5 Tips Penjagaan Muka Glowing & Lembap
(By Wawaashiharaa on 17th June 2021)
Tips Penjagaan Muka Glowing & Lembap |Â Ramai yang menginginkan kulit muka yang glowing dan lembap persis orang Korea terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan berjeragat. Tapi tak ramai yang boleh buat penjagaan muka dengan cara yang betul.
Rasa kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain kadang-kadang boleh melemahkan semangat orang itu untuk menjaga penampilan muka. WA sendiri dahulu seorang yang sangat penyegan dengan orang ramai. Rasa tak yakin tu sampai boleh down bila kulit muka tak seperti orang lain. Tapi selepas WA amalkan tips mudah penjagaan muka ini, barulah keyakinan diri itu datang dengan sendiri.
Di sini WA nak kongsikan bersama dengan anda terutama yang mempunyai masalah kulit muka untuk dapatkan kulit muka yang lebih glowing dan lembap dengan mudah. Baca sampai habis tau!
1. Perbanyakkan minum air masak
Seperti sedia maklum, bahawa air masak sangat penting untuk tubuh badan kita kerana ia dapat mengeluarkan toksin dalam badan kita dengan kuantiti air yang betul. Setidak-tidaknya mesti mengambil 3 liter sehari.
2. Lebihkan pengambilan buah-buahan
Ini kerana buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrisi yang diperlukan pada kulit. Anda bolehlah mengambil buah-buahan yang kaya dengan serat dan vitamin C seperti Oren, Lemon, Jambu Batu, Betik, Nenas, Strawberry, Mango dan Kiwi.
Boleh juga mengambil buah-buahan yang lain kerana setiap buah-buahan mempunyai khasiat yang tersendiri.
3. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak
Ini adalah pantang larang jika ingin sihat tubuh badan termasuklah area muka. Ia akan menghasilkan toksin dalam badan terkumpul dan boleh menyebabkan berlakunya gangguan sistem pencernaan, gangguan hormon juga punca timbulnya jerawat di kawasan muka.
4. Pakai Moisturizer
Untuk mendapatkan kulit yang lembap, wajib pakai moisturizer setiap pagi dan malam. Untuk dalaman, minum air masak sahaja tidak lengkap. Oleh itu, wajib pakai pelembap untuk luaran kulit muka supaya lebih terjaga kerana kulit kita akan mengeluarkan sebum mengikut keadaan kulit masing-masing.
5. Pakai Sunscreen Protection UV
Apply sunscreen yang ada protection UV. Atau boleh menggunakan cream muka yang ada sun protection UV bagi menampakkan kulit lebih glowing sepanjang hari.
Apabila gaya pemakanan untuk dalam kita dah terjaga, untuk luaran mestilah kena jaga juga kan? Sebab tu WA amalkan penjagaan muka secara luaran dengan menggunakan tips No. 4 dan juga No. 5! Nak tahu tak kenapa WA menggunakan 2 produk tersebut? Ha, jangan scroll laju-laju. Kali ini WA nak kongsi pengalaman bagaimana ia membantu dalam aktiviti harian WA.
2 Produk Hansaegee Nature Sebagai Penjagaan Muka Harian
Bermulanya kisah WA menggunakan 2 produk Hansaegee Nature ini sewaktu hendak keluar pergi topup barang keperluan sebelum start lockdown tempoh hari. WA sapukan Aqua Whitening Cream dan juga CC Cream untuk kesan yang lebih baik.
Bayangkan, dah waktu tengah hari pun, kulit muka still tak berminyak sangat macam yang dulu. Bila kurang berminyak ni rasa lega sangat tak perlu risau muka macam orang minyak. Hehe~ Kalau rasa nak re-apply CC Cream lagi pun boleh, sun protection UV ni bukanlah stay 24 hours ye. So touch up jelah CC Cream ni kat dalam kereta pun no hal. Asalkan kulit terlindung dari sinaran UV matahari supaya kulit tidak mudah rosak dan cepat berkedut.
- Boleh digunakan sebagai pelembap untuk menjadi kulit sentiasa lembap sepanjang hari
- Menyerap dengan pantas ke dalam kulit
- Kulit terasa lebih segar
- Mengawal kulit dari berminyak
- Membaikpulih kulit yang rosak seperti kemerahan dan kesan terbakar
- Mengurangkan penampilan liang pori besar
- Menjadikan tona kulit lebih sekata
Percubaan ke atas muka WA sendiri, WA apply sedikit krim pelembap Aqua Whitening Cream pada muka dan kemudian WA gosok secara urutan dan akhirnya ia timbul bentuk titisan air. Kemudian sapu rata sehingga ia meresap terus ke dalam kulit. Memang best tau sebab dia cepat meresap dan WA suka sangat dengan teksturnya yang menarik dan tidak melekit!
Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dan seorang blogger sambilan, ada beberapa aktiviti harian yang WA lakukan. Jika aktiviti harian kebiasaan di rumah sebagai suri rumah, macam biasalah mengemas rumah, siram pokok, memasak, basuh baju, beli barang harian dan lain-lain. Zoom meeting pula ketika bertemu klien mahupun reunion kecil bersama sahabat secara maya pun perlu menjaga penampilan. Senang calit je 2 produk ini dah setel.
Penat dan berpanasan macam mana sekalipun dalam melakukan aktiviti harian, WA rasa puas hati kerana 2 produk ini berjaya maintainkan kulit nampak masih cantik natural dan yang paling best sangat selesa! Dari pagi ke petang buat kerja pun tak ada masalah.