kambing atau dikenali Ladang Sunnah ini berada di Parit Sangit Semerah Batu Pahat Johor.
Kalau dekat tepi jalan besar dari Muar-Batu Pahat akan nampak signboard besar Ladang Sunnah, kemudian korang boleh masuk je ke dalam ni sebab ladangnya berada di dalam sedikit. Ini first time pergi ladang kambing beli susu kambing. Sebelum ini hanya beli dengan pembeli di kiosk luar kawasan ladang.
Inilah ladang kambingnya. Tapi aku snap kat depan opis beli susu je..
Dekat Ladang Sunnah ini, terdapat juga dadih dan aiskrim yang diperbuat dari susu kambing selain susu kambing segar. Rasa nak beli semua jenis tapi disebabkan tujuan utama pun memang nak mencari susu kambing segar so kita beli susu dahulu. Bestnya susu kambing Ma’az ni ada yang berperisa juga selain yang original, so aku tambahlah perisa lain juga seperti jagung, anggur, strawberry, kurma dan coklat.
After beli susu kambing segar dari ladang kambing ni, kami terus bergegas ke pekan untuk berbelanja barang dapur untuk dibawa ke kampung. Sekadar belanja mana yang senang nak beli. Kalau ada yang tak cukup aku akan sambung berbelanja di sana pula. Yelah, kadang tak semua tempat harga sama kan. Kita beli jelah mana yang boleh beli dulu area sini.
Kalau dekat pekan ni, mudah sangat nak membeli sebab kebanyakkan barang dapur memang ada. Sebab tu aku suka berbelanja kat sini dulu sebelum balik. Kadang tu dah masuk memang payah nak keluar cepat sebab mata melilau pandang barang-barang. Hahahaha! Itulah perempuan kan? Bertabahlah kaum lelaki kalau perempuan yang berbelanja. Hihihi~
Mujurlah kulit muka tetap segar walaupun dari tadi keluar menghadap panas cahaya matahari, kemudian menghadap pula bangunan yang beraircond, kulit boleh jadi kering. Tapi sejak aku guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni, happy sangat dengan keadaan kulit muka aku sekarang.
Everytime aku nak buat sesuatu perkara, contohnya nak mengemas rumah, beli barang dapur atau memasak, memang aku akan apply Aqua Whitening Cream ni sebagai moisturiser. Moisturiser ini bersifat water based, so ia membuatkan kulit aku jadi sentiasa lembap dan rasa segar je. Masalah kulit kering pun dah berkurang sejak pakai moisturiser ni tau.
Aku suka sangat dengan moisturiser ni sebab teksturnya yang ringan, membantu menghalang pori tersumbat dan membekalkan kandungan air supaya kulit sentiasa lembap apabila pakai. Korang tengoklah teksturnya yang bersifat waterbased, bila sapu akan muncul molekul seperti titisan air, kemudian ia menyerap ke dalam kulit dengan cepat bagi lock kulit kelihatan lembap dan segar. Inilah moisturiser yang terbaik bagi aku.
Rutin penjagaan kulit aku mudah je, setiap pagi sebelum buat sesuatu perkara aku akan apply moisturiser ni begitu juga setiap malam sebelum tidur. So bila bangun pagi tu kulit rasa macam awet muda gitu sebab selain bantu mencerahkan kulit, ia juga membuatkan kulit tampak lebih glowing dan refreshing. Ceewaahhh!
Oh ya, susu kambing ni aku beli dalam 10 botol, 4 botol yang original dan selebihnya aku beli yang berperisa untuk buat rasa. Tapi serius weii sedap-sedap semuanya. Tak sempat nak buat stok 2-3 minggu. Hahaha!~ Terima kasih kambing-kambing yang comel 😀
Ada lagi barang yang aku beli tapi cepat-cepat masuk peti ais sebab untuk frozen food. After penat belanja barang dapur ni, aku bersiap-siap pula kemas beg untuk balik kampung. Sebab waktu malam nanti daah gerak pulang ke kampung.